Motivasi. Don’t Judge People Before You Truly Know Them.


Assalammualaikum,

Seorang lelaki yang berusia 24 tahun memandang keluar dari tingkap di dalam sebuah keretapi dan menjerit “Ayah!! tengok tu..semua pokok-pokok jauh ketinggalan di belakang kita!!”

Si Ayah pula hanya tersenyum memandangnya dari tempat duduk mereka kelihatan di sebelah mereka adalah satu pasangan muda,hanya memerhatikan sahaja perangai lelaki itu,walaupun sudah besar panjang,tapi perangai macam budak-budak,berasa kurang senang, berkata dalam hati mereka.

Sekali lagi lelaki itu menjerit sambil mendongak ke langit. “oh Ayah,lihatlah awan-awan di atas,mereka semua sedang bergerak laju bersama-sama kita!!”

Kerana tidak tahan dengan tingkah laku lelaki tersebut,pasangan muda itu pun menegur si Ayah “Kenapa kamu tidak membawa anak kamu yang sudah dewasa ini ke hospital dan berjumpa dengan Doktor yang boleh mengubatinya? Lihatlah dirinya sekarang,macam budak-budak.”

Si Ayah hanya tersenyum dan berkata “Ya betul,kami baru sahaja pulang dari hospital,sebelum ini,anak saya ini buta sejak dari lahir lagi,dia baru sahaja dapat melihat pada hari ini.

Pasangan muda itu pun terdiam

MORAL : -Every Single Person On The Planet Has a Story
-Don’t Judge People Before You Truly Know Them.

Orang Sabah Bha.. Nerdsurfer

Advertisements

Talk percuma bukan sia-sia


Hari ini saya akan kongsikan beberapa idea bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan dengan hanya bercakap dihadapan ramai. Apa jenis produk anda pun, ia sememangnya boleh buat duit yang penting ‘perlu mahir mengenai produk dan tahu kepentingan dan faedah yang perlu dimiliki oleh pelanggan tentang produk yang anda tawarkan, maknanya apa yang anda tawarkan adalah ’solution’ kepada mereka.

Pendapatan melalui ‘ free talk’ atau free seminar mengenai produk anda bukan sia-sia sekiranya anda tahu bagaimana strategi yang betul, tidak perlu saya cakap panjang lebar sebab sedar atau tidak kita sebenarnya sentiasa menjual setiap hari.

So listen carefully, Jika anda ingin mencuba atau beralih bidang kepada training,coaching,motivasi,ICT dan sebagainya, memang tepat anda membaca artikel ini. Bagaimana jika saya bermula dengan sebuah sekolah untuk memasarkan produk untuk pelajar? boleh ke? bagaimana caranya? sebenarnya banyak lagi organisasi yang boleh anda jadikan sebagai sasaran tetapi disiplin dan step by step sangat penting dalam apa juga projek yang anda jalankan. Jadi lebih baik bermula dengan angka satu(1) atau lebih jelas bagaimana menjadikan angka RM1 kepada RM1000 dengan no 1.

Apa yang perlu anda sediakan?

1. of course yang pertama adalah surat permohonan – mana boleh main masuk saja kan.. Ada dua pilihan anda -hantar surat rasmi kepada kaunselor dan cc kepada pengetua sekolah atau hantarkan profil serta proposal anda terus kepada pengetua sekolah dan pastikan apa yang ingin ditawarkan semestinya ‘FREE’.

2. Iklan/flyer – buatkan dua iklan satu untuk main produk for school dan satu lagi produk sampingan. sebab apa? kita tidak pernah terlepas apabila orang bertanya, ini saja ke? bila ditanya ini saja ke then baru keluarkan produk sampingan anda. Ini adalah antara anda dengan sekolah! bukannya sekolah datang ke organisasi anda seperti ‘open day’ dan membuatkan anda mengeluarkan setiap produk dari peti anda.

3. Sediakan slide presentation mengenai program yang ingin anda berikan pada pelajar ketika itu. Terpulang dengan tajuk program yang anda persembahkan. Saya bagi contoh: STRATEGI BELAJAR UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN. Saya perlu jelaskan walaupun produk anda berlainan dari saya tetapi konsep yang saya ketengahkan tetap sama, so jangan risau sekiranya produk anda dan saya berlainan.

Bila anda memberikan secara percuma dengan pihak sekolah mereka akan menyambutnya dengan tangan terbuka lebih-lebih lagi apa program yang anda tawarkan memberikan kebaikan antara pelajar serta guru dan ianya percuma. So, bukan kah ini menarik minat pihak sekolah? Anda boleh berikan satu program jangka pendek FREE kepada pihak guru, contohnya:

1. Training mengenai soft skills
2. Training mengenai ICT
3. Perniagaan dalam pendidikan
4. Perniagaan dalam latihan
5. Pendapatan tambahan melalui tuisyen
6. Perniagaan internet – kelebihan dan kekurangan

…berikan satu skill pada organisasi tersebut berpandukan kemahiran anda!
Apabila anda membentangkan persembahan kepada pelajar, elakkan menjual tetapi promosikan kelebihan, kredibiliti, kemahiran dan kemampuan serta berikan solution atau penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Anda akan dilihat seorang yang mantap dan pakar dengan bidang yang anda cuba ketengahkan.

Jika sudah berjaya, bagaimana pendapatan boleh tercipta?
1. Bila saya dilihat seorang yang pakar, adakah pelajar mencari saya kembali bertanyakan soalan? ya sudah pasti! so saya telah mencadangkan pada pelajar agar menyertai khidmat kaunseling secara online dengan yuran ahli RM2.00 sebulan. Jika servis yang saya berikan memang terbaik, adakah pelajar ini akan menjadi ahli untuk bulan berikutnya?

Jika seorang RM2.00, jika satu sekolah menyertai program ini dari form 1 ke form 5 bagaimana? jika ianya percuma saya pasti pihak sekolah tidak akan melepaskan peluang seperti ini untuk semua pelajar. Bagaimana jika satu sekolah mempunyai 3000 pelajar dan seribu pelajar telah menyertai sesi kaunseling saya. RM2.00 X 1000 pelajar = RM2000 sebulan. Adakah talk free saya sia-sia?

2. Selepas tamat persembahan saya telah keluarkan ebook mengenai teknik belajar cara berkesan dan telah menawarkan dengan harga promosi RM5.00. Satu talk yang saya jalankan seramai 100 orang, 40 – 60 orang telah membelinya. Jadi.. RM5.00 x 60 orang = RM300. Jadi saya datang ke sekolah bawa idea, saya balik bawa RM300 duit poket. Adakah talk free saya sia-sia?

3. Ada yang kata saya tidak ada ebook, jangan risau. Cari ebook free dari internet yang mempunyai hak jualan semula. Buat kemaskini dengan lebih kemas dan jual harga promosi. So..adakah talk free anda sia-sia?

4. Masih ada yang kata, saya tak dapat cari ebook lesen PLR atau MRR, apa yang perlu anda buat? Deal dengan IM yang mempunyai produk sama dengan kemahiran anda, anda jadilah offline affiliates. Berapa komisyen yang anda dapat sekiranya dapat menjual satu ebook, paling kurang pun RM10 kan…so kalau ada pelajar membelinya paling kurang pun 20 orang dari seratus, berapa yang anda dapat? RM10 x 20 orang = RM200. So..adakah talk free anda sia-sia?

Semua apa yang saya perolehi belum termasuk pendapatan dari guru yang saya berikan talk free…so adakah talk free saya sia-sia? oklah nanti kita sambung lagi…ye

Wanita sebagai Blogger


Saya beranggapan ramai wanita di luar sana sama hebat dengan lelaki yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang blogger. Seperti yang kita lihat, kini ramai blogger dikalangan wanita yang mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang blogger yang hebat, hebat dengan perkongsian informasi, hebat sebagai perunding dan hebat sebagai penyampai maklumat secara live. Bukan sahaja kemampuan untuk berinteraksi tetapi sangat bagus sebagai seorang yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada penyelesaian masalah. Memang tidak dinafikan kebanyakannya wanita berblog menjurus kepada perkongsian diari kehidupan tetapi kini telah ramai yang berjinak-jinak kepada perniagaan secara maya.

Mereka ini terdiri daripada golongan pelbagai kelompok samada seorang guru, motivator, penceramah, peniaga, suri rumah, wanita berkerjaya dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui laman blog adalah satu laman untuk berinteraksi secara online, meluahkan pendapat, beramal jariah dan banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama wanita-wanita hari ini. Dengan menulis secara online, wanita kini telah membentuk satu komuniti yang besar di alam maya, bermula dari titik-titik kecil sehingga menjadi satu empayar yang besar dan kuat dengan sokongan rakan komuniti setempat.

Walaupun ada diantara mereka yang kurang dari segi teknikal tetapi semangat dan kemampuan mereka jelas dilihat hasil dari penulisan yang berkualiti dan mampu berdaya saing dengan laman blog yang dimiliki oleh kaum lelaki. Kekurangan kemahiran dari segi teknikal bukan penghalang untuk mereka menjadi seorang blogger yang berkaliber, jelas kelihatan penghasilan rupabentuk, saiz dan warna pada blog wanita hari ini amat memberansangkan.

Sememangnya apabila wanita menceburi bidang blogging, dengan mudah sekali bertukar-tukar pendapat, berkongsi idea, berkomunikasi, menambah rangkaian penggunjung di serata tempat bukan sahaja di malaysia tetapi luar negara. Jadi memang wajib mereka ini digelar sebagai seorang blogger yang berkualiti dan bukti yang kita sendiri nampak dan rasai ialah peningkatan dari segi pengunjung yang melebihi dari laman blog kaum lelaki ditambah lagi kebanyakan mereka yang melawat blog wanita hari ini adalah kaum lelaki. Itulah uniknya blog wanita hari ini….

Sepasang Kasut


Tidak ramai yang akan berkata kaki anda dengan orang lain adalah sama, tetapi ramai akan terpegun apabila melihat sepasang kasut yang anda beli dan memakainya dihari pertama. Kaki yang sentiasa bersama anda tetapi ianya seakan tidak dipeduli bahkan orang lain atau teman rapat anda juga tidak pernah mempersoalkan samada kaki anda bersaiz kecil,besar,lawa dan sebagainya. Tetapi ia hanya akan dipersoalkan apabila kaki anda berbau busuk atau tidak memakai stokin apabila berkasut. Sesungguhnya kaki anda adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya dan ini belum termasuk dengan angota badan yang lain. Selalu yang kekal bersama badan anda sering tidak dipedulikan tetapi yang bersifat sementara akan diagung-agungkan malahan akan dijaga dengan baik dan ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk mengantikannya dengan yang baru.

Persoalannya, Apa akan terjadi sekiranya yang diidamkan tidak menjadi kenyataan? DAN apa pula akan terjadi sekiranya apa yang anda pelajari hanya menuju jalan yang buntu? Menjalani kehidupan dengan membina watak dan mengubah otak kemudian memfokuskan perkara yang paling hampir yang sentiasa menemani anda disetiap masa, ketika dan waktu membolehkan anda menggunakan sepenuhnya kuasa minda dengan mendengar, menyelami, melihat dan mengikuti kemana arah naluri dalaman, dan ini sudah pasti akan membimbing anda kejalan kemenangan.

Bayangkan disaat anda mengecapi kemenangan, anda akan mengetahui betapa pentingnya sepasang kaki termasuk anggota badan yang lain bagi membantu dan mengenali siapa diri anda yang sebenar, bukan itu sahaja malahan anda juga akan menikmati kelebihan dan akan sentiasa menghargai setiap perkara yang ada didepan mata, sudah pasti anda berusaha untuk memilikinya berbekalkan kelebihan dalaman, luaran dan keperibadian yang tinggi agar segala impian akan dapat dikecapi. Anda kini lebih mengetahui bahawa, anda sebenarnya boleh memiliki dan mampu berusaha seperti yang dilakukan oleh orang lain agar orang akan melihat bukan sahaja kaki anda malahan kasut anda yang sungguh memukau kepada sipemerhati.

Hebat di dalam hebat di luar, cantik di dalam cantik di luar. Kebolehan anda akan memperlihatkan kaki anda dan kasut sungguh hebat,anda bukan sahaja genius, malah seorang yang mempunyai keterampilan dari pelbagai sudut. Ia semua bermula dari diri sendiri. Ayuh, bongkarlah resipi anda dengan mengenali diri, mempercayai diri, menjadi inspirasi kepada diri sendiri dan belajar mencintai diri. Kenapa? Setiap tag yang anda lihat ini mempunyai elemen yang tersendiri dan kekuatan untuk membantu anda melayari perjalanan hidup dan mencapai impian walaupun ianya penuh dengan persaingan. Berjaya dengan mengambil contoh yang paling hampir dengan anda, berjaya dengan kehebatan diri sendiri, berjaya dengan membongkar kekuatan dalaman. Akhirnya kejayaan sebenarnya berada didepan mata anda.

Ucapan untuk sahabat baru


Salam sejatera,

Selamat datang ke laman blog yang menekankan tentang pendidikan ICT, perkongsian maklumat tentang perniagaan internet dan belajar mengenali potensi diri. Laman ini menitikberatkan tentang kredibiliti saya untuk membantu, mencari satu keperluan yang anda kehendaki dan memberikan pendapat tentang keinginan anda untuk mencari sesuatu yang boleh memberikan anda satu kepuasan dalam diri.

Ini adalah untuk anda,
1. Kepada yang baru melawati laman ini, saya ucapkan Selamat datang dan Salam berkenalan.
2. Kepada sesiapa yang beranggapan Laman ini banyak kekurangan, Saya minta maaf dan cuba memberikan yang terbaik dimasa akan datang.
3. Kepada yang menjadi subscriber saya, namun lewat untuk saya memberikan maklumbalas, sekali saya mohon maaf atas kesibukan perkara lain.
4. Kepada anda memberi salam kepada saya walaupun dalam cyber maya, saya sambut dengan penuh kemesraan dan salam yang tidak terhingga.
5. Kepada anda yang mempunyai idea, isilah ruang ulasan(komen) yang saya sediakan.
6. Kepada anda yang baru bersama saya dalam laman ini, Jadilah rakan saya dalam Google Friend Connect.
7. Kepada anda yang pernah mengenali saya sewaktu zaman persekolahan atau anda pernah menjadi anak murid saya sewaktu dulu, jangan lupa hubungi saya.
8. Kepada anda yang memberi 3R kepada saya, saya membalas kembali 3R khas untuk anda. Apa 3R? Anda masih ingat rancangan 3R di TV? Tak pe, cuba imbas kembali memory anda.
9. Kepada anda yang mungkin tidak serasi dalam laman ini, tak pe. Anda mungkin betul sebab masih banyak laman berinformasi seperti ini.
10. Kepada anda yang diam dan fikiran jauh, saya anggap anda seorang yang berkaliber. Diam-diam ubi berisi.
11. Kepada anda yang memasuki laman ini dan tersenyum, saya anggap anda seorang yang romantis.
12. Kepada anda yang tidak banyak bercakap, saya anggap anda seorang pencetus idea bernas.
13. Kepada anda yang banyak cakap, kontrol sikit ye.
14. Kepada anda yang memerlukan khidmat saya, saya akan memberikan yang terbaik dengan 110%. Kepada anda yang pernah mendapatkan khidmat saya, Saya harus meningkatkan prestasi dan kelemahan dalam diri.
15. Kepada yang memahami saya, saya faham.
16. Kepada anda yang ingin tinggalkan laman ini, saya ucapkan semoga kita berjumpa lagi dan jangan lupa datang kembali ke laman ini. Walaupun kita tidak pernah bersua, saya amat gembira walaupun hanya sesaat…

Salam Lebaran 1430 Hijriyyah


Sebulan berpuasa, syawal menjelma, seribu keampunan dari saya sekiranya ada terkasar bahasa yang menyentuh jiwa dan perasaan tanpa disedari setiap kali mengemaskini laman blog ini. Apa pun saya mengharapkan anda semua sentiasa ceria menyambut hari lebaran yang penuh bermakna. Isilah diri kita dengan pelbagai ilmu pendidikan dan keimanan agar ianya boleh membantu diri kita menjadi orang yang berguna dalam kehidupan seharian dan sebagai bekalan apabila jasad dimamah bumi.

Keluar dan balik kampung, harta keperluan dan rumah selamat. Pemanduan sentiasa diambil berat, ingatlah mereka yang sentiasa menanti kepulangan kita. Bentuklah diri dan anak-anak kearah kecemerlangan ilmu, membina watak dan otak sebagai pemangkin generasi akan datang. Salam hari lebaran dari saya untuk anda dimana jua anda berada….Maaf Zahir & Batin 1430 Hijriyyah 2009

Benci sebenci bencinya…


Setiap orang pernah mengalaminya, iaitu apabila melihat mukanya dia akan terus membenci sehingga darahnya seakan mendidih…diikutkan hati ingin sahaja menghentam mukanya dengan apa sahaja supaya hati berasa puas! Mungkin setengah orang membencinya oleh sikapnya atau karena yang sukar diterima sehingga timbul rasa kebencian yang teramat sangat. Rasanya semakin dekat kita pada orang itu semakin benci apabila melihat mukanya. Apa tindakan anda dalam situasi seperti ini? Perlukah kita membiarkan hati kita yang bersih menjadi kotor dan busuk? Apakah sebabnya sifat ini ada dalam diri kita? Apakah benteng pertahanan anda?