Teknik Motivasi kreatif skil Power point


Assalammualaikum,

Menjadi pakar dalam persembahan Power point perlu melalui beberapa peringkat, begitulah juga yang saya praktikkan sebelum diundang sebagai trainer oleh mana-mana agensi untuk mengendalikan bengkel juga kursus anjuran organisasi tersebut.

Cukup mudah tetapi bukan senang untuk mencapainya jika tidak memiliki ilmu yang cukup. Ilmu Power point dan teknik-teknik persembahan yang berkesan dan memukau. Inilah juga yang akan didedahkan pada sesi skil latihan pada 15hb Julai, 2012. Kursus terakhir sebelum ramadan dan juga promosi terakhir sebelum yuran dinaikkan kepada RM200.

Layari, IDEA Kreatif 100% Power point

Anda perlu mengawalnya dibulan Ramadan


Ramadan memberikan kita ketenangan, kesabaran dan pengajaran dimana ia merangkumi komponen dalam badan yang membantu manusia lebih bijak untuk berfikir dengan segala kurniaan darinya. Komponen tersebut adalah:
1. Jasad
2. Roh
3. Nafsu
4. Akal & fikiran
5. Hati

JASAD tidak akan berfungsi jika tidak ada ROHnya, tetapi jasad yang bernyawa perlulah dikawal dengan AKAL FIKIRAN sehingga sampai ke lubuk hati seorang muslim kemudian barulah boleh diterima oleh minda untuk mengawal NAFSU yang ingin dan sedang beriya-iya untuk melampaui batas. Dengan adanya lima elemen ini makanya segala tindak tanduk seorang muslim dalam mengerjakan ibadat puasa menjadi sangat indah dan begitu berharga.

Dengan kejayaan dan kemerdekaan yang dicapai setelah sebulan berpuasa, saya dan anda pasti dapat merasai nikmatnya berpuasa dan kelebihannya apabila berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan, kini kesibukan menjelma dihari lebaran. Kuih muih sedia dihidang, ziarah menziarah sahabat rakan dan taulan, ampun maaf dipinta mencuci hening dosa. Bergembiralah sahabat sahabat dimana jua anda berada. Moga kita semua sentiasa diberikan keberkatan dan kemenangan dalam menuju transformasi berwawasan.

Salam kejayaan untuk anda semua…..semoga hidup yang singkat ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.