Kekosongan Jadual Mac dan April 2013.


Tuan puan yang dirahmati dan diberkati Allah.  Sedikit makluman mengenai kursus yang akan dijayakan untuk tahun 2013. Ini adalah antara kursus untuk organisasi, public dan jemputan bagi kursus berkaitan tentang Power point.  Segala maklumat lanjut akan dihantar melalui email untuk tindakan selanjutnya.

1. Kursus Teknik Visual dan Kreatif.

2. Kursus peringkat tinggi Teknik Visual dan Kreatif.

3. Kursus Video dan Animasi.

4. Kursus SWOT & SLIDE RECOVERY.

5. Kursus Persembahan dan Penampilan  Imej dalam pembentangan.

6. Kursus hujung minggu, POWER POINT CREATIVE di Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Semua kursus diperuntukkan dalam 3 hari berkursus kecuali kursus hujung minggu. Tuan dan puan boleh menghubungi kami melalui borang online ini. Borang Pertanyaan/Tempahan.

Kekosongan jadual untuk bulan Mac dan April 2013.

a. 20hb – 22hb Mac, 2013

b. 25hb – 27hb Mac, 2013

c. 08hb – 10hb April, 2013

Advertisements

Hasilkan Slaid yang kreatif!


Assalammualaikum,

Jika ingin menghasilkan slaid persembahan (slide show) yang pantas, kreatif, unik, menarik. Akademi Power point menawarkan kursus secara public, in-house dan hujung minggu khusus untuk trainer, penceramah, motivator, guru, korporat, rakan IT, bisnes, pelajar dan juga sesiapa sahaja yang kerjanya sebagai pembentang dan selalu bercakap-cakap depan audien. Layari, Akademi Power point

Sebab utama kursus 29hb Disember 2012!


Assalammualaikum,

10 tahun memfokuskan perisian Power point yang telah memberikan banyak insiprasi dan juga kematangan dalam kaedah pembentangan dan menghasilkan slaid ini secara mendalam dan dalam masa yang sama pelbagai teknik baru saya pelajari untuk menjadikan hasil dari perisian ini lebih unik, kreatif dan yang paling penting dapat berkongsi dengan audien untuk menambah nilai dari segi skil kemahiran mengenai perisian ini.

Sehingga kini, sudah hampir setahun saya menjalankan kursus hujung minggu untuk kursus Manipulasi Power point samada bersama tim Kreatif Power point atau tim Techo Dynamic Resources mahupun menjalankan kursus secara persendirian dan sepanjang tahun juga telah ramai individu dan  organisasi yang telah mempelajari pelbagai kaedah, teknik juga strategi persembahan menarik audien dalam slaid pembentangan perisian ini.

Secara umumnya, dalam menjadikan pembentangan yang menarik dua perkara yang perlu anda ketahui sebagai seorang pembentang slaid Power point.

1. Tahu mengaplikasikan setiap teknik Power point termasuklah arif tentang tools dan kreatif menghasilkan produk 100% dari Power point. Dengan kreativiti dan skil yang tinggi walau hanya dengan Power point, Insya-Allah anda mampu memberikan impak yang berkesan kepada audien yang hadir dalam kursus kendalian anda.

2. Tidak cukup dengan teknik, skil dan kreativiti, anda perlu tahu kaedah dan cara pembentangan yang berkesan sehingga apa yang anda sampaikan tepat menyentuh hati, mencorakkan minda dan seterusnya membuatkan audien anda cepat bertindak untuk mencari kelainan hasil dari kursus yang anda kendalikan. Kaedah Human Touch sangat memainkan perana dalam apa juga bentuk persembahan slaid Power point.

‘Power point bukan sekadar perisian yang biasa kita tahu, biasa kita lihat dan dengar tetapi ia adalah satu perisian yang banyak rahsianya jika benar-benar fokus untuk mempelajarinya. Disebabkan ia perisian yang semua orang tahu, maka berani saya katakan teknik ini akan jarang dipelajari secara mendalam melainkan minat dan impian untuk membina sesuatu yang lebih unik dalam persembahan’.

Kursus Hujung Minggu tahun 2013

Sepangjang tahun 2012 walaupun peserta teruja setelah mengikuti kursus yang dijalankan namun belum pernah saya membekalkan tutorial yang dimuatkan dalam CD, hanya kumpulan kedua terakhir sahaja telah dibekalkan tutorial ini, itu pun hanya 10 teknik sahaja.

DAN… untuk kumpulan terakhir tahun 2012 yang mana kursus praktikal akan dijayakan pada 29hb Disember ini berpeluang membawa pulang 40 teknik kreatif rahsia kreativiti Power point. Untuk makluman juga, selama setahun yuran promosi adalah RM150 akan ditutup selama-lamanya. Sangat berbaloi untuk mereka dalam kumpulan terakhir ini!

Menjelang tahun 2013 yuran dinaikkan kepada RM250 untuk sehari kursus,  ini mengambil kira bagaimana saya menghasilkan tutorial ini khusus untuk semua pembentang slaid Power point dan setakat ini belum masanya CD ini berada dipasaran, Insya-Allah tahun depan adalah perancangan yang lebih kualiti untuk mereka yang sedang mencarinya. 

Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang 40 teknik kreativiti Power point yang belum ada dalam pasaran dan diingatkan lagi ini adalah kursus promosi terakhir RM150 tahun 2012. *Pilihan adalah tindakan dari minda untuk ilmu yang dikongsikan bersama*

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE ATAU anda juga boleh membuat tempahan melalui events facebook di 40 Teknik Rahsia Power point

Sekali lagi dimaklumkan, jika tidak ingin ketinggalan untuk kursus bulan Disember ini, daftarlah dan hadirkan diri untuk kursus 29hb Dis, 2012!  Anda akan merasai keunikan kreativiti Power point yang boleh anda bongkar lebih banyak lagi teknik masa akan datang. 10 peserta terawal sahaja untuk kursus kali ini!

Kerjasama melebarkan perniagaan Power point


Assalammualaikum,

Networking With Other (knowing WHO know)

I found out one man named Tuan Muhammad Suhaily who teach and train people to be creative in powerpoint and photoshop skills. I started to register his powerpoint and photoshop courses but unfortunately his schedule always clash with my study timetable. So I’m not able to attend his courses. But this doesn’t demotivated me. I email him telling that I really want to attend his course and I really want to be his student. Read more.. Sharing is Caring

Soroton bersama IIUM Gombak, Advance Power point 2010


Assalammualaikum,

Sedikit pengisian untuk sorotan mengendalikan kursus advance Power point 2010 yang dijalankan di IIUM Kampus Gombak. Setinggi penghargaan kepada Tuan Muhaideen Abdul Kader yang memberi kepercayaan untuk siri ke II selepas Power point 2007 tahun 2011 yang lalu. Kursus Power point 2007

Kursus dijalankan di tempat yang sama iaitu di Research Management Centre (RMC). Seramai 32 peserta telah mengikuti kursus kali ini. Secara keseluruhannya, peserta didedahkan dengan kaedah penggunaan tool, teknik dan juga skil yang perlu ada bagi seorang pembentang Power point.

Bermula sorotan hari pertama apabila saya suka hati meletakkan kereta khas untuk professor sahaja, esoknya sudah ada sepanduk ‘Professor’. 🙂 Saya sudah tersipu malu. Maaflah, semalam nombor khas pekerja tidak ada, saya juga tidak tahu, makanya saya pun suka hati letak mana-mana tempat. Lain kali perlu berhati-hati kerana tidak mahu disaman kali kedua. 🙂

Hari kedua, peserta didedahkan dengan teknik kreativiti Power point, manipulasi dan juga 3D khusus untuk kandungan slaid yang berkaitan dan hari terakhir (ketiga) sesi pembentangan antara kumpulan. Dari hasil pembelajaran selama tiga hari, peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari, dapat menggunakan elemen-elemen penting serta tool yang terdapat pada perisian Power point.

Hanya ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki iaitu penggunaan warna latar, huruf dan kontras imej. Telah dimaklumkan dengan peserta mengenai perkara ini diakhir kursus. Kursus berkaitan secara spesifik khusus untuk pembentang korporat Power point. Slide Recover & SWOT

Beberapa aktiviti yang sempat diambil semasa kursus dijalankan.

Beberapa maklumbalas peserta selepas kursus dijalankan. Lihat paparan berikutnya..

CD PERCUMA!


Assalammualaikum,

Buah tangan! Buah tangan! PERCUMA!

Pakej istimewa PERCUMA! Sebelum ini belum pernah dibekalkan untuk peserta! Selepas berkursus boleh dipraktiskan sehingga mahir!

CD memuatkan setiap teknik kreatif Power point dalam format PDF. Bagi mereka atau organisasi jabatan/kementerian yang ingin menjemput bagi mengendalikan kursus kreativiti Power point bagi peringkat asas ataupun pertengahan, CD akan diberikan secara PERCUMA!

Kali ini ada kelainan sedikit, yang mana sebelum ini CD belum pernah dibekalkan kepada setiap peserta khususnya langkah demi langkah teknik kreativiti Power point. Siap-siaplah dengan buah tangan ini.. 🙂

CD ini adalah 100% teknik Power point! Lihat contoh dibawah..

Kotak dengan refleksinya dan e-cover adalah antara teknik kreatif yang akan dimuatkan dalam CD dan dalam masa yang sama peserta akan mempelajarinya dari pereka asli.

Tidak ada di kedai buku ataupun carian sumber internet. Hanya boleh didapati semasa sesi berkursus nanti. Insya-Allah tetuan akan mempelajarinya dengan lebih efektif!

Jabatan Perkhidmatan Pembentungan [JPP]


Assalammualaikum,

Sedikit sorotan mengendalikan kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Tidak terhingga juga buat USMART RESOURCES yang menjemput saya sebagai penceramah. Alhamdulillah, selesai sudah kursus selama 3 hari bermula dari 18hb – 20h Sept, 2012 bertempat di Aras 4, bilik latihan komputer, KETTHA PARCEL E Putrajaya.

Tidak dilupa puan Dasyarini Saridah Daud, atas kepercayaan yang diamanahkan, memberi peluang untuk kami menjayakan kursus ini. Didoakan agar puan sentiasa diberkati, dirahmati dan disayangi oleh-Nya.

Insya-Allah, jika ada peluang kelak, peringkat seterusnya untuk yang lebih tinggi 🙂 Advance Power point

Gambar diambil setelah selesai berkursus.. 🙂

Sedikit paparan testimoni.. 🙂 Setiap kekurangan dan kelemahan semasa berkursus akan sentiasa diperbaiki.