Rekabentuk elemen Power point (Hujung Minggu)


Assalammualaikum,

 

Bagi mereka yang masih menghadapi situasi menghasilkan slaid Power point, satu kursus hujung minggu yang dijangka akan dijayakan pada 29hb Disember, 2012.

Objketif:  Memberi pendedahan kepada peserta untuk berfikir lebih kreatif dengan bantuan trainer dalam penghasilan kandungan slaid unik dan menarik.

Diakhir kursus: Peserta dapat menyediakan kandungan slaid yang kreatif, mengetahui pelbagai teknik dan kaedah editing imej, templat,3D dan shapes.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus ini, boleh layari laman yang disediakan. Akademi Power point

Sekian, mudah-mudahan kursus ini bermanfaat untuk semua peserta.

BARU! Laman Akademi Power Point


Assalammualaikum,

Hanya sedikit makluman tentang laman Akademi Power point. Terkini, laman http://akademipowerpoint.com/ dalam pembangunan, pelbagai kursus yang hanya memfokuskan latihan 100% Power point bakal ditawarkan.

Laman dibangunkan atas inisiatif untuk membawa setiap kursus berkaitan Power point diperkenalkan dan didedahkan kepada umum. Pendedahan yang akan banyak perubahan, penampilan dan kualiti dari segi latihan perkongsian untuk setiap organisasi.

Power point membawakan sesuatu yang baru, lain dan jarang dipelajari oleh pembentang slaid Power point. Sekiranya tuan/puan mencari sesuatu kelainan mengenai slaid pembentangan Power point, Akademi menyediakan pelbagai latihan mengikut kategori peserta.

Sorotan bersama Kreatif Power point


Program hujung minggu. Anjuran Kreatif Power point dibawah kelolaan Puan Hafidzah. Bengkel yang menekankan tentang kreativiti dan teknik manipulasi Power point. Kursus dan teknik manipulasi yang pertama di Malaysia, 100% Power point.

Walaupun slaid Power point bukan untuk para desainer namun kursus menekankan agar peserta berfikir cara kreatif seperti seorang designer untuk menghasilkan slaid yang berkualiti dalam pembentangan kelak.

Sorotan selama tempoh lima bulan sahaja, tim Kreatif Power point telah berjaya mendedahkan banyak kaedah, teknik dan skil yang perlu dimiliki khususnya para trainer, penceramah, motivator, guru, profesional, penulis, rakan IT, rakan bisnes dan juga pelajar. Power point bukan sekadar tahu atau biasa menggunakannya tetapi jika difokuskan secara lebih mendalam banyak teknik yang anda akan ketahui.

Post berkaitan Personal Knowledge  Agensi kerajaan yang memberi kepercayaan pada Kreatif Power point untuk mengendalikan kursus sebanyak 2 siri. Akademi JPJ Melaka Malaysia

Up ↑