Talk percuma bukan sia-sia


Hari ini saya akan kongsikan beberapa idea bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan dengan hanya bercakap dihadapan ramai. Apa jenis produk anda pun, ia sememangnya boleh buat duit yang penting ‘perlu mahir mengenai produk dan tahu kepentingan dan faedah yang perlu dimiliki oleh pelanggan tentang produk yang anda tawarkan, maknanya apa yang anda tawarkan adalah ’solution’ kepada mereka.

Pendapatan melalui ‘ free talk’ atau free seminar mengenai produk anda bukan sia-sia sekiranya anda tahu bagaimana strategi yang betul, tidak perlu saya cakap panjang lebar sebab sedar atau tidak kita sebenarnya sentiasa menjual setiap hari.

So listen carefully, Jika anda ingin mencuba atau beralih bidang kepada training,coaching,motivasi,ICT dan sebagainya, memang tepat anda membaca artikel ini. Bagaimana jika saya bermula dengan sebuah sekolah untuk memasarkan produk untuk pelajar? boleh ke? bagaimana caranya? sebenarnya banyak lagi organisasi yang boleh anda jadikan sebagai sasaran tetapi disiplin dan step by step sangat penting dalam apa juga projek yang anda jalankan. Jadi lebih baik bermula dengan angka satu(1) atau lebih jelas bagaimana menjadikan angka RM1 kepada RM1000 dengan no 1.

Apa yang perlu anda sediakan?

1. of course yang pertama adalah surat permohonan – mana boleh main masuk saja kan.. Ada dua pilihan anda -hantar surat rasmi kepada kaunselor dan cc kepada pengetua sekolah atau hantarkan profil serta proposal anda terus kepada pengetua sekolah dan pastikan apa yang ingin ditawarkan semestinya ‘FREE’.

2. Iklan/flyer – buatkan dua iklan satu untuk main produk for school dan satu lagi produk sampingan. sebab apa? kita tidak pernah terlepas apabila orang bertanya, ini saja ke? bila ditanya ini saja ke then baru keluarkan produk sampingan anda. Ini adalah antara anda dengan sekolah! bukannya sekolah datang ke organisasi anda seperti ‘open day’ dan membuatkan anda mengeluarkan setiap produk dari peti anda.

3. Sediakan slide presentation mengenai program yang ingin anda berikan pada pelajar ketika itu. Terpulang dengan tajuk program yang anda persembahkan. Saya bagi contoh: STRATEGI BELAJAR UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN. Saya perlu jelaskan walaupun produk anda berlainan dari saya tetapi konsep yang saya ketengahkan tetap sama, so jangan risau sekiranya produk anda dan saya berlainan.

Bila anda memberikan secara percuma dengan pihak sekolah mereka akan menyambutnya dengan tangan terbuka lebih-lebih lagi apa program yang anda tawarkan memberikan kebaikan antara pelajar serta guru dan ianya percuma. So, bukan kah ini menarik minat pihak sekolah? Anda boleh berikan satu program jangka pendek FREE kepada pihak guru, contohnya:

1. Training mengenai soft skills
2. Training mengenai ICT
3. Perniagaan dalam pendidikan
4. Perniagaan dalam latihan
5. Pendapatan tambahan melalui tuisyen
6. Perniagaan internet – kelebihan dan kekurangan

…berikan satu skill pada organisasi tersebut berpandukan kemahiran anda!
Apabila anda membentangkan persembahan kepada pelajar, elakkan menjual tetapi promosikan kelebihan, kredibiliti, kemahiran dan kemampuan serta berikan solution atau penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Anda akan dilihat seorang yang mantap dan pakar dengan bidang yang anda cuba ketengahkan.

Jika sudah berjaya, bagaimana pendapatan boleh tercipta?
1. Bila saya dilihat seorang yang pakar, adakah pelajar mencari saya kembali bertanyakan soalan? ya sudah pasti! so saya telah mencadangkan pada pelajar agar menyertai khidmat kaunseling secara online dengan yuran ahli RM2.00 sebulan. Jika servis yang saya berikan memang terbaik, adakah pelajar ini akan menjadi ahli untuk bulan berikutnya?

Jika seorang RM2.00, jika satu sekolah menyertai program ini dari form 1 ke form 5 bagaimana? jika ianya percuma saya pasti pihak sekolah tidak akan melepaskan peluang seperti ini untuk semua pelajar. Bagaimana jika satu sekolah mempunyai 3000 pelajar dan seribu pelajar telah menyertai sesi kaunseling saya. RM2.00 X 1000 pelajar = RM2000 sebulan. Adakah talk free saya sia-sia?

2. Selepas tamat persembahan saya telah keluarkan ebook mengenai teknik belajar cara berkesan dan telah menawarkan dengan harga promosi RM5.00. Satu talk yang saya jalankan seramai 100 orang, 40 – 60 orang telah membelinya. Jadi.. RM5.00 x 60 orang = RM300. Jadi saya datang ke sekolah bawa idea, saya balik bawa RM300 duit poket. Adakah talk free saya sia-sia?

3. Ada yang kata saya tidak ada ebook, jangan risau. Cari ebook free dari internet yang mempunyai hak jualan semula. Buat kemaskini dengan lebih kemas dan jual harga promosi. So..adakah talk free anda sia-sia?

4. Masih ada yang kata, saya tak dapat cari ebook lesen PLR atau MRR, apa yang perlu anda buat? Deal dengan IM yang mempunyai produk sama dengan kemahiran anda, anda jadilah offline affiliates. Berapa komisyen yang anda dapat sekiranya dapat menjual satu ebook, paling kurang pun RM10 kan…so kalau ada pelajar membelinya paling kurang pun 20 orang dari seratus, berapa yang anda dapat? RM10 x 20 orang = RM200. So..adakah talk free anda sia-sia?

Semua apa yang saya perolehi belum termasuk pendapatan dari guru yang saya berikan talk free…so adakah talk free saya sia-sia? oklah nanti kita sambung lagi…ye

Advertisements

Perniagaan dari rumah


My Home My Office, mungkin istilah ini lebih sesuai…sebab dari 3 tahun lepas kerja saya sememangnya berkerja hanya dari rumah dan sekali sekala tu sure kena keluar juga untuk jumpa pelanggan. Sedar tak sedar kawan-kawan sekeliling muskil juga macam mana nak survive kalau dah tiga tahun jadi Mr Mama, boleh ke cari pendapatan kalau dah tak ada kerja tetap dari tiga tahun lepas?

Soalan: Diaorang kata, macam mana ko dapat duit ah? sorrylah bahasa macam pergi pasar..
Jawapan: Saya kata, saya guna kelebihan dalam diri.
Soalan: Boleh untung ke?Berapa banyak duit masuk?
Jawapan: Taklah banyak sangat, adalah sikit-sikit, kalau rajin..bolehlahhh tahan…
Soalan: Abis tu, ko jual apa?
Jawapan: Saya berniaga online…
Soalan: Jual produk apa? Apa syarikat ko join? MLM ke?
Jawapan: Saya kata bukan! tidak semestinya istilah ‘online’ tu berniaga produk MLM! saya jual produk sendiri, mengajar tuisyen, buat face to face coach dan kalau ada syarikat jemput saya untuk conduct training, saya buatlah…

…dipendekkan cerita, kalau nak berniaga sendiri samada menjual produk digital ke fizikal ataupun menjual servis perkhidmatan, yang paling utama selain dari perkara penting yang lain adalah gunakan kelebihan,kepakaran dan minat sebagai produk utama anda.
atau untuk lebih jelas…lihat apa yang saya ingin kongsikan pada anda semua…jika anda mempunyai seperti yang saya gariskan diatas dan dilakukan dengan fokus maka rasanya tidak ada masalah untuk buat mesin duit. Lihat contoh dibawah:
1. Kerja 8 jam seminggu untuk sabtu dan ahad sahaja. Bagaimana? Katakan saya buat kelas dari rumah untuk ajar siapa siapa yang nak mula bisnes dari rumah dengan talian internet dan sebuah komputer. Tidak perlulah caj banyak-banyak, biar start dari kecil dulu dan tak payahlah terus berangan jadi kaya!

Hari sabtu ajar 4 jam dan esoknya ahad 4 jam. Seorang caj RM45, dekat ruang tamu boleh muat dalam 6 orang, cukup dengan sofa sudah amat selesa untuk mereka berbanding dengan duduk dilantai, betul tak? setiap sesi hanya ambil masa selama 4 jam sahaja dan esoknya orang lain pula yang masuk. Jika hari sabtu RM45 x 6 orang = RM270 (pendapatan hari sabtu) RM270 lagi pendapatan hari ahad, maka seminggu RM270 X 2=RM540

Sebulan ada berapa minggu?rasanya semua tahukan? RM540 X 4 = RM2160. Ini adalah anggaran kasar, terpulang berapa peserta yang boleh ditampung oleh sofa anda. Itu hanyalah satu produk…jadi boleh ke buat duit dengan berkerja dari rumah? Nanti kita sambung lagi idea lain ye…

Jalan-jalan IPTS ber JV


Hari ini, jom ikut saya jalan-jalan dekat kolej, training centre dan universiti. Oh rite…
Ada 2 produk yang boleh anda jual. Lain produk pun boleh jual tapi ikut permintaan.
a.) Latihan ICT (IT Dept)
b.) Perniagaan (Aliran Biz/Pemasaran)
p/s: jadikan tawaran anda sebagai professional course/corporate training agar yuran yang dikenakan berbaloi…

Apa yang perlu anda buat?
1. Kajian dan Analisis – Sasarkan institusi tersebut. Dapatkan segala maklumat termasuk flyer,pamplet,yuran dan time table. ‘tidak ada siapa yg marah, mereka lagi suka ada walk-in untuk mengetahui program yang dijalankan. Minta kad bisnes untuk memudahkan perhubungan untuk dua orang kuat iaitu marketing managerdan business development manager.

Siapkan proposal mengenai program + profil + kontrak, objektf, sasaran dan yuran yang menguntungkan kedua belah pihak. Tawarkan produk yang mempunyai permintaan tinggi untuk pelajar. Back bone bisnes anda adalah FREE & OFFER. 2 kaedah ini sangat penting untuk perniagaan jangka panjang, samalah seperti ‘mengapa pihak bank memberikan kita pinjaman?’

Tetapkan harga anda, sebagai contoh RM450 untuk seorang pelajar selama 8 jam. Jalankan program anda sekali seminggu sahaja. Win-win situation antara management, anda hanya perlu mengambil RM100 dari RM450, selebihnya untuk syarikat tersebut.

Tapi…..berbaloi ke? Ok, lihat ini. Management akan tawarkan produk anda kepada pelajar, mereka jalankan promosi untuk anda, mereka sediakan kelas/bengkel dan segala keperluan mengajar. So adakah management mengalami kesulitan jika outline dan modul anda yang sediakan? Adakah anda memerlukan cable telekom voltan tinggi untuk masuk institusi ini?Semua ini adalah kelebihan dan kredibiliti anda untuk berkerja sendiri jika itu pilihan anda. Kita hanya perlu kreatif.

So sekarang, perlu ke anda mencari pelajar? tidak! perlu ke anda menyewa tempat/bengkel? tidak! perlu ke anda mengeluarkan budget? ya, untuk parking, minyak dan nota pelajar. Jadi, adakah masih berbaloi? Institusi tersebut tentu inginkan pendapatan sebagai backup, tugas mereka sangat mudah iaitu hanya melakukan promosi kepada pelajar sedia ada. Paling kurang pun pelajar dalam satu kelas ialah 20 orang. Jika 20 x RM100 = RM2000. Jalan sudah ada, hanya menunggu tindakan anda…sekali lagi saya bertanya, berbaloi ke jika anda copy & paste task ini? Anda hanya penat menyediakan modul,nota,slide dan mengeluarkan budget untuk tambang, minyak jika berkereta dan parking.
Gunakan dua kaedah tawaran itu FREEOFFER untuk pelanggan anda untuk mendapatkan projek dengan budget yang minima.

No sales – The biggest loser


Ada diantara kita mempunyai produk yang berkualiti tetapi masalah timbul apabila produk tidak mendapat jualan, pelbagai cara telah kita gunakan namun tetap tidak ada jualan. Mungkin kah gagal menjual disebabkan kita menggunakan cara yang sama? Saya dan anda mungkin seorang jurujual/penjual, dari image yang tertera diatas apakah yang sedang bermain dalam fikir anda? Setiap ilustrasi anda memainkan peranan penting untuk urusan jualan pertama anda, semoga apa yang kita bincangkan melalui SWOT Analisis akan menghasilkan pendapatan pertama anda bulan ini dan tidak ketinggalan, saya akan kongsikan bagaimana saya mendapat jualan pertama dengan menggunakan analisis kajian untuk artikel kali ini. Perbincangan pasti ada solutionnya! solution = pendapatan anda.

Apa yang anda lakukan:-
1. Fokuskan satu produk untuk anda jual.
2. Sasaran
3. Strategi pemasaran + promosi + tawaran
4. Kelebihan produk anda
PENTING! PENTING! Jualan pertama adalah FIRST IMPRESSION untuk pelanggan, tidak akan ada SECOND IMPRESSION!

Mencari peluang dalam perniagaan latihan


Mencari peluang dalam perniagaan JV antara agensi atau organisasi dalam bidang anda bukan susah seperti yang difikirkan. Anda hanya memerlukan cara yang betul untuk merebut peluang yang sentiasa ada didepan mata. Bijak merebut peluang bermakna kita sentiasa berdepan dengan kejayaan.

Proses adalah sangat penting untuk melihat anda berjaya mendapatkan projek dari organisasi tersebut dan dengan bijak memberi tawaran win-win situation antara dua pihak. Buat sedikit kajian untuk mencari prospek anda dengan beberapa organisasi yang sama dengan bidang anda atau manfaatkan google alert sebagai rakan kongsi di kawasan tertentu.

Dengan cara yang saya lakukan, anda boleh menghasilkan pendapatan melalui bidang ini walaupun buat permulaan tidaklah banyak yang diperolehi tetapi lebih baik ada RM dari tidak ada langsung. Setelah anda memperolehi maklumat organisasi tersebut, lihat program yang sedang dijalankan dan tidak dijalankan oleh syarikat tersebut. Jika anda mempunyai expertise selain dari program yang mereka tawarkan, ini adalah peluang terbaik untuk masuk dalam organisasi tersebut dan of course anda perlu tahu caranya.

Bagaimana dan apa yang perlu anda lakukan? Seingat saya, anda telahpun memperolehi sedikit sebanyak strategi melalui artikel sebelumnya rite? :) Saya andaikan anda telah pun menyediakan proposal dan profil diri anda dan pastikan profil anda bukannya CV seperti mencari kerja ya..ada beberapa yang perlu anda masukkan agar diri anda seperti tarikan magnet! Disini anda boleh tawarkan melalui 3 kaedah:

1. PROPOSAL PEMBANGUNAN MODUL BARU
Bukan kah ini meyenangkan organisasi tersebut? Jika anda FOKUS! dalam seminggu anda boleh siapkan proposal tersebut dengan hanya mencuri 2 – 3 jam sehari (terpulang bagaimana cara anda lakukan) setengah jam waktu siang, setengah jam waktu malam…dan sentiasa membawa nota kecil, idea datang tuliskan tanpa menunggu agar ia tidak hilang dari imiginasi anda. Anda buat segala-galanya, hak anda menetapkan bayaran untuk satu program yang anda perolehi.

Jika anda membangunkan modul baru dan secara automatik anda sebagai penasihat kepada organisasi tersebut dan bayangkan satu program yang berjaya dibangunkan sudah tentu RM3500 keatas dalam tangan. Ini belum termasuk jika anda sendiri menjadi trainer dalam program baru tersebut. Untuk mendapatkan bayaran yang berbaloi, sedikit tetapi long term service tetapkan bayaran sebagai trainer dari RM1500 – RM3000 walaupun kita tahu anda layak menerima bayaran lebih dari itu. Rugi ke jika meletakkan bayaran yang sedikit? Jika organisasi tersebut yang menjalankan promosi, mencari prospek dan setiap bulan anda dipanggil sebagai trainer, bukankah berbaloi menerima bayaran RM1500 keatas dalam sehari untuk training satu program? Saranan saya, lakukan untuk 2 -3 organisasi, rezeki anda pasti tidak akan putus! Insyallah..tetapi ingat! bertindaklah hari ini…:) Jika ingin lakukan cara ini, sudah pasti anda mempunyai soalan bukan…
Cari satu kegagalan dan satu kejayaan dalam diri. Anda gagal sebab satu kegagalan tadi dilakukan berulang kali maka akan gagallah kita selama-lamanya. Ulangi satu kejayaan tadi berulang-ulang maka kita akan berjaya untuk peringkat seterusnya.

Menjual produk informasi


Boleh ke menjual apa saja melalui online? emmmm….Kalau menjual nasi lemak then ada orang order, setibanya nasi lemak tersebut tentu sudah basi…melainkan anda menjual produk digital, fizikal, servis atau tempat menyewa…. Jadi rasanya apa apa agak-agak yang anda perlu jual melalui talian internet? Tentu anda mempunyai idea bagaimana mencipta produk sendiri melalui kepakaran dan kemahiran sendiri.

Ada idea?? Jom berkongsi dengan rakan-rakan lain…Tak nak cuba jual ke hasil tulisan anda melalui blog selama ini? :) Boleh jual ke? Saya jawab sendiri…siapa kata tak boleh?

Kisah budak negro belajar komputer


Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Artikel tidaklah panjang untuk tatapan, sekadar perkongsian menambah ilmu untuk yang masih belajar dan ingin memulakan langkah sebagai tutor di rumah sendiri. Apa yang ingin diungkapkan sebenarnya berkenaan dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang datang ke rumah untuk mempelajari ilmu ICT dan lebih spesifik mereka ingin mempelajari baikpulih komputer. Semuanya datang dari Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Dari apa yang saya lihat sendiri tidak semua mereka ini ganas-ganas cuma ada segelintir sahaja yang datang ke malaysia untuk belajar tetapi menggunakan kelebihan yang ada untuk melakukan perkerjaan lain. Yang pasti mereka ini bersungguh-sungguh untuk belajar dan datang mencari ilmu walaupun masa yang mereka ada terlalu cemburu disebabkan jadual yang agak ketat dalam sesi pengajian masing-masing.

Kelas yang dijalankan hanya seminggu dua kali iaitu sabtu dan ahad dan masa serta hari yang diperuntukan sangat sesuai untuk mereka mencari peluang untuk menambah ilmu dalam bidang yang diminati dan caj yang saya kenakan tidaklah membebankan untuk seorang pelajar. Selalunya kelas seperti ini saya jalankan selama 12 jam dan mengambil masa selama 4 jam untuk satu sesi. Diakhir tutorial mereka akan ada satu ujian khas yang mana saya menamakannya sebagai ‘core ability’. Dari sana kita akan melihat pengetahuan, pemahaman dan keterampilan sebagai seorang pelajar yang betul-betul ingin mencari peluang dan merebut peluang yang ada tidak disia-siakannya.

“Pernah ada ketika seorang dari pelajar ini datang lewat kerana hujan, habis baju basah dan terpaksa menunggu beberapa minit untuk mengeringkannya. Seorang lagi lewat dan nak tak nak berlari untuk sampai pada waktunya sehingga badannya dibasahi peluh tetapi itu semua tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan pengajian jangka pendek, dan apa yang mereka inginkan pasti dicari dan apa yang mereka lihat akan diambil supaya tidak terlepas” pandang

Apa sahaja bentuk kemahiran dan bakat anda, jangan disimpan begitu sahaja tetapi keluarkan dan kongsikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat anda. Anda boleh lakukan sama seperti yang saya lakukan dan setiap apa yang kita berikan sudah pasti akan diingati sampai bila-bila, lebih-lebih lagi anak didik anda berjaya dan memperolehi kerjaya yang sangat membanggakan. Orang yang hebat adalah orang yang memberi dan belajar untuk memperbaiki diri setiap hari…esok pasti ada yang baru….”Nothing is a waste of time if you use the experience wisely”.