Perniagaan dari rumah


My Home My Office, mungkin istilah ini lebih sesuai…sebab dari 3 tahun lepas kerja saya sememangnya berkerja hanya dari rumah dan sekali sekala tu sure kena keluar juga untuk jumpa pelanggan. Sedar tak sedar kawan-kawan sekeliling muskil juga macam mana nak survive kalau dah tiga tahun jadi Mr Mama, boleh ke cari pendapatan kalau dah tak ada kerja tetap dari tiga tahun lepas?

Soalan: Diaorang kata, macam mana ko dapat duit ah? sorrylah bahasa macam pergi pasar..
Jawapan: Saya kata, saya guna kelebihan dalam diri.
Soalan: Boleh untung ke?Berapa banyak duit masuk?
Jawapan: Taklah banyak sangat, adalah sikit-sikit, kalau rajin..bolehlahhh tahan…
Soalan: Abis tu, ko jual apa?
Jawapan: Saya berniaga online…
Soalan: Jual produk apa? Apa syarikat ko join? MLM ke?
Jawapan: Saya kata bukan! tidak semestinya istilah ‘online’ tu berniaga produk MLM! saya jual produk sendiri, mengajar tuisyen, buat face to face coach dan kalau ada syarikat jemput saya untuk conduct training, saya buatlah…

…dipendekkan cerita, kalau nak berniaga sendiri samada menjual produk digital ke fizikal ataupun menjual servis perkhidmatan, yang paling utama selain dari perkara penting yang lain adalah gunakan kelebihan,kepakaran dan minat sebagai produk utama anda.
atau untuk lebih jelas…lihat apa yang saya ingin kongsikan pada anda semua…jika anda mempunyai seperti yang saya gariskan diatas dan dilakukan dengan fokus maka rasanya tidak ada masalah untuk buat mesin duit. Lihat contoh dibawah:
1. Kerja 8 jam seminggu untuk sabtu dan ahad sahaja. Bagaimana? Katakan saya buat kelas dari rumah untuk ajar siapa siapa yang nak mula bisnes dari rumah dengan talian internet dan sebuah komputer. Tidak perlulah caj banyak-banyak, biar start dari kecil dulu dan tak payahlah terus berangan jadi kaya!

Hari sabtu ajar 4 jam dan esoknya ahad 4 jam. Seorang caj RM45, dekat ruang tamu boleh muat dalam 6 orang, cukup dengan sofa sudah amat selesa untuk mereka berbanding dengan duduk dilantai, betul tak? setiap sesi hanya ambil masa selama 4 jam sahaja dan esoknya orang lain pula yang masuk. Jika hari sabtu RM45 x 6 orang = RM270 (pendapatan hari sabtu) RM270 lagi pendapatan hari ahad, maka seminggu RM270 X 2=RM540

Sebulan ada berapa minggu?rasanya semua tahukan? RM540 X 4 = RM2160. Ini adalah anggaran kasar, terpulang berapa peserta yang boleh ditampung oleh sofa anda. Itu hanyalah satu produk…jadi boleh ke buat duit dengan berkerja dari rumah? Nanti kita sambung lagi idea lain ye…

13 thoughts on “Perniagaan dari rumah

Add yours

  1. Salam…Bagus perkongsian ni. Bagi mereka yang tak nmpak jadi lebih nmpak dan jelas apa dia bekerja dari rumah. Teruskan perkongsian seperti ini Suhaily. Saya teringin juga nak dengar pengalaman org yg mmg full time kerja di rumah ni. Thanks for sharing

    1. Betul tu…istilah ‘berkerja dari rumah’ secara automatik istilah lain timbul iaitu ‘berniaga apa sampai boleh buat duit’ bibir pun turun kebawah…pemahaman,kefahaman dan istilah perlu juga diterokai pada sesiapa yang selalu muskil. Bila sudah faham, baru boleh jalan,idea pun datang tanpa ada undangan…lepas tu ah ah lah..betul, boleh buat duit rupanya…sesiapa yang ada idea bolehlah kita kongsi bersama..

  2. kerja dari rumah mmg nampak mudah bg orang lain. Hakikatnya, sama susahnya dengan kerja di opis/luar. Kene jumpa client juga, kene buat marketing juga, kene develope produk sendiri, kene rajin, kene self displin, kene self motivate dan mcm2 lagi…semuanya kene sendiri…cuma yg mudahnya tak perlu trafik jam, tak perlu serabut duit tambang!

    1. Tidak saya nafikan apa yg saudara katakan memang sangat penting, kalau ada produk tapi promosi kurang dan tidak konsisten maka tidak ada seorang pun yang tahu kewujudan produk yang ingin kita tawarkan. Semua yg disebut diatas perlu dilakukan sama seperti kita kerja makan gaji utk satu satu jawatan yang sama tugas seperti produk yg kita jual. Kerja sendiri risiko pun agak tinggi sebab sekiranya apa yg saudara sebutkan itu jika tidak dilakukan maka pendapatan pun turun naik dan kekadang tidak ada langsung+
      . Terima kasih kerana melawat..

  3. SOHO menjadi perniagaan yang cut cost.. tak payah bayar duit sewa kedai, letrik, minyak, dan boleh meluangkan masa bersama keluarga…tapi kadang2.. kena keluar jugakla..untuk urusan2 yang lain

    1. Insyallah, mudah-mudahan suatu hari nanti.:) amin. Kedua-duanya ada kelebihan, sebelum masuk kealam kerja sendiri apa yang penting sebelum perkara penting yg lain spt sabar, fokus..perlu ada sokongan dari org yg paling dekat untuk memotivasi kita.

  4. salam sahabat..
    wah satu cetusan rezeki yang baik sekali..minat dah ada tapi nak jual apa? huhuhu

    ingatlan tuan rumah ni berkerja di pjabt..huhuh

      1. nak jual apa? Percentage menunjukkan produk paling laris diinternet adalah barangan yang perempuan suka beli. Sebabnya orang ppuan la golongan yg paling banyak shopping online. (tak ingat berapa percent…tp itu la statistik kata)

        SO kalau tanya saya nak jual apa, jual produk wanita macam tudung, baju, handbag….

    1. Dah lama keje makan gaji ye..biasalah sya pun sama juga dulu dulu. Kalau ikut bos majikan kerja kita jadi spt putaran jam. Ikut apa arahan, tapi tidak dinafikan kedua-dua ada kelebihan dan masing-masing ada keseronokannya. Jom cipta produk sendiri….

Leave a reply to Muhd Suhaily Cancel reply

Up ↑