Perniagaan Melalui Talian Internet


Walaupun telah diketahui umum mengenai kategori dibawah tetapi tetap ada yang disalah ertikan mengenai jenis perniagaan online tersebut. Majoriti mengatakan Pelaburan internet adalah haram disisi undang-undang dan islam, namun saya berpendapat ketiga-ketiga kategori ini akan menjadi haram dan salah sekiranya disalahguna dari objektif sebenar ia diwujudkan.

1. Perniagaan internet – jika tidak menipu dengan menjual airliur ia tetap halal

2. Program internet – jika tidak dimanipulasikan + terlebih bijak hingga tidak tahu mana brek ia tetap halal

3. Pelaburan internet – jika tidak ada unsur riba + menipu + dimanipulasi ia tetap halal

Untuk menjalankan perniagaan dari rumah ada kebaikkannya dan jika anda mengambil keputusan menjadikan perniagaan ini sepenuh masa tanpa bergantung makan gaji maka ianya perlulah dilakukan dengan teliti sentiasa tambahkan pengetahuan mengenai ilmu perniagaan internet, sungguh-sungguh, sentiasa fokus dan percaya dengan produk yang dikeluarkan serta sentiasa mempelajari perkara baru yang berkaitan dengan perniagaan internet online. Apa jenis pun produk anda, biarlah produk yang dikeluarkan berpandukan dengan kemahiran, bakat dan minat anda.

Kini hampir 3 tahun saya menjalankan perniagaan internet dan produk yang saya keluarkan dalam bentuk servis perkhidmatan dalam bidang latihan ICT dan bisnes perniagaan internet (MLM Skim Cepat Kaya Benda merapuh (SPAM/SCAM)) Apa yang ingin dikongsikan, apabila anda menjalankan perniagaan secara online, anda perlulah sentiasa mendapat sokongan dari orang yang terdekat bagi membantu dan memotivasikan diri anda supaya sentiasa fokus dan konsisten menjalankan perniagaan anda. Beberapa kriteria perlu ada dalam diri seperti:-
1. Kemahiran

Tanpa kemahiran mengenai sesuatu produk tentu anda tidak tahu apakah jenis produk yang ingin dikeluarkan dan dipasarkan. Bagaimana anda mewujudkan win-win situation dan kepercayaan dengan pelanggan jika produk yang anda ingin dipasarkan tetapi tidak mempunyai pengetahuan mengenainya?

2. Bakat

Bakat sahaja tidak mencukupi tanpa kemahiran, malahan bakat tadi akan membunuh perniagaan anda sama seperti bakat seorang penyanyi tetapi tidak ada kemahiran mengenai alunan suara dan kawalan suara maka seorang penyanyi itu tidak akan kemana. Mungkin dalam rumah dan bilik mandi dialah superstar tetapi tidak ada seorang pun komposer yang ingin mendidiknya namun adanya bakat dalam diri menjadikan anda lebih mahir jika diasah dengan ilmu pengetahuan yang sama bidangnya dan akhirnya anda akan lebih mahir dan terampil.

3. Minat

Anda hanya boleh menjalankan perniagaan dan mengeluarkan produk sendiri jika adanya minat yang mendalam bukannya menjadi pengikut dengan usahawan internet yang lain, maknanya apa yang dikeluarkan oleh peniaga lain maka anda akan turut serta biarpun anda tidak meminatinya. Disebabkan anda melihat pulangan dan pendapatan orang lain tidak bermakna anda boleh mengikutinya, lain orang lain caranya, lain produk dan minat maka lain strateginya.

4. Strategi

Strategi sangat penting bagaimana anda memasarkan produk yang akan dikeluarkan kelak. Strategi, teknik dan kemahiran boleh dilakukan dalam masa yang sama bagi tujuan pemasaran dan jualan produk anda, bayangkan jika anda kekurang startegi, anda pasti akan terlepas peluang diperingkat jualan. Bagaimana seorang jurulatih bolasepak menyusun strategi pemain hadapan, tengah dan serangan. Pemain pula perlu mempunyai bakat dan kemahiran untuk mengelecek bola dan seterusnya mempunyai teknik yang betul untuk menjaringkan gol samada dari kotak penalti, sudut dan tendangan jarak jauh oleh itu pasti kemenangan yang akan dicapai oleh kumpulannya. Dalam perniagaan anda tidak boleh berkerja seorang diri, bukan untuk diri sendiri tetapi biarlah perniagaan anda untuk orang sekeliling jika ingin melihat perniagaan anda untuk lima tahun akan datang.

5. Teknik

Teknik telah pun diterangkan tadi, dalam perniagaan anda juga perlu tahu teknik dalam pemasaran, jualan untuk menjadikan pelawat anda kepada pembeli. Teknik mencari pembeli sangat sangat penting dalam perniagaan anda. Jika tidak, betapa bagus pun produk yang dikeluarkan tetapi tidak ada pembeli ianya sama seperti rumah usang yang berpenunggu dan tidak ada seorang pun yang berani untuk melawat.

6. Pelaburan

Pelaburan yang dimaksudkan disini bukannya skim pelaburan cepat kaya untuk mendapatkan pulangan ribuan ringgit dalam masa yang singkat yang mana anda sendiri tidak tahu dari mana sumber pendapatan tersebut, ada pelaburan yang menjadikan anda kaya tetapi dengan cara menindas orang sekeliling dan ini seharusnya dielakkan sama sekali. Dalam perniagaan internet, anda perlulah bersedia membuat pelaburan biarpun sedikit bagi tujuan menuntut ilmu dan mempelajari kaedah, teknik perniagaan internet dari sumber yang dipercayai. Anda boleh mengikut kelas-kelas bimbangan perniagaan, seminar dan bengkel perniagaan bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan anda dalam perniagaan internet online.

Setiap pendapat berbeza-beza, hak anda untuk menapisnya, membetulkan mana yang sengek, menambah mana yg kurang, berkongsi mana yg perlu dan belajar untuk memperkukuhkan dan mengembangkan perniagaan anda untuk jangkamasa yang panjang.

Advertisements

Belajar dan Mengajar


You Can’t Teach people by C & Wait. Show your Skills, Share with others & Sell it for Solution and Motivate for Improvement.

Mengajar bukan setakat anda memberi tetapi belajar memperbaiki diri supaya lebih perkasa. Elakkan orang berkata jangan mengajar itik berenang! Perkasakan diri, agar anda bukan mengajar itik berenang tetapi membawa itik tadi dimana adanya air untuk ia berenang dengan lebih selesa. Belajar, belajar dan terus belajar menjadi pemimpin yang hebat..

Orang selalu berkata ‘wait n see’ tetapi bila dipraktikkan ia akan menjadi see and wait, manusia lebih cenderung kepada melihat sahaja keadaan kemudian tunggu kesudahan tanpa mengambil tindakan akibatnya apa yang dirancang tidak akan menjadi dan sia-sia.

Setiap perjalanan memberi ilmu perlulah berbekalkan dengan tiga perkara iaitu:-

1. Memerlukan Strategi

2. Memerlukan Skills/Kemahiran

3. Memerlukan Teknik

Dari pengalaman menjadi seorang pendidik, sememangnya amat penting bagi memberi kefahaman, pemahaman dan pengertian tentang apa yang ingin disampaikan dan dalam perkongsian mengenai tiga perkara tersebut seseorang itu juga perlu tahu bagaimana memberikan satu impak yang berkesan kepada pendengar agar mudah untuk mereka memahaminya.

Seseorang itu perlu kreatif dalam menyampaikan hujah dan tidak lari dari objektif sebenar, pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk penyampaian samada dalam bentuk bunyi, gambar, perumpamaan dan sebagainya bagi memudahkan lagi pemahaman sebagai satu perantaraan antara penyampai dan pendengar.

Seseorang perlu tahu dan mendalami bagaimana menggunakan teknik SSSM (Show, Share, Sell and Motivate) agar apa juga bentuk penyampaian akan membentuk minda yang hebat dan segala apa yang disampaikan, akan sampai kehati. Maka, segala pemberian akan mudah diterima dan dapat diaplikasikan oleh pendengar dengan baik sekali.

Mungkin ada diantara anda boleh mengulas lebih lanjut berkenaan SSSM? mengikut pemahaman, kefahaman dan pengalaman pastinya perkongsian anda sangat berharga.