Biasa-biasa atau luar biasa


Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,
Setiap manusia memiliki keterampilan yang sangat hebat iaitu daya berfikir seperti orang biasa dan luar biasa. Anda boleh memilih samada hidup biasa dengan keadaan biasa, tidak biasa dengan keadaan biasa atau hidup luar biasa dari keadaan biasa. Untuk menjadi luar biasa dengan keadaan yang biasa-biasa adakah peluang kita hanya dari hari Isnin hingga Jumaat? Bagaimana dengan sabtu dan ahad? ….walaupun kita tahu tidak semua yang berkerja pada hari sabtu. Malas nak fikir?…jadilah orang biasa dengan keadaan yang biasa-biasa.

Tentu setiap orang inginkan kehidupan yang luar biasa bukan?
Ada orang bertanya, bagaimana menjadi seorang yang luar biasa? Oh..satu persoalan yang sangat baik dan kreatif! …buatlah sesuatu diluar jangkaan, gunalah minda untuk berfikir secara kreatif dan jangan menjadikan sesuatu itu sebagai fakta yang sukar diubah suai. Dalam hidup fakta adalah panduan tapi kebarangkalianadalah sesuatu yang luar biasa untuk menjadikan kita luar biasa diluar jangkaan dari keadaan biasa.

Amaran! Membunuh = maut! ia adalah FAKTA! Jika dituduh membunuh? ia menjadi FAKTA! tetapi jika pembunuhan itu tidak dilakukan oleh anda, adakah anda perlu mengharapkan fakta sebagai penyelamat? Sekarang anda perlukan kebarangkalian untuk memecahkan fakta tersebut dengan berfikir secara kreatif, peguam dan saksi adalah jalan terbaik sebagai penyelamat dan kebarangkalian serta teori untuk memecahkan fakta yang sedang ditujukan kepada anda.

Saya mengajak anda berfikir luar dari jangkaan dan berfikir mengunakan kreativiti untuk menjadi seorang yang terampil walaupun terpaksa bermula dari bawah. Kemudian orang itu bertanya lagi… saya inginkan sesuatu dalam hidup! tetapi apakan daya pengalaman kurang, inikan pula wang yang sangat penting untuk menyokong supaya sesuatu impian itu dapat dikecapi namun sukar untuk dicari…saya mencelah, wang ke? ya..jawabnya…

Saya bertanya kepadanya, jika anda inginkan hidup luar biasa lakukan sesuatu tanpa mengenal erti penat, penat fizikal dan mental adalah lumrah tetapi lakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan anda. Setiap keinginan yang ingin anda lakukan adalah satu kemampuan yang mampu anda tangani. Lalu dia bertanya lagi…bagaimana wang itu boleh dicipta sedangkan saya tidak mempunyai kelayakan akademik seperti orang lain? Saya merenung tepat kematanya…akademik tinggi atau rendah bukan sempadan untuk anda tidak boleh berjaya dan jika akademik tinggi adalah alasan anda dan akademik rendah adalah trauma ketidakyakinan untuk memperolehinya maka carilah peluang yang tidak memerlukan akademik tinggi atau rendah tetapi memerlukan pengetahuan, kesungguhan, komitmen, kesabaran dan FOKUS!

Kemudian dia berkata! Apa dia? Dengan senyuman saya memberikan jawapan, ‘Cuci Rumah’ Dahinya berkerut…kedua lapis bibirnya ditutup rapat dan turun kebawah seperti ini :( seolah-olah saya melihat tanda soalan terapung-apung keluar dari mindanya. Satu tanda soalan terapung yang jelas kelihatan adalah, jika saya memberikannya buah fikiran padanya tetapi adakah saya telah melakukan tugasan ini (psttt… cuci rumah) sebelum mencadangkan kepada orang lain??? Adakah saya cakap kosong? atau adakah saya hanya bersandarkan fakta tanpa teori dan praktikalnya? atau saya memang menggunakan kreativiti untuk mencari kebarangkalian bagi memecahkan fakta yang setengah orang sukar untuk melakukannya hanya kerana akademik ditahap rendah? jika tidak ada alam flora adakah kebersihan boleh dilihat?

Jadi…Sabtu & Ahad – Perlu ke mencari peluang? ya!! saya telah melakukannya, anda hanya perlu kreatif dan fokus untuk menjadikan sesuatu itu lebih berharga…hujung minggu saya sentiasa mencari peluang dan selagi anda mampu rebutlah peluang itu selagi ada kerana kebarangkalian boleh mengubah hidup anda menjadi luar biasa. Walaupun mengajar dan memberi tunjukajar tetapi bila peluang itu memberikan kehidupan yang luar biasa dan tentu kita semua inginkan sesuatu yang luar biasa dan bukan biasa-biasa. Terima kasih dengan peluang cuci rumah yang telah saya lakukan hari sabtu di Aman Siara selayang…dan terima kasih juga kepada Pn Wani dan Suami dan sesiapa sahaja sebelum mereka yang sentiasa membuka peluang pada hujung minggu. Lakukan dengan minda yang terbuka dengan kreativiti mengikut kemampuan….ia pasti berbaloi…. :)Jadi….perlu ke kita melepaskan peluang hanya kerana penampilan yang berbeza? Anda pun boleh melakukannya….

10 thoughts on “Biasa-biasa atau luar biasa

  1. menarik, sabtu dan ahad memang banyak peluang untuk diterokai

  2. biasanya sabtu malam ahad sahaja saya berpaluang… terima kasih dengan info ni bro… banyak membantu… teroka jangan tak teroka..

    • Asalkan kita mampu dan fokus ia sebenarnya boleh menghasilkan pendapatan paling kurang RM1000 setiap bulan dan ianya boleh dilakukan pada hujung minggu sahaja. Ini adalah realiti sebab saya sendiri menjalankan bisnes ini, bergantung dengan kemampuan dan disiplin dan bijak mencuri peluang yang tiba…

  3. salam..
    peluang yang ada perlu di selongkar dgn sebaik yang boleh.:)

    p/s:sbtu ahad try gak masuk blog ni tapi tak blh..huhuh

  4. Kalau nak betul2 berjaya, setiap masa adalah peluang. Malah hari sabtu ahad lagi bnyk peluang yang ada.

    • Memang betul tu tidak kira hari apa sememangnya ada peluang yang datang cuma kadang-kadang saja kita tak nampak. Tapi kena pandai-pandai juga bagi masa memandangkan isnin – jumaat kita penat berkerja aptah lagi yg kerja office, sabtu n ahad jelah peluang untuk berehat..yang tahan lasak tu oklah teruskan mencari peluang..

  5. sabtu dan ahad… bole , kalau nak mencari peluang yang ada tuh..cuma nak tak ndak je…

    • Betul, tidak semestinya penampilan yg berbeza tidak membuahkan hasil? betul tak Zik? Walau macam mana pun diri kita, diri kita adalah diri kita dan anda. Nilai murni dan harga diri tetap tidak berubah, sesekali ia berubah hanya presepsi manusia yang berbeza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s