Motivasi diri


Lihatlah kelebihan orang lain sebagai pembakar semangat untuk mencipta kejayaan demi kejayaan yang pastinya tidak ada ruginya berbanding dengan hanya melihat kejayaan itu tanpa bertindak keluar dari kotak dan lebih suka duduk dibawah tempurung.

Penampilan diri tidak hanya dilakukan apabila mata lain melihat tetapi perlu dilakukan walau mata sendiri yang melihat.

Kekuatan diri bukan hanya mengikuti rentak orang lain tetapi perlu mencungkil potensi, bakat dan skil yang serasi dengan minat dan impian.

Institusiku Kreatif dengan elemen Multimedia Power point!


Assalammualaikum,

Motivasi Power point di sekolah!
Tuan/puan yang dirahmati, diberkati oleh-Nya. Mudah-mudahan rezeki dilimpahkan dengan tidak ada putusnya.

Program baru untuk golongan pendidik juga semua pelajar yang inginkan sesuatu yang kreatif dengan pendedahan Teknologi Kreatif Multimedia Power point.

Cabaran yang perlu diharungi untuk menjadikan minda berfikir cara kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang unik dan asli bagi mengalas cabaran ‘Institusiku Kreatif’.

Bersaing dengan diri untuk membuktikan diri mampu membentuk minda, membina otak untuk sesuatu yang baru, berkualiti dengan teknik, skil juga kreativiti untuk sesuatu yang boleh dibanggakan atau dengan kata lagi, diluar jangkaan!

Pendekatan dengan kaedah memotivasikan diri untuk berkreatif, berinovasi secara kumpulan dan individu.

Jemputan khas untuk yang disebut untuk memandaikan diri juga anak-anak bangsa dengan cara penyampaian dan persembahan dengan elemen-elemen multimedia yang efektif!

Trainer: Muhammad Suhaily
Tarikh: 27hb Oktober, 2012
Tempat: DEWAN AINON MOHD
11-2, Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.
Yuran: RM150

A Brand with Values.


Finding shared values means you have to have some values, they can’t just be milquetoast, namby-pamby middle-of-the-road crap.

If you’re in the business of making landmines, you’ve got a big problem. But if you’re making dessert, you’ve got a lot of choices of values that reflect your values.

Muhammad Suhaily George Bin Abdullah
Trainer / Presenter. Slide & Creative Power Point

Berasal dari Tamparuli, Negeri Dibawa Bayu (SABAH). Menjadi tenaga pengajar sejak tahun 2000. IPTS terakhir sebelum mengorak langkah sebagai Penceramah bebas ialah SEGi Kolej yang sekarang ini telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti.

Sebagai tenaga pengajar, beliau tidak pernah terlepas dari menggunakan powerpoint dalam persembahan samada untuk tujuan promosi, pemasaran,seminar dan sebagainya.

Tugasan mencabar apabila beliau dipertanggungjawabkan memegang jawatan sebagai Ketua jabatan Vokasional anjuran Kementerian Sumber Manusia, program khas untuk melatih anak-anak bangsa yang berketerampilan yang mana pada ketika itu program dijalankan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) yang kini dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Justeru, beliau banyak mencari kaedah, teknik untuk menghasilkan slaid powerpoint dari yang biasa kepada yang luar biasa. Pada tahun 2008, beliau telah mengambil keputusan untuk bergerak sendiri sebagai penceramah bebas dan memfokuskan Kreativiti Powerpoint sebagai produk utama dalam bidang perniagaannya.

Banyak mendapat jemputan dari agensi kerajaan untuk menjalankan kursus Powerpoint. Beliau mendedahkan pelbagai teknik, kaedah dan keunikan perisian Powerpoint yang mana sebelum ini jarang yang mengetahuinya atau mempelajarinya.

Tip kejayaan beliau: IDEA membuka minda, IDEA mencorakkan ilmu, IDEA membawa kejayaan. Teruskan mengkaji apa yang anda minat.

…Sebagai pembentang yang baik, unik, berkesan dan berkaliber, DUA perkara perlu anda dalami:

1. Teknik, kaedah dan skil penggunaan perisian Power Point.
2. Teknik dan gaya persembahan melalui Power Point.

Agensi yang pernah mendapatkan perkhidmatan beliau:
1. Institut Integriti Malaysia (IIM).
2. Agensi Nuklear Malaysia.
3. Akademi Audit Negara (AAN).
4. Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka.
5. Universiti Islam Antarabangsa Gombak (IIUM).
6. Universiti Teknologi Mara (UITM)
7. Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. Krangkraf Malaysia.
9. MARA
10. Kementerian Kesihatan Malaysia.
11. I-Systems Training Centre Kuala Lumpur
…dan banyak lagi.

Up ↑