Sahabat


Susah ke menjadi seorang sahabat? Itulah kata-kata yang diucapkan oleh seorang teman. Jika boleh, saya inginkan persabahatan ini biar sampai keakhir hayat. Amat senang mencari yang boleh ketawa bersama tetapi amat sukar mencari seorang yang sanggup menangis bersama. Tetapi bagaimana mencari dan menjadi seorang sahabat sejati? …sambil melihat riak mukanya yang bersungguh-sungguh untuk meminta pandangan dan buah fikiran, maka saya kongsikan untuk anda yang bergelar sahabat..tidak kira anda dimana, jauh dekat ataupun hanya di alam maya…ini adalah untuk anda…

Sesiapa pun yang kita kenali baru ataupun yang lama, mengenali seseorang harus mengetahui bagaimana menghidupkan suasana persahabatan yang akan membawa anda kepada teman baru. Apa yang diharapkan adalah kejujuran anda buat pertama kalinya apabila bersemuka dengannya, tidak kira samada cukup sifatnya, fizikalnya, perwatakannya atau tinggi dan rendah martabatnya itu semua harus diketepikan.

Jika ingin berkata sesuatu padanya, berkatalah dengan ikhlas dan jujur, jika ingin berkomunikasi, biarlah ianya lahir dari hati dan perasaan anda, kenalilah mereka, selamilah hatinya dan jauhkan dari nampak kepura-puraan. Berikan satu kualiti yang tinggi dari dalam diri anda agar minda mereka sentiasa menerima yang hanya berkualiti, pandangan yang berkualiti, andaian yang berkualiti, sikap dan sifat yang penuh dengan kualiti setiap masa. Biarpun hanya sedikit yang kita berikan dan curahkan namun jika semua itu berkualiti anda tentu akan diingati hingga keakhir hayat

Jadikan diri anda seorang pembimbing untuk akhlak yang mulia yang pasti memberi kesan yang mendalam terhadap diri mereka. Kita tentu dapat merasainya apabila sesuatu kebaikan itu dapat memasuki luar dan dalam seseorang sahabat anda. Memang betul bukan mudah menjadi sesuatu yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada sesiapa sahaja yang memandang namun setiap perlakuan, tunjukajar, perkongsian pasti menjadikan anda amat amat berkualiti dari pandangan luar dan dalam.

Jadilah diri sendiri, telah disebut tadi supaya jangan ada kepura-puraan dalam diri anda atau berselindung disebalik kulit buku yang cantik, elakkan diri anda seperti udang disebalik mee, memang enak untuk dirasa, sedap untuk dimakan tapi jangan biarkan apabila sampai keperut ianya menjadi batu yang sukar untuk dihadam sehingga apa yang ditelan akan menjadi satu penyakit yang pastinya akan memudaratkan sahabat anda. Percayalah, anda tahu siapa diri sebenar dan sahabat tentu akan lebih
dekat pada anda.

Tidak ada jalan untuk anda menyembungikan diri, bila mereka mengenali anda tentu mereka akan mengenali anda untuk selama-lamannya. Setiap kegembiraan dan kesedihan biarlah dikongsi bersama but don’t cross the line! Jadilah sebagai pengikut dan mengikut tapi elakkan diri anda menjadi pak turut. Bila anda telah katakan sesuatu dan tunjukan sesuatu, sahabat anda sentiasa mengikuti anda, menginginkan sesuatu kebaikan untuk membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi. Oleh itu, janganlah persahabatan anda putus hanya kerana perkara remeh temeh!.

Dengarlah sebelum berkata, selamilah sebelum membuat keputusan dan berilah penumpuan dengan sepenuhnya bagi setiap apa yang disampaikan oleh sahabat anda. Ingat, Be Interested not Interesting! Komunikasi yang berkesan akan membawa sesuatu yang sukar diduga! Itu adalah kebenarannya…lakukan dengan betul maka hasilnya tidak akan merugikan samada sahabat anda ataupun diri anda.

Apa yang ingin disampaikan hanya sedikit, anda mampu mengetahuinya. Dengan masa dan beberapa ketika yang digunakan dengan sebaik mungkin anda akan merasai satu perubahan dengan menjadikan sahabat anda mengingati anda buat selama-lamanya.

Advertisements