Kursus Terbuka 2013


Ya Allah, Ya Tuhan kami. Jadikanlah apa yang hamba-Mu usahakan bermanfaat untuk mereka yang ingin mempelajarinya. Disukai tanpa paksaan, mencari kerana mereka ingin mengetahuinya. Berikan hamba-Mu ini kekuatan untuk terus berbakti, berkongsi ilmu yang sedikit dan terus berusaha memberikan yang bermanfaat walau diri ini terlalu kerdil dan banyak kekurangan. 

Ya Allah Ya Tuhan kami. Biarkan apa yang hamba-Mu perlihatkan melalui laman ini hanya untuk mereka yang benar-benar memerlukannya agar mereka tidak rugi dengan pelaburan menimba ilmu. Jika benar perkongsian ini bermanfaat, maka Engkau permudahkan urusan mereka agar berpeluang menimba ilmu ini walaupun sedikit.

Jadikanlah hati mereka berbunga-bunga selepas mengikuti perkongsian ini, mudah untuk dilaksanakan dalam setiap urusan mahupun dalam perkerjaan sampingan. Aku mohon kebaikan dari-Mu ya Allah agar perkongsian ini tidak sia-sia kerana hamba-Mu belajar dan mengajar hanya kerana Allah Ta’ala. Aamiin.

Tuan puan yang dirahmati dan diberkati Allah.  Sedikit makluman mengenai kursus yang akan dijayakan untuk tahun 2013. Ini adalah antara kursus untuk organisasi, public dan jemputan bagi kursus berkaitan tentang Power point.  Segala maklumat lanjut akan dihantar melalui email untuk tindakan selanjutnya.

1. Kursus Teknik Visual dan Kreatif.

2. Kursus peringkat tinggi Teknik Visual dan Kreatif.

3. Kursus Video dan Animasi.

4. Kursus SWOT & SLIDE RECOVERY.

5. Kursus Persembahan dan Penampilan  Imej dalam pembentangan.

6. Kursus hujung minggu, POWER POINT CREATIVE di Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Semua kursus diperuntukkan dalam 3 hari berkursus kecuali kursus hujung minggu. Tuan dan puan boleh menghubungi kami melalui borang online ini. Borang Pertanyaan/Tempahan.

Sebab utama kursus 29hb Disember 2012!


Assalammualaikum,

10 tahun memfokuskan perisian Power point yang telah memberikan banyak insiprasi dan juga kematangan dalam kaedah pembentangan dan menghasilkan slaid ini secara mendalam dan dalam masa yang sama pelbagai teknik baru saya pelajari untuk menjadikan hasil dari perisian ini lebih unik, kreatif dan yang paling penting dapat berkongsi dengan audien untuk menambah nilai dari segi skil kemahiran mengenai perisian ini.

Sehingga kini, sudah hampir setahun saya menjalankan kursus hujung minggu untuk kursus Manipulasi Power point samada bersama tim Kreatif Power point atau tim Techo Dynamic Resources mahupun menjalankan kursus secara persendirian dan sepanjang tahun juga telah ramai individu dan  organisasi yang telah mempelajari pelbagai kaedah, teknik juga strategi persembahan menarik audien dalam slaid pembentangan perisian ini.

Secara umumnya, dalam menjadikan pembentangan yang menarik dua perkara yang perlu anda ketahui sebagai seorang pembentang slaid Power point.

1. Tahu mengaplikasikan setiap teknik Power point termasuklah arif tentang tools dan kreatif menghasilkan produk 100% dari Power point. Dengan kreativiti dan skil yang tinggi walau hanya dengan Power point, Insya-Allah anda mampu memberikan impak yang berkesan kepada audien yang hadir dalam kursus kendalian anda.

2. Tidak cukup dengan teknik, skil dan kreativiti, anda perlu tahu kaedah dan cara pembentangan yang berkesan sehingga apa yang anda sampaikan tepat menyentuh hati, mencorakkan minda dan seterusnya membuatkan audien anda cepat bertindak untuk mencari kelainan hasil dari kursus yang anda kendalikan. Kaedah Human Touch sangat memainkan perana dalam apa juga bentuk persembahan slaid Power point.

‘Power point bukan sekadar perisian yang biasa kita tahu, biasa kita lihat dan dengar tetapi ia adalah satu perisian yang banyak rahsianya jika benar-benar fokus untuk mempelajarinya. Disebabkan ia perisian yang semua orang tahu, maka berani saya katakan teknik ini akan jarang dipelajari secara mendalam melainkan minat dan impian untuk membina sesuatu yang lebih unik dalam persembahan’.

Kursus Hujung Minggu tahun 2013

Sepangjang tahun 2012 walaupun peserta teruja setelah mengikuti kursus yang dijalankan namun belum pernah saya membekalkan tutorial yang dimuatkan dalam CD, hanya kumpulan kedua terakhir sahaja telah dibekalkan tutorial ini, itu pun hanya 10 teknik sahaja.

DAN… untuk kumpulan terakhir tahun 2012 yang mana kursus praktikal akan dijayakan pada 29hb Disember ini berpeluang membawa pulang 40 teknik kreatif rahsia kreativiti Power point. Untuk makluman juga, selama setahun yuran promosi adalah RM150 akan ditutup selama-lamanya. Sangat berbaloi untuk mereka dalam kumpulan terakhir ini!

Menjelang tahun 2013 yuran dinaikkan kepada RM250 untuk sehari kursus,  ini mengambil kira bagaimana saya menghasilkan tutorial ini khusus untuk semua pembentang slaid Power point dan setakat ini belum masanya CD ini berada dipasaran, Insya-Allah tahun depan adalah perancangan yang lebih kualiti untuk mereka yang sedang mencarinya. 

Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang 40 teknik kreativiti Power point yang belum ada dalam pasaran dan diingatkan lagi ini adalah kursus promosi terakhir RM150 tahun 2012. *Pilihan adalah tindakan dari minda untuk ilmu yang dikongsikan bersama*

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE ATAU anda juga boleh membuat tempahan melalui events facebook di 40 Teknik Rahsia Power point

Sekali lagi dimaklumkan, jika tidak ingin ketinggalan untuk kursus bulan Disember ini, daftarlah dan hadirkan diri untuk kursus 29hb Dis, 2012!  Anda akan merasai keunikan kreativiti Power point yang boleh anda bongkar lebih banyak lagi teknik masa akan datang. 10 peserta terawal sahaja untuk kursus kali ini!

Kerjaya Profesional & Lebih yakin dalam Penampilan.


Assalammualaikum,

What a lovely words dan very inspiring presenter!

Adakah anda ingin mendengar kata-kata ini dari mereka yang melihat, mendengar dan menilai selepas persembahan? ataupun dalam apa juga penampilan anda? Sudah tentu tidak akan mendengarnya tetapi itulah fakta dan kebenaran yang perlu diterima.

Memperkenalkan…

Penampilan istimewa ImejKita, bersama kami dalam Program Eksklusif “Penampilan & Personaliti Imej” Program baru, era baru menjelang 2013. Bakal profesional yang ceria, segak bergaya dan disukai dalam organisasi!

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

Persembahan berseni bukan hanya dinilai dari kata-kata yang berpengaruh dengan bahasa tinggi, ilmu yang luas, kreativiti malah dari segi personaliti dan penampilan yang sesuai dengan situasi berbeza sangat memainkan peranan penting. Penampilan seorang wanita mahupun lelaki. Warna perlu sepadan, bentuk pun kena sesuai.

Kandungan bengkel.

1. Keyakinan keterampilan yang menyinar.
2. Kaedah branding diri yang memikat.
3. Personaliti dan penampilan dalam berpakaian.
4. BONUS! Teknik Persembahan Power point & Kreativiti Infografik!

Apakah syarat mengikuti kursus?
Ceriakan personaliti dan penampilan berpakaian semasa mengikuti kursus ini.  Hadirkan diri anda seperti seorang profesional.  Anda tentu tidak akan rugi.

Daftarkan diri anda untuk kursus hujung minggu bulan Disember, 2012 ini. Kursus membuka minda agar lebih yakin dalam penampilan dan persembahan didepan audien.

Khusus untuk yang bakal memulakan kerjaya profesional, trainer, guru, pembentang, penceramah, motivator, rakan bisnes dan juga pelajar. Organisasi yang ingin mengundang kami, boleh daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE