Modul Power point Kreatif


TAJUK:  MANIPULASI SLAID, IMEJ, 3D & MULTIMEDIA

SINOPSIS PROGRAM SECARA RINGKAS

Kursus ini berbeza dengan kursus Power point yang biasa dipelajari kerana ia memfokuskan manipulasi slaid cara kreatif dengan kaedah yang jarang disentuh secara terperinci apabila menggunakan perisian powerpoint. Ramai yang tahu menggunakan powerpoint tetapi tidak ramai yang mengetahui kaedah dan teknik touch-up dengan hanya menggunakan beberapa kaedah agar slaid kelihatan lebih memukau dan tidak hambar.

Tajuk ini akan menyentuh mengenai manipulasi imej, teknik lakaran, shapes 3D, bayang, prespektif pantulan cahaya, text, templates, video, chart dan yang berkaitan.

OBJEKTIF

Kursus adalah untuk membolehkan peserta membina satu slide pembentangan yang lebih kreatif dengan kombinasi pelbagai elemen multimedia dengan menggunakan sumber sedia ada tanpa perlu melibatkan sebarang pembelian perisian tambahan yang memerlukan pelbagai jenis lesen.

a. Memberi pendedahan terperinci teknik manipulasi slaid, imej, shapes dan Multimedia.
b. Mendorong peserta lebih kreatif untuk menghasilkan slaid yang berkualiti dan bermutu tinggi.
d. Mengetahui 7 teknik slaid seorang pembentang yang kreatif, unik dan berkaliber.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus peserta akan dapat membina slide pembentangan dengan menggunakan pelbagai elemen multimedia yang disunting dengan sendiri, lebih kemas dan professional dan lebih penting dapat meletakkan ciri-ciri keselamatan pada slaid yang dihasilkan.

MODUL TEKNIK KREATIF ~ Asas – Tinggi (Expert)

1. Teknik bayang imej (Shadow).
2. Teknik refleksi kotak 3D.
3. Teknik lakaran Artwork.
4. Teknik bayang Freeform.
5. Teknik Bola 3D.
6. Teknik buang latar (Remove background).
7. Teknik Refleksi cahaya planet.
8. Teknik Silinder.
9. Teknik E-Cover.
10. Teknik Scribble dan Banyang.
11. Teknik imej & Freeform.
12. Teknik Campuran Warna.
13. Multimedia Youtube.
14. Teknik Short Cut.
15. Teknik Ribbon.
16. Teknik Refleksi Cahaya.
17. Teknik Editing Teks.
18. Teknik Marker Drawing/Pointer.
19. Teknik Lighting Flash.
20. Teknik Iklan gambar.
21. Teknik Frame/Bingkai.
22. Teknik SmartArt.
23. Teknik Diagram Timeline.
24. Teknik Pakej CD.
25. Teknik Badges.
26. Teknik Blur.
27. Teknik Imej Abstrak.
28. Teknik Bola 3D + Edit Point.
29. Teknik Potret.
30. Teknik CD + Cover
31. Teknik Animasi Kreatif.
32. Teknik Memo pad.
33. Teknik Templat & Themes.
34. Teknik Video & Audio
35. Teknik Butang.
36. Teknik Lukisan Kartun.
37. Teknik Wallpaper.
38. Teknik Impak Cahaya.
39. Teknik Graph Storyline.
40. Teknik Infografik Storyline.

Kursus akan dijayakan selama 3 hari, bergantung kepada permintaan organisasi yang menjemput penceramah untuk mengendalikan kursus tersebut. Satu kelebihan untuk kursus ini selain dari langkah demi langkah semasa kursus dijalankan ialah, CD akan disediakan untuk setiap peserta agar mudah mempraktikkan setiap teknik apabila kursus selesai kelak.

Sesi pembentangan juga akan dilakukan diakhir kursus bagi memastikan peserta benar-benar dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari sebelum ini.

Jika berminat untuk menjemput trainer/penceramah ke organisasi tuan/puan untuk mengendalikan kursus Power point kreatif, boleh terus berhubung melalui email, pakarpowerpoint@gmail.com atau cara pantas ditalian 017-6599572 (MUHAMMAD SUHAILY GEORGE BIN ABDULLAH) atau melakukan pendaftaran melalui borang online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

MAKLUMAN:

1. Jika tuan/puan berminat untuk mengikuti kursus hujung minggu, klik untuk mengetahui kekosongan dan tajuk kursus yang dijalankan.   DEWAN AINON MOHD

2. Jika tuan/puan hanya ingin mengikuti kursus rekabentuk Animasi dan Video. Animasi dan Video Power point

3. Jika tuan/puan berminat untuk meningkatkan keyakinan diri dalam penampilan persembahan kreatif Power point. Penampilan ImejKita

4. Kursus teknikal dan kreativiti Power point juga khusus untuk organisasi korporat. Slide Recover & SWOT
 

Kami juga menyediakan kursus praktikal hujung minggu, 100% Power point untuk mereka yang tidak berkesempatan pada hari berkerja

Kursus terbaru/hujung minggu pada 29hb Disember, 2012. Yuran RM150 dan bukan itu sahaja, peserta akan dibekalkan 40 teknik kreatif Power point yang dimuatkan dalam CD. Tajuk: Manipulasi Power point (Think Like a Designer)

Daftaran hari ini melalui borang online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

MAKLUMAN:

Super Trik menghasilkan ‘Bayang’ pada Imej


Assalammualaikum,

Ini adalah trik biasa yang jarang diketahui untuk menghasilkan bayang pada imej yang dimasukkan ke slaid Power point.

Biasanya kita menggunakan tool standard shadow yang terdapat pada perisian Power point tetapi tidak pada kali ini.

Standard tool yang dimaksudkan adalah imej disebelah kanan anda. Apabila kita banyak berfikir cara kreatif maka kadang-kadang ia mewujudkan sesuatu diluar jangkaan.

Teknik yang mudah cuma kadang-kadang sukar untuk melakukannya apabila ketandusan idea. Hari ini anda cuba lakukan langkah demi langkah, ikuti kaedah dan teknik yang dipaparkan.

1. Masukkan imej ke dalam slaid Power point.
2. Buat dua salinan pada imej tersebut.
3. Klik butang kanan tetikus pada imej yang ingin dihitamkan. (Poin pada ‘Format Picture’)
3. Cara untuk hitamkan imej. Poin pada ‘Picture’- Contrast (-100%) Power point 2007.
4. Tindankan pada imej asal dan letakkan imej yang dihitamkan tadi keposisi bahagian belakang seperti imej disebelah kiri yang bertanda A. (Send to Back)
5. Tarik imej yang digelapkan tadi secara perlahan ke bawah selari dengan perspektif kaki langit imej asal.

Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sebelum ini.

Apakah perbezaan sebelum dan selepas mengikuti tutorial ini? Lontarkan pertanyaan atau pandangan anda dibawah. Mudah-mudahan kesulitan diselesaikan dengan mudah kali ini. Insya-Allah.

Nota: Kongsikan pada rakan-rakan menggunakan sosial media facebook. 🙂

Soroton bersama IIUM Gombak, Advance Power point 2010


Assalammualaikum,

Sedikit pengisian untuk sorotan mengendalikan kursus advance Power point 2010 yang dijalankan di IIUM Kampus Gombak. Setinggi penghargaan kepada Tuan Muhaideen Abdul Kader yang memberi kepercayaan untuk siri ke II selepas Power point 2007 tahun 2011 yang lalu. Kursus Power point 2007

Kursus dijalankan di tempat yang sama iaitu di Research Management Centre (RMC). Seramai 32 peserta telah mengikuti kursus kali ini. Secara keseluruhannya, peserta didedahkan dengan kaedah penggunaan tool, teknik dan juga skil yang perlu ada bagi seorang pembentang Power point.

Bermula sorotan hari pertama apabila saya suka hati meletakkan kereta khas untuk professor sahaja, esoknya sudah ada sepanduk ‘Professor’. 🙂 Saya sudah tersipu malu. Maaflah, semalam nombor khas pekerja tidak ada, saya juga tidak tahu, makanya saya pun suka hati letak mana-mana tempat. Lain kali perlu berhati-hati kerana tidak mahu disaman kali kedua. 🙂

Hari kedua, peserta didedahkan dengan teknik kreativiti Power point, manipulasi dan juga 3D khusus untuk kandungan slaid yang berkaitan dan hari terakhir (ketiga) sesi pembentangan antara kumpulan. Dari hasil pembelajaran selama tiga hari, peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari, dapat menggunakan elemen-elemen penting serta tool yang terdapat pada perisian Power point.

Hanya ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki iaitu penggunaan warna latar, huruf dan kontras imej. Telah dimaklumkan dengan peserta mengenai perkara ini diakhir kursus. Kursus berkaitan secara spesifik khusus untuk pembentang korporat Power point. Slide Recover & SWOT

Beberapa aktiviti yang sempat diambil semasa kursus dijalankan.

Beberapa maklumbalas peserta selepas kursus dijalankan. Lihat paparan berikutnya..

Up ↑