Mencari peluang dalam perniagaan latihan


Mencari peluang dalam perniagaan JV antara agensi atau organisasi dalam bidang anda bukan susah seperti yang difikirkan. Anda hanya memerlukan cara yang betul untuk merebut peluang yang sentiasa ada didepan mata. Bijak merebut peluang bermakna kita sentiasa berdepan dengan kejayaan.

Proses adalah sangat penting untuk melihat anda berjaya mendapatkan projek dari organisasi tersebut dan dengan bijak memberi tawaran win-win situation antara dua pihak. Buat sedikit kajian untuk mencari prospek anda dengan beberapa organisasi yang sama dengan bidang anda atau manfaatkan google alert sebagai rakan kongsi di kawasan tertentu.

Dengan cara yang saya lakukan, anda boleh menghasilkan pendapatan melalui bidang ini walaupun buat permulaan tidaklah banyak yang diperolehi tetapi lebih baik ada RM dari tidak ada langsung. Setelah anda memperolehi maklumat organisasi tersebut, lihat program yang sedang dijalankan dan tidak dijalankan oleh syarikat tersebut. Jika anda mempunyai expertise selain dari program yang mereka tawarkan, ini adalah peluang terbaik untuk masuk dalam organisasi tersebut dan of course anda perlu tahu caranya.

Bagaimana dan apa yang perlu anda lakukan? Seingat saya, anda telahpun memperolehi sedikit sebanyak strategi melalui artikel sebelumnya rite? :) Saya andaikan anda telah pun menyediakan proposal dan profil diri anda dan pastikan profil anda bukannya CV seperti mencari kerja ya..ada beberapa yang perlu anda masukkan agar diri anda seperti tarikan magnet! Disini anda boleh tawarkan melalui 3 kaedah:

1. PROPOSAL PEMBANGUNAN MODUL BARU
Bukan kah ini meyenangkan organisasi tersebut? Jika anda FOKUS! dalam seminggu anda boleh siapkan proposal tersebut dengan hanya mencuri 2 – 3 jam sehari (terpulang bagaimana cara anda lakukan) setengah jam waktu siang, setengah jam waktu malam…dan sentiasa membawa nota kecil, idea datang tuliskan tanpa menunggu agar ia tidak hilang dari imiginasi anda. Anda buat segala-galanya, hak anda menetapkan bayaran untuk satu program yang anda perolehi.

Jika anda membangunkan modul baru dan secara automatik anda sebagai penasihat kepada organisasi tersebut dan bayangkan satu program yang berjaya dibangunkan sudah tentu RM3500 keatas dalam tangan. Ini belum termasuk jika anda sendiri menjadi trainer dalam program baru tersebut. Untuk mendapatkan bayaran yang berbaloi, sedikit tetapi long term service tetapkan bayaran sebagai trainer dari RM1500 – RM3000 walaupun kita tahu anda layak menerima bayaran lebih dari itu. Rugi ke jika meletakkan bayaran yang sedikit? Jika organisasi tersebut yang menjalankan promosi, mencari prospek dan setiap bulan anda dipanggil sebagai trainer, bukankah berbaloi menerima bayaran RM1500 keatas dalam sehari untuk training satu program? Saranan saya, lakukan untuk 2 -3 organisasi, rezeki anda pasti tidak akan putus! Insyallah..tetapi ingat! bertindaklah hari ini…:) Jika ingin lakukan cara ini, sudah pasti anda mempunyai soalan bukan…
Cari satu kegagalan dan satu kejayaan dalam diri. Anda gagal sebab satu kegagalan tadi dilakukan berulang kali maka akan gagallah kita selama-lamanya. Ulangi satu kejayaan tadi berulang-ulang maka kita akan berjaya untuk peringkat seterusnya.

8 thoughts on “Mencari peluang dalam perniagaan latihan

  1. info yang menarik… kadang2 peluang dah ada… didepan mata tinggal tunggu masuk lobang sahaja.. cuma persediaan yang lengkap dan rapi haruslah disertakan sekali kerana tak guna sekiranya dapat peluang tetapi persediaan kucar kacir… sekadar pendapat sahaja

    • Saya setuju..saya pernah alaminya dulu apabila sykt tersebut menerima proposal tetapi persediaan kurang spt material yg diminta tidak mencukupi. Peluang sudah ada tapi pengalaman tidak mencukupi maka segala peluang terlepas begitu sahaja…jadi kita akan sentiasa belajar hari ini dan esok hari..

  2. salam ceria..
    kena ada minat blh mulakannya dgn sebaik yang blh..huhu

  3. peluang2 yang ada nie tak boleh ditolak… kena amik dan cuba yang sebaik mungkin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s