Antara rahsia dan resipi


Melakukan sesuatu untuk kejayaan tidak ada rahsianya, ada pun kejayaan yang dikecapi tidak ada satu pun rahsianya melainkan hanya resipi ,caranya dan tekniknya. Manakah yang lebih afdal, buatkan segelas kopi atau bagaimana membancuh segelas kopi? Jika teknik dan langkah yang betul sudah tentu rasa dan aroma kopi tadi memang sedap. Sememangnya melakukan seseuatu perkara jika dilakukan dengan betul, cara dan teknik yang teratur maka segala-galanya nampak menjadi. Tidak semestinya jika membuat pelaburan ribuan ringgit kita boleh mencapai kejayaan. Apa yang kita perlukan hanyalah perkara asas untuk setiap perkara yang ingin dilakukan, jika kita menjalankan perniagaan gerai, apakah peralatan asas yang diperlukan, apa pula produk yang sesuai untuk dijual, tenaga kerja, kewangan, pemasaran dan banyak lagi yang difikirkan perlu untuk tujuan perniagaan kita

Olahan ini bukan sahaja mengenai perniagaan bahkan resipi, cara dan teknik ini boleh juga digunakan untuk membantu menrealisasikan impian kita. Samaada kita golongan bawahan, pertengahan atau atasan atau samada anda seorang surirumah, pelajar, pekerja, berkerja sendiri semuanya boleh dilakukan asalkan mengikut langkah dan cara yang betul. Kebanyakan ada diantara yang ingin mencapai impian dengan cara yang singkat dan sanggup membuat pelaburan ribuan ringgit namun akhirnya apa yang diimpikan tidak satu pun yang mendatangkan kebaikan dan jelas dilihat kejayaan masih tidak dapat dikecapi malahan kerugian dan semangat semakin menurun menjadikan perjuangan akan terhenti ditengah sedang kita berusaha untuk berubah menjadi seorang yang boleh dibanggakan oleh orang lain.

Apa yang ingin disampaikan adalah, setiap hari kita semakin sibuk, setiap kali mencari sesuatu disebalik kelemahan, setiap kali ingin melakukan sesuatu yang baru namun hasilnya tetap sama. Apa pun harapan untuk melayari bahtera perubahan semakin pudar jika hanya mengharapkan sesuatu perkara itu menjadi kenyataan tanpa memikirkan resipi, cara dan teknik yang betul. Akhirnya ianya tetap sama dari dulu hinggah kini. Kita boleh belajar, kita boleh melabur, kita boleh mencuba namun harus dilakukan dengan tindakan susulan, cara, teknik dan memiliki resipi yang benar-benar berkualiti agar apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Kita tentu boleh merasakan apabila seseorang yang datang ke tempat anda dan tidak akan datang kembali walaupun dengan menoleh pandangan sekali pun orang itu tetap tidak menghiraukan lambaian dan teguran kita.

Secantik mana pun tempat anda, sebaik mana pun produk anda jika tidak memiliki seperti yang diterangkan tadi maka jawapannya tetap sama. Apa yang diterangkan tadi sudah tentu mempunyai moral dan kebaikannya. Jika anda ingin tahu, moralnya adalah…..biarlah anda sendiri yang menjawabnya sebab setiap manusia mempunyai kelebihan dan setiap kelainan menjadikan kita seorang yang unik dari yang lain. Sahutlah cabaran anda sekarang…..

Salam Lebaran 1430 Hijriyyah


Sebulan berpuasa, syawal menjelma, seribu keampunan dari saya sekiranya ada terkasar bahasa yang menyentuh jiwa dan perasaan tanpa disedari setiap kali mengemaskini laman blog ini. Apa pun saya mengharapkan anda semua sentiasa ceria menyambut hari lebaran yang penuh bermakna. Isilah diri kita dengan pelbagai ilmu pendidikan dan keimanan agar ianya boleh membantu diri kita menjadi orang yang berguna dalam kehidupan seharian dan sebagai bekalan apabila jasad dimamah bumi.

Keluar dan balik kampung, harta keperluan dan rumah selamat. Pemanduan sentiasa diambil berat, ingatlah mereka yang sentiasa menanti kepulangan kita. Bentuklah diri dan anak-anak kearah kecemerlangan ilmu, membina watak dan otak sebagai pemangkin generasi akan datang. Salam hari lebaran dari saya untuk anda dimana jua anda berada….Maaf Zahir & Batin 1430 Hijriyyah 2009