Teknik dan Visual persembahan Power point adalah kunci utama menjadi seorang presenter yang berkaliber!


EFFECTIVE PRESENTER & SPEAK CONFIDENTLY ON STAGE









SPEAK CONFIDENTLY ON STAGE…apabila anda membuat persembahan secara visual interaktif seperti menggunakan flash, powerpoint, montaj, video dan sebagainya dan jika persembahan anda mantap pasti penonton akan berkata WOW! ini menandakan anda seorang presenter yang sangat hebat dan berkaliber serta mampu menarik perhatian penonton tidak kira bilangan yang kecil dan besar dan yang pasti tidak ada rahsianya, hanya resipi dan intipati sahaja yang menjarakkan anda dengan penonton. Jika saya boleh lakukan tidak mustahil anda pun boleh lakukannya…saya andaikan ini yang anda cari selama ini…PROGRAM YANG SANGAT BERBEZA DENGAN YANG PERNAH ANDA IKUTI SEBELUM INI! Gabungan antara pembangunan diri, skil dan teknik penyampaian yang berkesan sehingga anda memiliki SKIL TARIKAN MAGNET!

Muhd Suhaily George
Pakar Penyampai Berkaliber
Trainer/Fasilitator/Penceramah bebas – ICT & Soft Skills training
Tamparuli, Sabah. Negeri dibawah bayu.

Assalammualaikum/Salam sejatera,

Tahukah anda, jika ingin menjadi hebat dihadapan penonton anda perlu mengetahui 4 perkara utama dalam persembahan iaitu DESIGN, CONTENT, PRESENTATION & PREPARATION maka inilah yang saya akan tekankan dan inilah yang anda akan pelajari. Ramai yang sedia maklum dan tahu bagaimana memberi ucapan atau menjadi speaker tetapi tidak ramai yang tahu resipi sebenar seorang presenter yang hebat, dengan 4 perkara diatas anda perlu tahu bagaimana mengadaptasikan setiap skill ini, sama seperti anda bermain bola, perlukan strategi menyusun pemain, skill untuk mengelecek dan menyerang dan teknik untuk menjaringkan gol, jika tidak usaha anda selama ini samalah juga menunggu bulan jatuh keriba.

Berkaliber bukan sahaja mantap tetapi anda perlu kreatif, kreatif dari segi penyampaian, persembahan dan mahir dalam penggunaan alat bantuan visual seperti video, white board, imej dan lain-lain. Anda juga perlu mahir dan kreatif sekiranya tanpa bantuan visual interaktif dan ini semua anda akan pelajarinya selain mengetahui bagaimana menguatkan mental dan fizikal anda semasa berhadapan dengan audience nanti.

Satu perkara yang anda tidak boleh lari apabila diminta untuk menjadi sepeaker, penceramah atau dalam keadaan last minute ataupun sudah bersedia ialah perasaan gugup, gemuruh apabila berhadapan dengan penonton walaupun dari jumlah yang kecil. Tanpa strategi, teknik , gaya persembahan yang betul sudah pasti penonton merasa bosan apabila melihat cara penyampaian anda yang hambar dan dari pemerhatian mereka banyak kelemahan yang jelas kelihatan dan secara tidak langsung kredibiliti anda akan menurun maka keyakinan diri pun akan ada kesannya. Dengan kaedah pendekatan dalam bengkel ini saya akan memberikan anda beberapa teknik yang mantap dan paling berkesan agar persembahan anda kelak berubah sama sekali.

Bila memberi ucapan atau sebagai trainer dan penceramah, anda perlu elakkan situasi ini, penonton mengantuk dan tidak selesa, berkerut dahi kerana tidak faham, terngangah kerana langsung tidak faham, memek muka kelihatan seperti tidak bermaya dan seakan-akan ingin meninggalkan tempat duduk kerana cara anda sangat tidak menarik dan membosankan. Saya juga akan membimbing anda bagaimana menjadi seorang yang colourful, mewujudkan situasi sens of humor, teknik bercerita dan perkongsian pengalaman anda dengan penonton. Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu, perlu anda gunakan dalam membongkar kreativiti kepada yang berinovasi agar penyampaian anda sentiasa mantap dan hebat.

Jikapun dalam bilik seminar, dewan ataupun audiotorium penonton dalam pelbagai peringkat itu bukannya alasan untuk anda menjadi pengecut, gemuruh, gagap, malu, segan dan tidak tentu arah dalam persembahan anda. Apa pula akan terjadi jika anda diminta untuk memberi ucapan jika dalam keadaan tidak bersedia? Satu perkara yang perlu anda tahu, gagap atau apa sahaja kelemahan anda ianya bukan penghalang dan ia juga bukan keadaan yang luar biasa tetapi ianya biasa bagi semua orang, even orang yang selalu memberi ucapan pun akan merasainya buat beberapa minit diatas pentas mahupun bersemuka dengan pelbagai peringkat penonton. Inilah yang selalu membataskan anda dengan penonton sehingga ada yang lari dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya hanya kerana tidak bersedia dan merasa gagap berhadapan dengan penonton.

Anda sebenarnya tidak perlu lari dari ketakutan itu, tidak perlu risau tetapi anda perlu berkawan dengan kelemahan tersebut sehingga menjadi normal dan mampu anda tangani seperti biasa. Ada yang berkata ianya susah dan kebanyakan dari anda tidak mampu untuk melaluinyanya apa lagi untuk menanganinya. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlukan persediaan untuk melakukan walaupun beberapa jam dari sekarang anda akan berdepan dengan penonton pelbagai peringkat. Anda hanya perlukan keyakinan diri, perlu percaya apa yang ingin disampaikan, perlu mengetahui dari aspek arahan, cadangan, kata-kata nasihat dan tips-tips yang berkaitan.

Ingatlah, apabila anda berada didepan ianya tiada kaitan bagaimana penonton melihat persembahan anda, anda adalah presenter, anda adalah yang bertanggungjawab menaikkan semangat mereka

4 thoughts on “Teknik dan Visual persembahan Power point adalah kunci utama menjadi seorang presenter yang berkaliber!

Add yours

  1. Assalaamu’alaikum Muhd. Suhaily…

    Apa khabar ? Didoakan sehat dan bersemangat menempuh setiap hari baru dlam kehidupan. Selamatb tahun baru hijrah 1432 dari saya dan berharap tahun baru ini akan menambah kebaikan dan keredhaan Allah atas apa yang kita usahakan.

    Subhanallah…. sungguh saya bersemangat membaca tulisan yang cukup memberi inspirasi ini. melalui idea yang dituangkan dipaparan digital ini, saya dapat menggambarkan betapa Muhd. adalah seorang yang bercita-cita tinggi dalam mengajak manusia ke arah kecemerlangan.

    Hmmm… ini pertama kali saya melihat foto tuan motivator yang selengkapnya dan tentu saya tersenyum kerana orangnya masih muda dan penuh dengan energi yang mantap dalam mendorong diri untuk menghasilkan sesuatu kejayaan dalam kerjaya. teruskan bergerak untuk mencapai apa yang dicita-citakan.

    Mudahan suatu hari nanti, saya akan dapat mengikuti kursus dan ceramah yang dikelolakan oleh Muhd. ingin juga belajar tips2 hebat yang diturunkan di sini terutama dalam berhadapan dengan audian yang ramai dan intelekttual. Saya akui, sangat gemuruh pada permulaan persembahan tetapi akhirnya menjadi baik setelah ketenangan diperolehi.

    Semua yang ditulis dalam posting ini, memberi pencerahan yang baik buat saya meneroka dunia presenter yang berkesan. selamat berjaya dan selalu ada doa untuk kejayaan Muhd. Suhaily.

    Terima kasih sudah berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga segala usaha diredhai Allah. Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

  2. Do you mind if I quote a few of your posts as long as
    I provide credit and sources back to your website? My website is
    in the exact same area of interest as yours and my users
    would truly benefit from some of the information you present here.
    Please let me know if this okay with you. Appreciate it!

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

Up ↑