Jemputan Penceramah/Trainer Power point


Assalammualaikum, Tuan dan Cikpuan yan dirahmati Allah.

Membimbing seorang bakal trainer/penceramah/peserta khususnya yang memfokuskan pada aplikasi Power point. Kursus yang dikendalikan oleh beliau memberi tunjukajar apakah tools yang sesuai digunakan untuk melakukan pengeditan pada imej, 3D dan banyak lagi. Kadangkala apabila memasukkan ime atau isi kandungan pada slaid ia memerlukan penyedia slaid berfikir cara kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik. Inilah terjemahaan yang akan dilakukan apabila tuan dan cikpuan mengikuti kursus ini. In Shaa Allah.

Ingin menjemput beliau sebagai trainer dalam organisasi tuan/puan? Mohon hubungi beliau melalui email silaturraim@akademipowerpoint.com atau telefon mudah alih 017-6599-572

Layari sedikit maklumat mengenai beliau. http://www.akademipowerpoint.com/aboutme/

KELAS PRAKTIKAL ASAS POWER POINT KREATIF DAN VISUAL IMEJ & 3D


KELAS PRAKTIKAL ASAS POWER POINT KREATIF DAN VISUAL IMEJ & 3D

Yuran kursus termasuk nota dan CD Tutorial Teknik Kreatif Power point.

Yuran: RM150.00 sahaja.

Trainer: Muhammad Suhaily George bin Abdullah.

Penyertaan: 10 penyertaan setiap sesi kursus.

Lokasi: Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Tarikh: 27hb April, 2013 (Sabtu)

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

PENGENALAN:

Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah. Mungkin ramai yang sedia maklum mengapa perlu mempelajari teknik asas kreatif, 3D dan Visual. Apa yang akan dipelajari melalui kelas ini nanti adalah kaedah, teknik dan skil ‘Touch-up’ yang jarang digunakan oleh penyedia slaid Power point. 

Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan bengkel dan juga kursus sejak beberapa tahun yang lalu.

Setiap teknik menghasilkan imej yang diedit, 3D dan sebagainya perlu melalui asas yang betul, jika tidak hasilnya juga tidak cukup memuaskan. Sebagai contoh, tools yang sesuai mengedit gambar, teknik menghasilkan 3D, teknik memotong imej, teknik membuang latar imej atau warna, teknik menukar warna pada imej dan banyak lagi yang akan dipelajari. Ini semua memerlukan skil dan teknik-teknik asas dan paling penting perlu tahu dimana letaknya tools tersebut, bagaimana menggunakannya dan kaedah untuk menjadikan hasil yang menarik, cantik, unik dan kreatif.

Apabila tuan dan cikpuan mengetahui tools yang digunakan, satu lagi tools yang akan wujud dengan sendirinya adalah tools ‘Kreativiti’. 

Kreativiti memainkan peranan penting untuk menghasilkan setiap bentuk yang diinginkan, ia sebenarnya akan wujud sendiri setelah mengetahui tools dan teknik yang dipelajari dan secara tidak langsung idea-idea unik akan wujud bagi menghasilkan banyak lagi elemen-elemen kandungan slaid yang disunting sendiri tanpa memerlukan perisian grafik yang mahal seperti Photoshop.

Dengan Power point juga, teknik e-cover juga boleh dihasilkan. Mungkin selepas ini tidak perlu lagi menggunakan Photoshop kerana dengan Power point e-cover dan CD boleh dihasilkan kurang dari 10 minit. Hasilkan tetap berkualiti. Banyak imej akan dimuat naik melalui event ini agar tuan dan cikpuan melihat sendiri hasil imej hanya dari Power point.

Dengan Power point juga, apabila siap kelak slaid yang dihasilkan, tidak perlu menggunakan perisian lain untuk ‘Convert’ kepada video. Dari Power point telah tersedia untuk jadikan slaid kepada video ataupun slaid dimuatkan dalam CD. Kerja menjadi mudah dan bawalah kemana-mana sebagai backup slaid persembahan.

Apakah misi penganjuran kursus dari Akademi Power point. Lihat sedikit maklumat mengenai tenaga pengajar. http://akademipowerpoint.com/aboutme/

Daftar online. http://form.jotform.com/form/13111325066

Keperluan yang perlu dibawa bersama:-

1. Laptop + perisian Power point 2007 / 10

2. Nota

Cara bayaran, untuk tidak membebankan tuan dan cikpuan boleh melakukan pembayaran semasa kursus nanti. In Shaa Allah.

Sekian,

Muhammad Suhaily

http://akademipowerpoint.com/pakarpowerpoint/

Kekosongan Jadual Mac dan April 2013.


Tuan puan yang dirahmati dan diberkati Allah.  Sedikit makluman mengenai kursus yang akan dijayakan untuk tahun 2013. Ini adalah antara kursus untuk organisasi, public dan jemputan bagi kursus berkaitan tentang Power point.  Segala maklumat lanjut akan dihantar melalui email untuk tindakan selanjutnya.

1. Kursus Teknik Visual dan Kreatif.

2. Kursus peringkat tinggi Teknik Visual dan Kreatif.

3. Kursus Video dan Animasi.

4. Kursus SWOT & SLIDE RECOVERY.

5. Kursus Persembahan dan Penampilan  Imej dalam pembentangan.

6. Kursus hujung minggu, POWER POINT CREATIVE di Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Semua kursus diperuntukkan dalam 3 hari berkursus kecuali kursus hujung minggu. Tuan dan puan boleh menghubungi kami melalui borang online ini. Borang Pertanyaan/Tempahan.

Kekosongan jadual untuk bulan Mac dan April 2013.

a. 20hb – 22hb Mac, 2013

b. 25hb – 27hb Mac, 2013

c. 08hb – 10hb April, 2013

Up ↑