Kisah Di Kuala Lumpur – Bhg 1


Follow me on Twitter: Click Here

Kisah ini sememangnya banyak kenangan semasa mula-mula menjejakkan kaki di bandar besar yang sesak iaitu bandar Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ni nak cerita sikit tentang pengalaman mencari ilmu dan rezeki di negeri orang. Tepat jam 6 petang kami sekumpulan budak-budak mentah menaiki pesawat Boeing 747 dari Kota Kinabalu sabah (ah memang asal dari sabah, lahir di kuala lumpur 1793) sampai Airport Kuala lumpur lebih kurang 8 malam, terus menuju ke tempat kerja di ulu kelang, ah..masa itu kerja kilang dan itulah perkerjaan pertama semasa sampai di kuala lumpur pada tahun 1995.

Kami ditempatkan di sebuah rumah yang terletak dibandar baru ampang, masa tu rasanya bandar baru ampang baru dibuka dan mengikut cerita kawasan tersebut adalah bekas kawasan tapak lombong. Kedai semuanya belum dibuka, kebanyakan penduduk terdiri dari orang indonesia (pekerja kilang macam kami) cuma syarikat lain. Kedai makan sukar dicari, cuma satu saja gerai burger yang dibuka waktu malam tak silap saya…itulah alas perut sampai ke pagi. Dipendekkan cerita, begitulah rutin harian sewaktu bergelar pekerja kilang lebih kurang 13 tahun yang lalu, macam-macam pengalaman yang kami semua tempuhi, suka duka, pahit, menangis seperti nak terjun longkang pun ada (kira tensionlah tu..). Saya masih ingat, apabila mula-mula mengenali komputer dengan membeli komputer versi 3.1 dari seorang rakan, dan masih segar dalam ingatan apabila komputer yang saya beli dengan versi tersebut mengakibatkan senyum sinis dari rakan yang lain sebab telah ketinggalan zaman. Masa tu, orang sudah menggunakan Window 95 sebagai perisian popular. Namun saya mengucapkan terimakasih kepada rakan yang telah menjualkan komputer versi 3.1 pada saya, sebab dengan komputer itulah telah menjadikan siapa saya sehingga ke hari ini.

Apa yang saya lakukan dengan komputer tersebut? Dengan harga RM 1,200 (beli tunai lagi) Saya mula menjadikan komputer tersebut sebagai tempat mencari,menambah,mengkaji dan menyeledik apa itu komputer dan apa yang boleh dilakukan oleh komputer tersebut. Habis luar dalam kena godek seperti tikus membaiki labu, buka pasang, operate, install dan mencari permasalahaan (troubleshootinglah..).
Dengan bantuan komputer yang dibeli, saya cuba mempelajari dan memperbanyakkan ilmu dalam bidang komputer, belajar sendiri tanpa bantuan dari rakan-rakan cuma masa itu teknik yang saya gunakan ialah apabila pergi ke kedai komputer, perkara pertama yang saya lakukan ialah banyakkan bertanya tentang komputer dan satu lagi yang saya lakukan ialah melihat bagaimana juruteknik/perkerja di kedai tersebut melakukan baikpulih,memprogramkan kembali perisian yang baru ke dalam komputer, semuanya saya lihat dan rakamkan dalam otak, sekembalinya ke rumah saya akan lakukan seperti yang dilakukan oleh pekerja tersebut, belajar dan programkan perisian baru ke dalam komputer. Biar pun banyak kali gagal, namun jika ingin berjaya kegagalan itu sebagai tanda anda akan terus berjaya.

Saya harap apabila anda membaca mesej ini, anda boleh memahami apa mesej yang disampaikan. Ya, bila melakukan sesuatu perkara, jangan putus asa, pedulikan apa orang lain kata,pedulikan cabaran yang cuba menghalang anda. Tanamkan impian dalam diri, sabar dan sentiasa konsistan melakukan tugasan anda jika tidak, anda susah untuk pergi jauh kehadapan. Sentiasalah belajar dan terus belajar. Belajarlah dari orang lain dan kongsilah pengalaman anda selalu…Anda hanya akan gagal sekiranya berhenti mencuba, anda akan terus berjaya sekiranya berani menghadapi pelbagai jenis kegagalan. Oklah nanti kita sambung bahagian kedua…

2 thoughts on “Kisah Di Kuala Lumpur – Bhg 1

  1. Salam. Mencabar juga pengalaman anda ye. Memang betul, cabaran sebenarnya mendewasakan. Dalam hidup ini,tidak sah kalau kita tidak pernah hadapi cabaran,kegagalan,dan macam-macam lagi ujian hidup. Cuma kita sendiri yang perlu bertindak positif dengan setiap apa yang kita alami. Semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi ujian.
    “Dunia ini hanyalah pentas ujian.”

  2. Salam kembali, terimakasih dgn maklumbalas..yaa..anda yang pertama…ini kena bagi hadiah bonus…oklah, memang betul banyak yg perlu ditempuhi untuk menghadapi perjalanan hidup. Jika ingin maju kedepan kena cuba pelbagai cara dan kaedah, gagal banyak kali pun rasanya itulah yang akan menjadikan kita semua berjaya. Setiap kegagalan mesti ada terselit satu rahsia kejayaan. Terimakasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s