Menjual produk informasi


Boleh ke menjual apa saja melalui online? emmmm….Kalau menjual nasi lemak then ada orang order, setibanya nasi lemak tersebut tentu sudah basi…melainkan anda menjual produk digital, fizikal, servis atau tempat menyewa…. Jadi rasanya apa apa agak-agak yang anda perlu jual melalui talian internet? Tentu anda mempunyai idea bagaimana mencipta produk sendiri melalui kepakaran dan kemahiran sendiri.

Ada idea?? Jom berkongsi dengan rakan-rakan lain…Tak nak cuba jual ke hasil tulisan anda melalui blog selama ini? :) Boleh jual ke? Saya jawab sendiri…siapa kata tak boleh?

22 thoughts on “Menjual produk informasi

Add yours

  1. pasti kita boleh jual hasil karya kita pada org lain tapi kena pastikan hasil nukilan tersebut benar2 berkualiti..hehehe

    1. Walaikumsalam…utk melakukannya memang memerlukan komitment yg tinggi utk memulakannya. Minat perlu dipupuk kemudian biarkan kemahiran dan kemahuan yg berkerja bagi menyudahkan misi dan visi dlm perniagaan.

  2. memang boleh.. tapi ada segelintir masyarakat kat malaysia ni masih mengatakan “boleh percayake beli online?”…walaupun mengadap internet hari2… waduh malasnya aku nak jawab… tu kekadang kena betul tempat dan lokasi nak jual barangan online ni…

    1. Ya betul, masih ada yg kurang percaya apabila membuat pembelian secara online. Setiap usahawan ini seperti graf X dan Y. Carta Y tinggi utk membuat urusan jualbeli, kemahuan dan minat tinggi tetapi carta X menurun dan ada sesetengah yang seimbang dgn garis Y, adakalanya lebih tinggi, maknanya disini, jika carta X lebih tinggi maka % pembeli akan membuat pembelian keatas produk kita. Jadi, carta X perlu diperbetulkan agar ia sama rata atau lebih tinggi dgn Y. Secara tidak langsung jualan akan tercipta.

      Untuk menaikkan carta X kita perlu mewujudkan win-win situation antara pembeli, ambil kira mengenai tawaran, welfare, komitment dll. Isu kepercayaan perlu diwujudkan terlebih dahulu, biarkan mereka mengenali penjual tersebut, kualiti mengenai produknya samada yg FREE atau berbayar dan keperihatinannya sebagai usahawan, sahabat dan penjual. Maka yg disebut tadi, lokasi pun ambil peranan yg penting, bah kata pepatah, anda bukan mengajar itik berenang tapi anda bawa itik tadi dimana adanya air utk ia berenang….

  3. Assalaamu’alaikum sahabat Muhd. Suhaily

    Apa khabar ? Maaf baru kembali bergabung di sini. Tidak pernah melupakan sahabat motivator yang hebat ini.

    Membaca nukilan ringkas Muhd. Suhaily memberi satu suntikan untuk melanjutkan impian yang sedia ada terhadap hasil karya selama ini. Ia satu usaha yang baik tetapi memerlukan keyakinan dan kesungguhan yang mantap agar apa yang direncanakan berjaya. Tanpa komitmen yang tinggi, tentu jualan secara online menemui jalan buntu.

    Menjual makanan masak secara online juga punya potensi yang tinggi tetapi kirimannya adalah dalam lingkungan kawasan yang berhampiran. Saya dimaklumi oleh seorang sahabat satu kuliah bahawa kakaknya menggunakan perkhidmatan menjual makanan masak secara online kepada beberapa penduduk persekitaran tepat tingalnya yang tidak punya masa untuk memasak setelah balik dari kerja.

    Kagum dengan usaha Muhd. Suhaily kerana berjaya dalam bidang kerjaya secara online ini. Hanya mereka yang optimis sahaja mampu melakukan perkara yang mustahil bagi orang lain. Semoga sukses selalu.

    Salam mesra buat sahabat dengan senyum selalu dari saya di Sarikei, Sarawak.

    1. Terima kasih sahabatku Ustazah SFA yg saya kagumi…terima kasih kerana sudi melawat kembali ke ruangan idea dikongsi bersama, manfaatkan mana yg baik, tambah mana yg kurang dan senyumlah spt yg ditulis oleh SFA dlm artikel sempurnakan harimu,bersihkan hatimu dan senyumlah dari hatimu…

      Ya… makanan basah mendapat permintaan yg ramai jika menjualnya di kawasan yg tertentu, apa yg disebut memang banyak kebenarannya. Katakan saya menjual nasi lemak secara online ya..

      Saya akan menjual di kawasan perumahan yang berdekatan. Caranya bagaimana? Ok…saya akan lakukan kajiselidik terlebih dahulu berkenaan dengan banci penduduk. Ianya tidak sesukar mana, saya perlu mengetahui setiap jalan, setiap lorong untuk terus sampai kepada pelanggan kelak.

      Selepas itu? Saya buatkan satu iklan untuk penghantaran nasi lemak pagi sekitar jam 7am-9am. Kita ambil contoh Pizza delivery order…saya tahu permintaan nasi lemak ini sangat tinggi dikalangan pelbagai bangsa, semua orang mahu makan nasi lemak.Dalam iklan tersebut saya tetapkan masa penghantaran dalam masa 30 minit! mengapa? …amat penting utk mengetahui lokasi pelanggan tersebut yg telah saya survey awal tadi. Orang akan lebih suka jika apa yang diminta atau dipesan terus sampai ke pintu rumah..

      Bagaimana mendapat jualan 100 bungkus sehari? Iklan saya tadi saya akan hantar bukan setiap hari tetapi ianya perlu dihantar pada petang hari jumaat agar mereka tidak lupa yang mana penghantaran nasi lemak panas akan dilakukan pada esok pagi iaitu sabtu terus ke pintu rumah. Iklan tadi tidak dimasukkan dlm peti surat tapi saya akan memanggil tuan rumah, penghantaran iklan pada waktu petang lebih afdal berbanding waktu pagi yg mana mereka sibuk utk keluar bekerja. Time petang sangat sesuai disebabkan mereka balik kerja dan berehat sambil minum kopi.

      Jika inginkan 100 bungkus dlm sehari perlulah mempunyai beberapa kriteria spt:
      1. Berkerja lebih sistematik dan kejayaan akan diperolehi.
      2. Perlu berani untuk gagal kemudian perlu mengambil tindakan berikutnya.
      3. Jangan malu buat duit dengan perniagaan yang nampak seperti mudah untuk dilakukan TAPI ramai tidak ambil peduli.
      4. Anda harus membuang perspektif tentang perkataan ‘Mustahil’ dalam memburu kejayaan.
      5. Perbetulkan sistem perisian minda anda, anda perlu bersaing dengan diri sendiri sebelum orang lain
      6. Jangan takut untuk melakukan sesuatu perkara sebab anda sendiri yang menciptanya dalam diri
      7. Anda perlu ada sasaran dalam kehidupan anda, sasaran perlu dilakukan setiap hari.
      8. Anda perlu yakin dengan diri sendiri dengan kemahiran yang anda miliki.
      9. Anda perlu bijak mencari peluang, tidak kira apa jenis bidang yang anda ceburi.
      10. Anda perlu menjadi diri sendiri dan harus memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya
      11. Elakkan berfikiran negatif, inginkan sesuatu kejayaan dahulukan minda yang positif.
      12. Jadikan impian anda jelas! gunakan deria rasa anda untuk menuju kepada kejayaan tersebut.
      13. Anda perlu lakukan sesuatu yang lain dari yang lain.

      Jika kawasan perumahan tadi mempunyai 100 buah rumah atau lebih…tidak mustahil 100 bungkus sehari targetnya sangat sedikit, mungkin ada yg kata tidak semua rumah tadi akan membuat tempahan, jadi apa kata saya buka satu warung jualan juadah pagi nasi lemak panas. Tapi bagaimana pula menarik pelanggan? Dimana ada nasi lemak disitu pelanggan akan datang tanpa diundang, jika saya menjual nasi lemak A dan di kawasan tersebut ada nasi lemak B…mana satu pilihan anda?
      A dan B mempunyai produk yang sama tapi mengapa A lebih ramai pembelinya? sebabnya saya telah meletak 3 jenis sambal berbanding dengan B. Orang lebih mudah membuat pilihan, tidak semua suka pedaskan..tapi saya sukakan yg pedas! heheh . Warung saya juga saya letakkan banner dan menyenaraikan beberapa servis nasi lemak dan pelbagai jenis makanan…ini jarang dilakukan oleh penjajah jalanan nasi lemak…kini mereka boleh membuat tempahan dgn cara SMS atau menelefon terus jika tidak nasi lemak dijamin habis dalam sejam. Siapa cepat dialah kenyang, tak perlulah masak makanan pagi…ini yg dipanggil startegi pemasaran panas. Oklah setakat ini dulu..jari jemari sudah berasap..:)

  4. Assalaamu’alaikum sahabatku Muhd. Suhaily

    Rehat sebentar ni. Hehehe…. wah saya kagum sekali dengan strategi yang Muhd. Suhaily cadang dan bentangkan tentang penjualan nasi lemak di atas. Hmmm…. perut saya jadi lapar pula ni. kalau gerai nasi lemak Muhd. Suhaily berdekatan UKM, pasti saya akan datang setiap hari untuk merasainya.. ketepikan dulu diet tidak makan nasi semata-mata untuk menjamah keenakan nasi lemak sahabat motivator yang hebat ini. hah… terbayang sambal sotong pedas yang enak dan manis baunya..

    Sekadar singgah sebentar untuk menikmati hidangan minda yang menyelerakan dari Muhd. Suhaily. Sekarang saya sudah kenyang dan harus tumpukan kepada pelajaran saya pula. Terima kasih sudah berbagi tips yang mengkagumkan dari minda aktif yang mempesonakan dengan idea-idea mantap. Semoga bahagia selalu.

    Salam ceria dari Bangi buat sahabat yang penuh dengan inspirasi. Doakan saya berjaya ya.

    1. Semoga ceria dan cekal dlm tugasan harian. Tiada kata lain yg terucap melainkan ‘perkongsian’. Ramai yg ingin mengetahui tapi jarang yg dapat memperolehinya namun jika ada kekurangannya mohon dimaafkan kerana saya juga masih belajar.

      Nasi lemak telah menjadikan kami mendapat pendidikan seadanya,ibu dulu berhempas pulas menjual nasi lemak pada sesiapa sahaja dan masih segar dlm ingatan, saya menjual nasi lemak sewaktu darjah 1 tahun 1980..sambil belajar sambil membantu kanak-kanak lain yang lapar psstt…sya pun time tu kanak-kanak juga..

      Mereka beri saya 20 sen saya beri sebungkus nasi lemak…balik rumah jualan abis duit tak cukup..biasalah tumpang sekali makan..:)FREE pula tu..opps! sekarang di bangi ke swk?

    1. Artikel pun boleh dijual, ada beberapa kaedah, masuk laman web Hubpages buat pendaftaran, ianya FREE. Bila dah daftar then create lizz punya hub, hub ini seperti artikel cuma apa yg perlu anda lakukan adalah translate artikel selama ini kpd english kay..buat satu artikel dahulu.

      Untuk mendapatkan trafik artikel anda, submit sekali dgn image ataupun video okay..dah selesai, copy url anda tadi dan submit ke search engine. Dari sana anda boleh earning money…buat dulu..jangan tunggu…nanti duit tak nampak

      Satu kaedah lagi, buatkan satu artikel yg luar biasa, maknanya samada boleh artikel selama ini boleh diolah semula mengikut tajuk yg berkaitan atau pun campur aduk kesemuanya mengikut bab. Tajuk artikel anda jangan terlalu spesifik seperti ‘Buat Kopi’ atau ‘Sekolah saya’

      Buatkan satu cerita atau tajuk seperti ‘Cerita Penulis Blog’ atau ‘Perjalanan Blogger Wanita’. Segala artikel anda selama ini boleh diguna pakai. Mungkin dari pandangan mata kasar ianya nampak seperti tidak logik ataupun benda merapuh tetapi buat dulu, tengo keberkesanannya. Dari mula anda menulis sampai hari ini, bundlekan semua cerita anda…

      1. Jika anda minat dlm penulisan dan ingin menjualnya pada sesiapa yg berminat, saranan saya perlu memastikan artikel anda benar-benar berkualiti dan beberapa perkara perlu dititikberat samada dari segi maksudnya, jalan cerita, tatabahasa, kronologi dan pengakhirannya bagi memudahkan pemahaman dan kefahaman pembaca anda.

        Setiap penulisan bermula dari kemahiran anda dan kemampuan anda utk mengolahkan apa yang anda tahu. Tulislah mengikut NICHE yang anda minati. Sebagai contoh anda meminati menulis lirik kan? Carilah blog-blog yang berkaitan dengan bidang anda dan berikan mereka tawaran yang sebaik mungkin untuk jualan hasil karya anda. Ianya mengambil masa sedikit untuk mewujudkan kepercayaan antara anda dan pelanggan namun kesabaran anda untuk terus berhubung dan memberikan yang terbaik pasti berbaloi jadi sentiasalah berhubung.

        Selain itu, anda juga boleh menawarkan lirik anda pada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari organisasi dibidang yang sama. Tawarkan lirik anda untuk dilagukan dan jika lirik anda berjaya menawan hati tawarkan ia secara percuma. Percuma tanpa bayaran tetapi copyright adalah hak anda dan tanpa disedari ia akan mewujudkan satu rangkaian antara organisasi yang lain. Apa akan jadi sekiranya organisasi lain meminati karya anda? jualan tidak akan terhasil sekiranya tidak ada tawaran…

        Banyak kaedah dan tempat yang boleh anda tawarkan hasil karya anda seperti di http://www.goarticles.com, http://www.ezinearticles.com dan hubpages.com.

        Anda juga boleh mengemaskini hasil karya anda selama ini melalui blog kemudian dibukukan menjadi ebook dan dipasarkan melalui blog yang anda gunakan sekarang ini.

        Saya cadangkan anda buatkan satu laman web jualan sendiri bagi memasarkan karya seni anda dlm dalam niche pilihan sendiri dan jangan lupa jadikan web anda tadi sebagai satu rangkaian untuk sesiapa yang berminat membantu dalam proses jualbeli produk anda.

    1. Anda boleh menjual pelbagai produk melalui online yg penting sasaran dan pasaran anda kena pada tempatnya.
      Jika anda ingin menjual produk spt:-
      1. Digital – ianya lebih kepada ebook. eBook adalah hasil karya atau artikel penulisan mengenai satu-satu maklumat informasi. Saya sarankan/cadangkan supaya penulisan anda adalah hasil dari kemahiran,kredibiliti dan kemampuan anda mengenai satu-satu perkara/tajuk. Ini sangat penting sekiranya anda berjaya mencipta produk kelak dan ingin menjualnya, pastikan back end anda perlu dititikberatkan. Anda perlu mengetahui 100% produk yg ingin dipasarkan jika tidak sudah pasti produk anda dianggap tidak berkualiti hanya kerana perkhidmatan selepas jualan tidak begitu memberansangkan. Selepas jualan jangan sesekali lepas tangan walaupun hasilnya telah anda perolehi.
      2. Fizikal – Anda boleh menjual spt tshirt, pelbagai jenis pakaian kegunaan harian spt kasut,beg dan banyak lagi.
      3. Servis perkhidmatan – berbalik kepada kemahiran anda ya, jika anda mahir sebagai jurugambar/jurucamera, anda boleh memberikan servis perkhidmatan untuk mengambil photo utk majlis-majlis tertentu. Terpulang dengan anda berapa caj yang dikenakan. Selain itu, anda juga boleh menjalankan servis khidmat nasihat utk juruphoto yang baru dalam bidang ini. Maknanya khidmat nasihat bagaimana cara, teknik seorang juruphoto yang profesional ataupun mengadakan kelas-kelas mini untuk tunjukajar untuk menjadi seorang camera man yg berkualiti.
      4. Sewa tapak – ia lebih kepada laman web anda yg menyediakan tapak sewa iklan-iklan samada utk sebulan, mingguan ataupun tahunan. Berbalik kepada anda yg mempunyai kemahiran dlm bidang photo shoot, boleh juga memberi sewaan kepada sesiapa yg ingin menggunakan material anda, mungkin dalam sehari atau beberapa hari. Hasilnya anda tentu boleh menghasilkan pendapatan.
      5. Jika anda mahir untuk photo shoot, anda juga bisa menghasilkan pendapatan dengan hanya menjual gambar atau photo yang anda ambil. Pengguna internet masa kini banyak yang mencari photo-photo yang menarik untuk digunakan. Anda boleh mempromosikan photo-photo anda di
      1. http://www.myphotofolio.com /
      2. http://www.voodoochilli.net/
      3. http://www.onetalentsource.com
      Laman diatas adalah laman yang seringkali dilawati oleh pengemar photo utk membelinya.
      Sekiranya anda masih mempunyai kemuskilan, boleh berbicara dgn saya anytime n anywhere.. thanks 4 visiting..

    1. Jual barang pun boleh juga dan ia lebih kepada produk fizikal spt tshirt, baju-baju,kasut,beg dan banyak lagi. Anda boleh menjual di laman web spt mudah.com.my ataupun ebay. Lebih berkesan jika kita mempunyai laman web sendiri sebagai platform utk urusan jualbeli dengan membina kedai online ataupun shopping chart sendiri.

Leave a reply to Muhd Suhaily Cancel reply

Up ↑