Kisah Di Kuala Lumpur – Bhg 1


Follow me on Twitter: Click Here

Kisah ini sememangnya banyak kenangan semasa mula-mula menjejakkan kaki di bandar besar yang sesak iaitu bandar Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ni nak cerita sikit tentang pengalaman mencari ilmu dan rezeki di negeri orang. Tepat jam 6 petang kami sekumpulan budak-budak mentah menaiki pesawat Boeing 747 dari Kota Kinabalu sabah (ah memang asal dari sabah, lahir di kuala lumpur 1793) sampai Airport Kuala lumpur lebih kurang 8 malam, terus menuju ke tempat kerja di ulu kelang, ah..masa itu kerja kilang dan itulah perkerjaan pertama semasa sampai di kuala lumpur pada tahun 1995.

Kami ditempatkan di sebuah rumah yang terletak dibandar baru ampang, masa tu rasanya bandar baru ampang baru dibuka dan mengikut cerita kawasan tersebut adalah bekas kawasan tapak lombong. Kedai semuanya belum dibuka, kebanyakan penduduk terdiri dari orang indonesia (pekerja kilang macam kami) cuma syarikat lain. Kedai makan sukar dicari, cuma satu saja gerai burger yang dibuka waktu malam tak silap saya…itulah alas perut sampai ke pagi. Dipendekkan cerita, begitulah rutin harian sewaktu bergelar pekerja kilang lebih kurang 13 tahun yang lalu, macam-macam pengalaman yang kami semua tempuhi, suka duka, pahit, menangis seperti nak terjun longkang pun ada (kira tensionlah tu..). Saya masih ingat, apabila mula-mula mengenali komputer dengan membeli komputer versi 3.1 dari seorang rakan, dan masih segar dalam ingatan apabila komputer yang saya beli dengan versi tersebut mengakibatkan senyum sinis dari rakan yang lain sebab telah ketinggalan zaman. Masa tu, orang sudah menggunakan Window 95 sebagai perisian popular. Namun saya mengucapkan terimakasih kepada rakan yang telah menjualkan komputer versi 3.1 pada saya, sebab dengan komputer itulah telah menjadikan siapa saya sehingga ke hari ini.

Apa yang saya lakukan dengan komputer tersebut? Dengan harga RM 1,200 (beli tunai lagi) Saya mula menjadikan komputer tersebut sebagai tempat mencari,menambah,mengkaji dan menyeledik apa itu komputer dan apa yang boleh dilakukan oleh komputer tersebut. Habis luar dalam kena godek seperti tikus membaiki labu, buka pasang, operate, install dan mencari permasalahaan (troubleshootinglah..).
Dengan bantuan komputer yang dibeli, saya cuba mempelajari dan memperbanyakkan ilmu dalam bidang komputer, belajar sendiri tanpa bantuan dari rakan-rakan cuma masa itu teknik yang saya gunakan ialah apabila pergi ke kedai komputer, perkara pertama yang saya lakukan ialah banyakkan bertanya tentang komputer dan satu lagi yang saya lakukan ialah melihat bagaimana juruteknik/perkerja di kedai tersebut melakukan baikpulih,memprogramkan kembali perisian yang baru ke dalam komputer, semuanya saya lihat dan rakamkan dalam otak, sekembalinya ke rumah saya akan lakukan seperti yang dilakukan oleh pekerja tersebut, belajar dan programkan perisian baru ke dalam komputer. Biar pun banyak kali gagal, namun jika ingin berjaya kegagalan itu sebagai tanda anda akan terus berjaya.

Saya harap apabila anda membaca mesej ini, anda boleh memahami apa mesej yang disampaikan. Ya, bila melakukan sesuatu perkara, jangan putus asa, pedulikan apa orang lain kata,pedulikan cabaran yang cuba menghalang anda. Tanamkan impian dalam diri, sabar dan sentiasa konsistan melakukan tugasan anda jika tidak, anda susah untuk pergi jauh kehadapan. Sentiasalah belajar dan terus belajar. Belajarlah dari orang lain dan kongsilah pengalaman anda selalu…Anda hanya akan gagal sekiranya berhenti mencuba, anda akan terus berjaya sekiranya berani menghadapi pelbagai jenis kegagalan. Oklah nanti kita sambung bahagian kedua…

Siapa Hebat?? Hebat vs Hebat


Salam,

Saya bukannya otai blog dan bukannya IM? mungkin hanya layak dipanggil IP! Tahu apa yang dimaksudkan IP? Internet Promoter… bagi yang baru bermula untuk menjadi usahawan internet seperti saya yang tidak ada pengalaman dalam berblog mahupun sebagai usahawan internet yang telah menghasikan pendapatan mungkin boleh dipanggil sebagai promoter sahaja. Ok,
strait to the point…

Dahulu saya hanya berhadapan dengan karena pelajar, membentuk mereka menjadi orang yang berwawasan sehingga mereka berjaya untuk mencapai impian masing-masing. Kini saya terjun ke bidang internet promoter yang hanya bermula dengan menjual produk orang lain yang dipanggil Affiliate marketing. Rasanya ok juga jika bermula sebagai affiliate memandangkan belum
ada produk yang ingin dijual apatah lagi mencipta produk sendiri! jawabnya memang jauh lagi dengan berbekalkan pengalaman yang, nak kata setahun jagung pun tak boleh lagi…perjalanan masih jauh dan banyak lagi perlu dipelajari. Rasanya untuk menjadi seseorang yang hebat dalam perniagaan internet kena banyak belajar dari orang lain membaca buku-buku ilmu perniagaan internet,mengikuti seminar perniagaan internet dan paling penting impian tu kena ada dalam diri dan sentiasa konsistan serta sabar dalam membuat perubahan dalam diri untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Apa yang saya buat untuk mengubah diri untuk menjadi IP? Belajar dan mengkaji…siapa IM expert yang telah menempah nama dalam persada cyber perniagaan internet. Semuanya hebat-hebat belaka dan siapa yang tidak kenal akan Irfan Khairi mestilah semua orang kenal bukan? Siapa yang tidak kenal akan diri saya? memang semua orang tak kenal….dan mereka yang sentiasa panas dalam perniagaan internet seperti:

1. Mohd Suhaimy a.k.a Shut. Bila saya lawati laman web beliau, perkataan pertama yang saya lihat adalah milionaire in the making, maknanya ‘Kemunculan The next milionaire sebagai usahawan internet’ siapa tahukan? setiap orang ada impian dan masing-masing memperkasakan diri dalam meningkatkan kredibiliti sebagai usahawan walaupun berkerja sebagai satu
kumpulan namun motif dan wawasan utama adalah menjadi seorang jutawan secara individu. Semoga anda berjaya…

2. Berenang sambil minum air sambil melayari internet, terjumpa rahsia 10k oleh Labanon. Oh kira hebat juga bila diusia 17 tahun sudah menghasikan pendapatan 10k biarpun mengelarkan dirinya sebagai budak hingusan, namun bagi saya, saya tabik apabila seseorang yang berusia belasan tahun sudah boleh menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan. hooo..memang
hebat!!

3. Siapa pula yang tidak kenal dengan Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul, beliau yang terkenal dengan SmartUsaha seorang blogger yang banyak memberikan tip-tip untuk menjadi seorang blogger. Memang banyak manfaat yang boleh diperolehi dari laman web beliau dan tidak rugi jika belajar dari mula sebab mereka semuanya belajar dari mula termasuk jutawan internet Irfan
Khairi. Dalam masa yang sama kata-kata semangat banyak diselitkan termasuk otai-otai IM yang lain.

4. Seorang lagi IM diusia muda dan masih bergelar pelajar yang kini panas dengan produk ‘Duit Mania’ ini pun kira hebat juga sebab sudah boleh menghasilkan pendapatan berangka-angka setiap bulan sampai dia kata bank pun cari dia untuk disoal siasat. Manakah tidak jika wang masuk dalam akaun seperti air hooo..hebat–hebat…dia dengan kehebataan dengan produk digitalnya telah berjaya menghasilkan pendapatan ribuan ringgit setiap bulan serta sokongan seumur hidup selagi diperlukan. Op!..hampir terlupa, siapa lagi kalau bukan Ammar Zahar.

5. Satu lagi IM dengan kredibiliti yang seringkali membantu pelawat dan pembeli mencari sesuatu yang boleh menjadikan pelawatnya puashati saya rasa. Teknik yang dilakukan adalah ‘Help, Find and Suggestion’. Siapa lagi kalau bukan Zamry Nanyan.

6. Tidak lupa juga pada IM yang lain, yang saya lihat sedang meningkat naik seperti Amirol Zulkifli, Mazlie Nadzri dan ramai lagi otai lain yang saya ada buat kajian dan membaca tentang diri mereka dalam kelompok IM malaysia.

Secara peribadinya anda semuanya hebat-hebat dan mampu menaikkan nama malaysia suatu hari nanti dan rasanya sekarang nama anda semua telah pun dikenali ramai. Apa pun maklumat yang anda semua sampaikan kepada yang baru bermula dalam perniagaan internet amat-amat berbaloi…namun dalam yang tersurat dan tersirat, siapa lagi hebat???? Sorrylah bukan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti anda semua,tetapi bagi saya dalam banyak-banyak mesti ada yang terhebat!!

Mungkin setiap orang berlainan cara untuk menilai seseorang yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Mungkin kita boleh menilai dari segi:
a. Jangkamasa sejak memulakan perniagaan internet.
b. Adakah mereka bermula dengan pelaburan? atau melabur?
c. Jumlah laman yang telah dibangunkan dan testimoni dari pelanggan.
d. Adakah mereka fulltime/parttime?masa diambil untuk melayari internet dalam sehari?
e. Pendapatan yang diperolehi dalam sebulan.
f. Income tetap?
g. Jumlah RSS.
h. Teknik yang digunakan?.
i. Niche yang digunakan.

Asas menghasilkan pendapatan


Pelbagai cara dan teknik untuk menghasilkan pendapatan secara online, bagi yang baru dalam perniagaan internet online anda boleh bermula dengan:
1. Adverts.
2. Sistem Affiliate.
3. Mencipta produk sendiri – perlukan laman web.
Teknik no 3, anda boleh mencipta produk samada e-book, video ataupun coaching program yang anda sendiri menciptanya (original produk dari anda)

Ini adalah 3 teknik asas bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan secara online. Pendapat anda, mana satu pilihan anda untuk menghasilkan pendapatan? Adakah anda ingin bermula dengan teknik yang amat mudah dan senang?
Secara asasnya, mari kita mulakan satu persatu:
1. ADVERTS – Anda boleh memperolehi pendapatan sekiranya anda mempunyai laman web dan salah satu teknik yang boleh anda gunakan dalam teknik ini ialah melalui Google Adsense. Anda boleh melakukan konfigurasi melalui laman ini http://www.google.com/adsense namun harus diingat, jangan terlalu ghairah sehingga web anda di banned oleh Google. Untuk menghasilkan pendapatan melalui adsense, anda sememangnya memerlukan isi kandungan web anda yang banyak,kandungan yang berkaitan dengan web anda dan external link yang berkaitan. Anda boleh meletakkan iklan google dalam laman web dan sekiranya pelawat melihat iklan anda yang berkaitan dengan apa yang mereka cari dan bila klik dilakukan pada iklan tersebut anda akan dibayar oleh pihak google. Formula: Kandungan = Klik = CASH!

2. AFFILIATE – Salah satu teknik yang mudah boleh anda gunakan ialah melalui Affiliate pemasaran. Produk dari orang A boleh anda promosikan tanpa menggunakan laman web atau dengan cara mempromosikan hanya melalui email dan ini semuanya terletak dalam tangan anda. Selain daripada itu anda juga boleh mempromosikan produk mengikut siapa pasaran anda melalui sistem ‘ClickBank’. Ini adalah sistem yang boleh dianggap terbaik untuk mempromosikan produk dari orang A disamping mencari apakah produk yang popular serta mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi dari pengguna internet. Anda boleh mendaftar di http://www.clickbank.com. Jika anda ingin mempromosikan produk dari orang A menggunakan laman web sendiri, saya cadangkan anda boleh membina laman web yang tidak perlukan isi kandungan yang terlalu banyak, cukuplah dengan maklumat tentang produk yang ingin dijual,borang tempahan dan pertanyaan. Web yang saya maksudkan adalah ‘Laman Web Jualan/Minisite’. Anda boleh lihat contoh web jualan disini: Link 1, Link 2, Link 3

3. Mencipta produk atau membeli ready made produk (RESALE RIGHT)
Sekiranya anda berminat untuk mencipta produk sendiri tetapi tidak mempunyai idea bagaimana memulakannya, anda boleh mengikuti seminar seperti teknik mencipta produk sendiri dan seminar bagaimana memulakan perniagaan online. Dalam malaysia sahaja banyak tempat yang boleh cari untuk menyertai seminar perniagaan internet seperti yang dijalankan oleh usahawan internet seperti Irfan khairi,Ammar Zahar,Team FlareBiz,Mohd Suhaimy atau melalui saya sendiri dengan membeli e-book bagaimana mencipta serta teknik menghasilkan produk sendiri. Anda juga boleh membeli ready made produk yang mempunyai lesen hak jualan semula (RESALE RIGHT).
Apa yang perlu anda lakukan? Apakah tindakan anda untuk menghasiklan pendapatan? YA! semestinya anda harus bertindak!!!.
1. Mencari hungry crowd – yang memerlukan bantuan anda, mencari produk yang sama seperti yang anda tawarkan-target pemasaran anda kenalah betul jika ingin menjual produk tersebut. Pelawat tadi tidak kisah untuk melabur dan membeli produk yang anda tawarkan yang penting produk tersebut boleh menghasilkan pendapatan secara online namun, berniaga haruslah jujur dan pastikan bantuan sepenuhnya diberikan pada sesiapa sahaja yang membeli produk tersebut dan secara tidak langsung ia akan membina longterm relationship anda dengan pembeli tersebut.
2. Add Value – seperti free bonus (produk berkaitan,e-book,bantuan sokongan dan lain-lain) Apa sahaja yang anda mulakan dalam perniagaan internet online, perlu diingat pelanggan anda adalah yang pertama! pastikan apa sahaja permasalahan,kemuskilan haruslah diselesaikan dengan secepat yang mungkin.

Up ↑