Bengkel Powerpoint IIUM Gombak


Assalammualaikum,

Syukur setiap hari kita dimuliakan olehnya, diberi rahmat yang tidak terkira batasnya. Melihat keadaan dalam dan luaran persekitaran yang indah.

Hari ini apabila bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.

Sabda Rasulullah s. a. w :- β€œSuasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Selesai sudah bengkel powerpoint yang dijalankan beberapa hari lepas.

Bengkel ini dijalankan selama dua hari berturut-turut di IIUM Gombak. Seramai 30 peserta telah mengikuti bengkel tersebut yang terdiri dari jabatan pentadbiran dan akademik.

Bengkel ini lebih kepada teknik penggunaan powerpoint yang mana kaedah dan skil yang digunakan jarang diketahui umum, maknanya jika tahu mengaplikasikan setiap skil ini tentu tidak ada masalah lagi yang dihadapi kelak dan dari pemerhatian saya setelah kursus ini berakhir, rata-rata semua peserta dapat melakukan yang terbaik ditambah lagi dengan kreativiti semasa pembentangan dihari terakhir. Oh.. anda memang best!

Bilik makmal yang digunakan ialah bilik MRC (Management Resource Centre) berdekatan dengan perpustakaan tidak jauh dari kawasan masjid, sangat fleksible, mudah untuk semua dan mudah juga untuk saya πŸ™‚ Terima kasih juga dengan pihak penganjur USR dan bahagian sumber manusia IIUM.

Beberapa gambar yang sempat diambil.. πŸ™‚

Anda semua terbaik kerana tiada perkataan malas untuk berusaha. Tingkatkan usaha, mudah-mudahan skli kepakaran anda akan bertambah-tambah. Terima kasih semua.. πŸ™‚ dan jangan lupa untuk menjadi subscriber untuk menerima tutorial berkala melalui email. Segala tutorial seperti apa yang dipelajari semasa mengikuti bengkel tempoh hari dan banyak lagi tutorial terbaru akan saya terbitkan melalui blog ini nanti. Hanya isikan email anda diruang sebelah kanan. Terima kasih. πŸ˜‰

Jika ada soalan tentang teknik penggunaan powerpoint, bolehlah kemukakan soalan anytime anywhere… πŸ™‚

Advertisements

Imej Bayang (Shadow)


Tutorial yang anda lihat adalah bagaimana melakukan sedikit editing berkenaan dengan gambar/imej dan membuat bayang pada gambar tersebut. Mungkin sudah ada yang mengetahuinya tetapi mungkin juga masih ramai yang belum mengetahuinya teknik seperti ini. Ini sebenarnya bukan rahsia tetapi hanya teknik yang jarang diguna pakai oleh pengguna tegar Powerpoint samada versi lama atau yang terbaru.

Bila anda membina slaid presentation amat penting anda memasukkan elemen tambahan dan kreativiti untuk membina slide profesional serta gambar mengikut kesesuaian slaid tersebut.

Jika ada kemuskilan, boleh kemukakan soalan melalui ruangan ulasan, saya akan bantu anda sehingga anda berjaya menyiapkan tutorial yang pertama ini. πŸ™‚ Selamat mencuba… oh ya jangan lupa untuk subscribe bagi mendapatkan tips bukan sahaja teknik persembahan tetapi teknik penggunaan perisian ini yang jarang anda ketahui.

Bukan sekadar bayang biasa tetapi ini adalah teknik membuat bayang tanpa bantuan shadow sedia ada.
Ada sesiapa yang ingin tahu tutorial berikutnya? Tidak perlu belanja secawan tea hanya belanja saya pendapat anda mengenai setiap teknik ini… πŸ™‚

Perasaan gemuruh?


Jikapun dalam bilik seminar, dewan ataupun audiotorium penonton dalam pelbagai peringkat itu bukannya alasan untuk anda menjadi pengecut, gemuruh, gagap, malu, segan dan tidak tentu arah dalam persembahan anda. Apa pula akan terjadi jika anda diminta untuk memberi ucapan jika dalam keadaan tidak bersedia?

Satu perkara yang perlu anda tahu, gagap atau apa sahaja kelemahan anda ianya bukan penghalang dan ia juga bukan keadaan yang luar biasa tetapi ianya biasa bagi semua orang, even orang yang selalu memberi ucapan pun akan merasainya buat beberapa minit diatas pentas mahupun bersemuka dengan pelbagai peringkat penonton. Inilah yang selalu membataskan anda dengan penonton sehingga ada yang lari dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya hanya kerana tidak bersedia dan merasa gagap berhadapan dengan penonton.

Anda sebenarnya tidak perlu lari dari ketakutan itu, tidak perlu risau tetapi anda perlu berkawan dengan kelemahan tersebut sehingga menjadi normal dan mampu anda tangani seperti biasa. Ada yang berkata ianya susah dan kebanyakan dari anda tidak mampu untuk melaluinyanya apa lagi untuk menanganinya. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlukan PERSEDIAAN! persediaan beberapa jam dari sekarang untuk berdepan dengan penonton pelbagai peringkat. Anda hanya perlukan keyakinan diri, perlu percaya apa yang ingin disampaikan, perlu mengetahui dari aspek arahan, cadangan, kata-kata nasihat dan tips-tips yang berkaitan.

Ingatlah, apabila anda berada didepan ianya tiada kaitan bagaimana penonton melihat persembahan anda, anda adalah presenter, anda adalah yang bertanggungjawab menaikkan semangat mereka, anda juga yang memberi tips dan cadangan maka inilah saat saat yang amat dinanti-nantikan oleh penonton anda.

JALAN MATI!


Assalammualaikum/Salam sejatera,

Melawan sesuatu yang tidak kamu takuti memang tidak ada apa-apa.

Duduk diam tanpa melawan sesuatu yang tidak menakutkan memanglah tidak ada apa-apa pun tetapi jika melawan sesuatu yang sangat menakutkan, saya tidak pasti samada boleh menang atau tidak.

Selalunya jika tidak ada jalan, terpaksa melawan dan menyerah untuk menyelamatkan diri tetapi belum tentu selamat jika menyerah ataupun melawan.Kadang-kadang dalam situasi tertentu kita memang tidak ada pilihan. Bayangkan anda dalam kurungan tanpa senjata sedang berhadapan dengan beruang ganas!

Bayangkan..sungguh menakutkan ketika ini..

Tidak ada jalan keluar, hanya lubang cahaya yang membantu untuk anda melihat jika situasi hanya mampu menyerah.

Dalam situasi yang lain…

~ We all have new ideas every day. They come at random times, and they also come reliably when we dream, daydream, or experience the hypnogogic stateβ€”the semi-sleep state between walking and sleeping. ~

β€œThe creative is the place where no one else has ever been. You have to leave the city of your comfort and go into the wilderness of your intuition. What you’ll discover will be wonderful.” – Alan Alda