Kursus Terbuka 2013


Ya Allah, Ya Tuhan kami. Jadikanlah apa yang hamba-Mu usahakan bermanfaat untuk mereka yang ingin mempelajarinya. Disukai tanpa paksaan, mencari kerana mereka ingin mengetahuinya. Berikan hamba-Mu ini kekuatan untuk terus berbakti, berkongsi ilmu yang sedikit dan terus berusaha memberikan yang bermanfaat walau diri ini terlalu kerdil dan banyak kekurangan. 

Ya Allah Ya Tuhan kami. Biarkan apa yang hamba-Mu perlihatkan melalui laman ini hanya untuk mereka yang benar-benar memerlukannya agar mereka tidak rugi dengan pelaburan menimba ilmu. Jika benar perkongsian ini bermanfaat, maka Engkau permudahkan urusan mereka agar berpeluang menimba ilmu ini walaupun sedikit.

Jadikanlah hati mereka berbunga-bunga selepas mengikuti perkongsian ini, mudah untuk dilaksanakan dalam setiap urusan mahupun dalam perkerjaan sampingan. Aku mohon kebaikan dari-Mu ya Allah agar perkongsian ini tidak sia-sia kerana hamba-Mu belajar dan mengajar hanya kerana Allah Ta’ala. Aamiin.

Tuan puan yang dirahmati dan diberkati Allah.  Sedikit makluman mengenai kursus yang akan dijayakan untuk tahun 2013. Ini adalah antara kursus untuk organisasi, public dan jemputan bagi kursus berkaitan tentang Power point.  Segala maklumat lanjut akan dihantar melalui email untuk tindakan selanjutnya.

1. Kursus Teknik Visual dan Kreatif.

2. Kursus peringkat tinggi Teknik Visual dan Kreatif.

3. Kursus Video dan Animasi.

4. Kursus SWOT & SLIDE RECOVERY.

5. Kursus Persembahan dan Penampilan  Imej dalam pembentangan.

6. Kursus hujung minggu, POWER POINT CREATIVE di Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Semua kursus diperuntukkan dalam 3 hari berkursus kecuali kursus hujung minggu. Tuan dan puan boleh menghubungi kami melalui borang online ini. Borang Pertanyaan/Tempahan.

Advertisements

Hasilkan Slaid yang kreatif!


Assalammualaikum,

Jika ingin menghasilkan slaid persembahan (slide show) yang pantas, kreatif, unik, menarik. Akademi Power point menawarkan kursus secara public, in-house dan hujung minggu khusus untuk trainer, penceramah, motivator, guru, korporat, rakan IT, bisnes, pelajar dan juga sesiapa sahaja yang kerjanya sebagai pembentang dan selalu bercakap-cakap depan audien. Layari, Akademi Power point

Sebab utama kursus 29hb Disember 2012!


Assalammualaikum,

10 tahun memfokuskan perisian Power point yang telah memberikan banyak insiprasi dan juga kematangan dalam kaedah pembentangan dan menghasilkan slaid ini secara mendalam dan dalam masa yang sama pelbagai teknik baru saya pelajari untuk menjadikan hasil dari perisian ini lebih unik, kreatif dan yang paling penting dapat berkongsi dengan audien untuk menambah nilai dari segi skil kemahiran mengenai perisian ini.

Sehingga kini, sudah hampir setahun saya menjalankan kursus hujung minggu untuk kursus Manipulasi Power point samada bersama tim Kreatif Power point atau tim Techo Dynamic Resources mahupun menjalankan kursus secara persendirian dan sepanjang tahun juga telah ramai individu dan  organisasi yang telah mempelajari pelbagai kaedah, teknik juga strategi persembahan menarik audien dalam slaid pembentangan perisian ini.

Secara umumnya, dalam menjadikan pembentangan yang menarik dua perkara yang perlu anda ketahui sebagai seorang pembentang slaid Power point.

1. Tahu mengaplikasikan setiap teknik Power point termasuklah arif tentang tools dan kreatif menghasilkan produk 100% dari Power point. Dengan kreativiti dan skil yang tinggi walau hanya dengan Power point, Insya-Allah anda mampu memberikan impak yang berkesan kepada audien yang hadir dalam kursus kendalian anda.

2. Tidak cukup dengan teknik, skil dan kreativiti, anda perlu tahu kaedah dan cara pembentangan yang berkesan sehingga apa yang anda sampaikan tepat menyentuh hati, mencorakkan minda dan seterusnya membuatkan audien anda cepat bertindak untuk mencari kelainan hasil dari kursus yang anda kendalikan. Kaedah Human Touch sangat memainkan perana dalam apa juga bentuk persembahan slaid Power point.

‘Power point bukan sekadar perisian yang biasa kita tahu, biasa kita lihat dan dengar tetapi ia adalah satu perisian yang banyak rahsianya jika benar-benar fokus untuk mempelajarinya. Disebabkan ia perisian yang semua orang tahu, maka berani saya katakan teknik ini akan jarang dipelajari secara mendalam melainkan minat dan impian untuk membina sesuatu yang lebih unik dalam persembahan’.

Kursus Hujung Minggu tahun 2013

Sepangjang tahun 2012 walaupun peserta teruja setelah mengikuti kursus yang dijalankan namun belum pernah saya membekalkan tutorial yang dimuatkan dalam CD, hanya kumpulan kedua terakhir sahaja telah dibekalkan tutorial ini, itu pun hanya 10 teknik sahaja.

DAN… untuk kumpulan terakhir tahun 2012 yang mana kursus praktikal akan dijayakan pada 29hb Disember ini berpeluang membawa pulang 40 teknik kreatif rahsia kreativiti Power point. Untuk makluman juga, selama setahun yuran promosi adalah RM150 akan ditutup selama-lamanya. Sangat berbaloi untuk mereka dalam kumpulan terakhir ini!

Menjelang tahun 2013 yuran dinaikkan kepada RM250 untuk sehari kursus,  ini mengambil kira bagaimana saya menghasilkan tutorial ini khusus untuk semua pembentang slaid Power point dan setakat ini belum masanya CD ini berada dipasaran, Insya-Allah tahun depan adalah perancangan yang lebih kualiti untuk mereka yang sedang mencarinya. 

Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang 40 teknik kreativiti Power point yang belum ada dalam pasaran dan diingatkan lagi ini adalah kursus promosi terakhir RM150 tahun 2012. *Pilihan adalah tindakan dari minda untuk ilmu yang dikongsikan bersama*

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE ATAU anda juga boleh membuat tempahan melalui events facebook di 40 Teknik Rahsia Power point

Sekali lagi dimaklumkan, jika tidak ingin ketinggalan untuk kursus bulan Disember ini, daftarlah dan hadirkan diri untuk kursus 29hb Dis, 2012!  Anda akan merasai keunikan kreativiti Power point yang boleh anda bongkar lebih banyak lagi teknik masa akan datang. 10 peserta terawal sahaja untuk kursus kali ini!

CD PERCUMA!


Assalammualaikum,

Buah tangan! Buah tangan! PERCUMA!

Pakej istimewa PERCUMA! Sebelum ini belum pernah dibekalkan untuk peserta! Selepas berkursus boleh dipraktiskan sehingga mahir!

CD memuatkan setiap teknik kreatif Power point dalam format PDF. Bagi mereka atau organisasi jabatan/kementerian yang ingin menjemput bagi mengendalikan kursus kreativiti Power point bagi peringkat asas ataupun pertengahan, CD akan diberikan secara PERCUMA!

Kali ini ada kelainan sedikit, yang mana sebelum ini CD belum pernah dibekalkan kepada setiap peserta khususnya langkah demi langkah teknik kreativiti Power point. Siap-siaplah dengan buah tangan ini.. 🙂

CD ini adalah 100% teknik Power point! Lihat contoh dibawah..

Kotak dengan refleksinya dan e-cover adalah antara teknik kreatif yang akan dimuatkan dalam CD dan dalam masa yang sama peserta akan mempelajarinya dari pereka asli.

Tidak ada di kedai buku ataupun carian sumber internet. Hanya boleh didapati semasa sesi berkursus nanti. Insya-Allah tetuan akan mempelajarinya dengan lebih efektif!

Market Yourself Like Facebook. Use Slide Powerpoint


Assalammualaikum,

Tuan/puan yang dirahmati Tuhan, mudah-mudahan sentiasa diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki yang tidak putus-putus setiap hari.

Terima kasih kepada yang telah membuat pembayaran dan kepada mereka yang berminat juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini sekiranya mempunyai kelapangan pada hari tersebut.  Bagi mereka yang masih berminat, boleh sahkan kehadiran anda melalui laman rasmi kami di Kreatif Powerpoint dengan mengisi borang Pra-pendaftaran di bahagian bawah.

Tuan/puan juga akan mempelajari pelbagai teknik unik dan kreatif terutama sekali bagaimana memanipulasikan imej dan shapes kepada yang lebih menarik dan interaktif. Kaedah penyampaian dan persembahan dipelbagaikan tetapi hanya 7 teknik desain yang memiliki kuasa tindakan yang perlu anda kuasai.

Ia sangat penting untuk anda sebagai presenter/speaker terutama untuk memasarkan produk, memukau audien, penyampai yang berpengaruh dan berimpak.

Jika berminat untuk mengikutinya, sahkan kehadiran anda melalui laman rasmi kami di Kreatif Powerpoint dan sekiranya anda ingin melakukan pembayaran bolehlah berbuat demikian melalui link ini. Daftar Kursus

Tuan/puan dinasihatkan supaya membaca segala peraturan sebelum dan selepas membuat pembayaran.

Oh ya, apakah 7 teknik slaid tersebut? Ia adalah 7 kaedah slaid berbisa yamg perlu dikuasai. Beberapa topik yang dibincangkan adalah:-

1. 7 Kaedah menjadikan Slaid persembahan lebih berbisa dari biasa.
2. Mencipta KILLER TITLE
3. Teknik mudah ‘Market yourself’ hanya melalui Slaid Persembahan.

Tarikh: 17hb Mac, 2012 bermula dari 9 pagi – 5 petang.
Lokasi:
LifeRich Training Centre
No 77 & No 79 Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Core study mengajar anda 7 teknik mudah menjadikan Slaid lebih Power & Genius!

Terima kasih,

Tim Kreatif Powerpoint
http://kreatifpowerpoint.blogspot.com/

P/S: Jika tuan/puan merasakan skil ini perlu dikuasai oleh rakan, mohon uwar-uwarkan pada mereka.

Creative in Multimedia


Untuk program ini ia akan dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dengan.
1. Creative Basic PowerPoint ~ Program Sehari (FEB, 2012)
Dalam program sehari ini akan diselitkan beberapa modul utama iaitu.
a.) Mencipta Slaid Pro.
b.) Animasi.
3.) Video dan Audio
4.) Grafik/Lakaran/3D shapes
Beberapa contoh yang akan dipelajari ada dipaparkan dalam blog ini.

Apabila peserta mahir diperingkat asas dengan kaedah dan teknik yang dipelajari mereka akan keperingkat seterusnya iaitu Creative Advance & PowerPoint.

Peringkat Expert Powerpoint sesuai untuk mereka yang telah mengikuti asas dan creative advance powerpoint yang mana peserta akan mempelajari dua perisian utama iaitu Powerpoint dan Flash. Peringkat ini memfokuskan bagaimana membina Flash & Powerpoint presentation serta mempelajari teknik persembahan. (Creative PowerPoint Animation & Creative Visual Presentation)

Layari Kursus Kreatif Powerpoint untuk maklumat lanjut dan lihatlah beberapa contoh kreativiti sebagai santapan anda untuk mencipta sesuatu yang baru nanti.

Seni Lakaran Jarang diketahui


Membuat persembahan dihadapan penonton bukan sahaja kerana kemampuan dan kredibiliti anda tetapi it’s about how you manage and customize your slide presentation.. berucaplah penuh yakin, penuh bergaya dgn style sendiri, bersahaja tetapi mampu memberi impak dari mata turun ke hati! Promosi untuk Oktober, sertai sekarang jika anda inginkan perubahan dari segi penyampaian dan persembahan di http://powerpointfreelancetrainer.blogspot.com/

Pendedahan kepada peminat photoshop bagaimana merekabentuk/lakaran gambar tanpa bantuan imej sebenar. Lakaran imej melalui imiginasi, fantasi serta apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda semuanya boleh dilakukan dengan 100% photoshop. Beberapa teknik/kaedah yang perlu anda tahur:-

1. Teknik menghasil imej menggunakan shape
2. Teknik bermain dengan Layers
3. Teknik penggunaan Filter
4. Tools yang berkaitan

Terbuka kepada semua peminat desain Photoshop!

Lihat lakaran yang terhasil apabila anda pakar mengenai cara, teknik dan minat yang mendalam mengenainya. http://mudahphotoshop.blogspot.com/

Nota:

PELUANG JV JIKA ANDA INGIN MELEBARKAN SAYAP MENGENAI TEKNIK DAN KAEDAH BARU DALAM LAKARAN IMEJ TANPA BANTUAN GAMBAR. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA TERUS ATAU PM PADA BILA-BILA MASA.