Talk percuma bukan sia-sia


Hari ini saya akan kongsikan beberapa idea bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan dengan hanya bercakap dihadapan ramai. Apa jenis produk anda pun, ia sememangnya boleh buat duit yang penting ‘perlu mahir mengenai produk dan tahu kepentingan dan faedah yang perlu dimiliki oleh pelanggan tentang produk yang anda tawarkan, maknanya apa yang anda tawarkan adalah ’solution’ kepada mereka.

Pendapatan melalui ‘ free talk’ atau free seminar mengenai produk anda bukan sia-sia sekiranya anda tahu bagaimana strategi yang betul, tidak perlu saya cakap panjang lebar sebab sedar atau tidak kita sebenarnya sentiasa menjual setiap hari.

So listen carefully, Jika anda ingin mencuba atau beralih bidang kepada training,coaching,motivasi,ICT dan sebagainya, memang tepat anda membaca artikel ini. Bagaimana jika saya bermula dengan sebuah sekolah untuk memasarkan produk untuk pelajar? boleh ke? bagaimana caranya? sebenarnya banyak lagi organisasi yang boleh anda jadikan sebagai sasaran tetapi disiplin dan step by step sangat penting dalam apa juga projek yang anda jalankan. Jadi lebih baik bermula dengan angka satu(1) atau lebih jelas bagaimana menjadikan angka RM1 kepada RM1000 dengan no 1.

Apa yang perlu anda sediakan?

1. of course yang pertama adalah surat permohonan – mana boleh main masuk saja kan.. Ada dua pilihan anda -hantar surat rasmi kepada kaunselor dan cc kepada pengetua sekolah atau hantarkan profil serta proposal anda terus kepada pengetua sekolah dan pastikan apa yang ingin ditawarkan semestinya ‘FREE’.

2. Iklan/flyer – buatkan dua iklan satu untuk main produk for school dan satu lagi produk sampingan. sebab apa? kita tidak pernah terlepas apabila orang bertanya, ini saja ke? bila ditanya ini saja ke then baru keluarkan produk sampingan anda. Ini adalah antara anda dengan sekolah! bukannya sekolah datang ke organisasi anda seperti ‘open day’ dan membuatkan anda mengeluarkan setiap produk dari peti anda.

3. Sediakan slide presentation mengenai program yang ingin anda berikan pada pelajar ketika itu. Terpulang dengan tajuk program yang anda persembahkan. Saya bagi contoh: STRATEGI BELAJAR UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN. Saya perlu jelaskan walaupun produk anda berlainan dari saya tetapi konsep yang saya ketengahkan tetap sama, so jangan risau sekiranya produk anda dan saya berlainan.

Bila anda memberikan secara percuma dengan pihak sekolah mereka akan menyambutnya dengan tangan terbuka lebih-lebih lagi apa program yang anda tawarkan memberikan kebaikan antara pelajar serta guru dan ianya percuma. So, bukan kah ini menarik minat pihak sekolah? Anda boleh berikan satu program jangka pendek FREE kepada pihak guru, contohnya:

1. Training mengenai soft skills
2. Training mengenai ICT
3. Perniagaan dalam pendidikan
4. Perniagaan dalam latihan
5. Pendapatan tambahan melalui tuisyen
6. Perniagaan internet – kelebihan dan kekurangan

…berikan satu skill pada organisasi tersebut berpandukan kemahiran anda!
Apabila anda membentangkan persembahan kepada pelajar, elakkan menjual tetapi promosikan kelebihan, kredibiliti, kemahiran dan kemampuan serta berikan solution atau penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Anda akan dilihat seorang yang mantap dan pakar dengan bidang yang anda cuba ketengahkan.

Jika sudah berjaya, bagaimana pendapatan boleh tercipta?
1. Bila saya dilihat seorang yang pakar, adakah pelajar mencari saya kembali bertanyakan soalan? ya sudah pasti! so saya telah mencadangkan pada pelajar agar menyertai khidmat kaunseling secara online dengan yuran ahli RM2.00 sebulan. Jika servis yang saya berikan memang terbaik, adakah pelajar ini akan menjadi ahli untuk bulan berikutnya?

Jika seorang RM2.00, jika satu sekolah menyertai program ini dari form 1 ke form 5 bagaimana? jika ianya percuma saya pasti pihak sekolah tidak akan melepaskan peluang seperti ini untuk semua pelajar. Bagaimana jika satu sekolah mempunyai 3000 pelajar dan seribu pelajar telah menyertai sesi kaunseling saya. RM2.00 X 1000 pelajar = RM2000 sebulan. Adakah talk free saya sia-sia?

2. Selepas tamat persembahan saya telah keluarkan ebook mengenai teknik belajar cara berkesan dan telah menawarkan dengan harga promosi RM5.00. Satu talk yang saya jalankan seramai 100 orang, 40 – 60 orang telah membelinya. Jadi.. RM5.00 x 60 orang = RM300. Jadi saya datang ke sekolah bawa idea, saya balik bawa RM300 duit poket. Adakah talk free saya sia-sia?

3. Ada yang kata saya tidak ada ebook, jangan risau. Cari ebook free dari internet yang mempunyai hak jualan semula. Buat kemaskini dengan lebih kemas dan jual harga promosi. So..adakah talk free anda sia-sia?

4. Masih ada yang kata, saya tak dapat cari ebook lesen PLR atau MRR, apa yang perlu anda buat? Deal dengan IM yang mempunyai produk sama dengan kemahiran anda, anda jadilah offline affiliates. Berapa komisyen yang anda dapat sekiranya dapat menjual satu ebook, paling kurang pun RM10 kan…so kalau ada pelajar membelinya paling kurang pun 20 orang dari seratus, berapa yang anda dapat? RM10 x 20 orang = RM200. So..adakah talk free anda sia-sia?

Semua apa yang saya perolehi belum termasuk pendapatan dari guru yang saya berikan talk free…so adakah talk free saya sia-sia? oklah nanti kita sambung lagi…ye

13 thoughts on “Talk percuma bukan sia-sia

  1. salam tuan rumah..
    wah..satu tips yang bagus ni..teringat masa menuntut d kolej dulu kami slu kena habiskan duty dan task melalui presentation depan pensyarah..huhu..tension huuu..

    tpi bila dah abis study barulah rsa lega skit sb dah tamat bljar..hehe

    • Tips siapa siapa pun boleh buat yang penting yakin dengan diri,yakin dgn produk sendiri dan sentiasa berlatih dan belajar. Presentation salah satu yg boleh dianggap tool untuk supaya lebih yakin bila berhadapan dgn org ramai. tq kerana melawat..

  2. bagus informasi ni, pernah jugak kawan pernah offer utk ajarkan wordpress kepada blogger yg bermiant…bila baca info ni baru nampak kesan positifnya….menarik

    • Bagus tu..kalau itu kemahiran,kemampuan dan kredibiliti yg ada, ooo satu peluang baik…lagi pun sudah ada pengalaman tentang konfigurasi, layout dan desain tentang wp kan.. so apa kata buat bengkel wp…mesti boleh!

    • Mesti boleh, dari pengamatan saya tntg penulisan di blog bro pun boleh tahan dan memang bertahan sampai sekarang. Saya mula mengenali blog bro semasa saya menulis tntg bukit kepong tak silap saya…

  3. info yang menarik..
    tunjukkan dahulu kepakaran kita secara percuma, kemudian pasti ada pihak yg berminat untuk membayar kepakaran kita

    • Betul, memudahkan kita mengenali rakan-rakan dan mereka mengenali diri kita, dengan itu kita tahu apa yg diperlukan oleh mereka dan kita tahu bagaimana membantu untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi. Terima kasih kerana melawat..

  4. wah.. sangat bagus info nie… yang penting presentation yang benar2 menyakinkan.. insyallah orang akan cari kita… kalau betul2 menjadi

    • Betul tu..bila berdepan, peratus kita dgn sesiapa sahaja menjadi lebih tinggi untuk membina kepercayaan. Dlm slide persembahan, baik adalah lebih baik jika kita boleh berikan yg terbaik.

  5. Salam Suhaily,

    Bagus betul info ni…mmg brilliant tul…

    kadang2 skill tu ada,tp tak reti nk guna tang mana. Bila diberi idea spt ni, baru nmpak kan…thanks for sharing…

    p/s: teringinnya nk kerja dari rumah…tp bilakah?huhu..kena mantap dulu..baru chow…kan2..

    • Skills dah ada sangat bagus tu…cuma mungkin cara perlu diubah. Ada 2 saja… gagal(perkara sama) buat berulang-ulang, esok pun gagal.Sama seperti yg sya buat dolu dolu.. dapat satu strategi kejayaan..cuba buat ulang ulang ulang dan ulang..mesti kejayaan berulang-ulang…

  6. Good idea..
    Take action now.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s