Himpunan penyegar minda!


Jangan disiksa anakmu, jangan dirotan dan ditampar sehingga merah, jangan dicucuk sehingga berdarah! Biarpun kamu memakaikan baju koyak rabak, badannya terkena nasjis dia tetap mencarimu dan memanggilmu… bukannya reban ayam, kandang kuda mahupun longkang tempatnya tetapi ‘pelukan kasih sayang’ menjadikan anak itu menjadi manusia.

Jika kamu telah mengira berapa banyak DOA yang telah kamu lontarkan sejak dulu lagi, andalah GURUKU.. Aku sedang mencarimu…

Lagu ~ Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi, Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit, Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit…

Menghargai setiap kali bangun tidur, ambil masa anda sedikit untuk menjenguk di luar jendela, rumah dan berfikir sejenak anda masih boleh melihat kelas tempat kita menumpang untuk menuntut ilmu. Selamat pagi jumaat, nampaknya KL mendung, negeri lain tak tahu… walau siapa pun anda, hormatilah mereka, tidak semestinya HIGH CLASS maka senyuman itu hilang kerana ia cukup mujarab untuk mereka yang lalu disisi anda…

Bersembang dengan orang miskin yang meminta sedekah di jalanan lebih baik dari bersembang dengan manusia kaya yang berhati busuk…

Perlihatkan betapa anda mengambil berat terhadapnya, bukan betapa anda ingin mengetahui beratnya ataupun sebaliknya..Walaupun banyak yang anda tahu, mereka akan berkata.. ADA KU KISAH!!! So, apa yang perlu anda lakukan untuk menawan hatinya? Show them how much you care! how much you give…gunalah ia walau apapun bidang anda, NOT ONLY CINTA…

Hidup yang tidak teratur amat mudah dijangkiti penyakit, tugas anda mengubatinya, mencari penawarnya dan membersihkannya..

Alhamdulillah, Elhamdulillah… All praises to Allah, All praises to Allah.
I wanna thank you for all the things that you’ve done You’ve done for me through all my years I’ve been lost You guided me from all the ways that were wrong And did you give me hope~ MAHER ZAIN – Thank You Allah

Ah saya tahu berapa GAJI si polan tu, saya tahu apa kerja dia tu… suddenly you ask me, ko buat apa ya? hehehe, berapa masyuk tiap bulan ah? so WHY SHOULD I TELL U IF YOU KNOW ABOUT IT?

Pernah melihat lumba kuda? bukan main kuda ya.. bagaimana ia berlumba untuk memenangi perlumbaan hingga kegarisan penamat, walaupun kaki yang berusaha untuk ke garisan itu tetapi kepala yang sampai dahulu akan dikira sebagai pemenang…begitu juga manusia yang berusaha sebaik mungkin untuk menundukan kepala untuk memenanginya, body is your ENGINE! mind is your KEY! touch is your WIN!, you know what I mean?

Egokah kamu jika sanggup melakukan perkara BAHAYA dihadapan anak buah? TIDAK! TIDAK! TIDAK! Anda lakukan kerana ingin memimpin, menjadi pemimpin, membimbing dan layak mengepalai selagi diperlukan..

Apa yang kita nampak, baca, dengar dan lakukan setiap hari akan MEMPENGARUHI = MATA!, MULUT! TELINGA! dan apa yang kita SEBARKAN dari hati dan akal samada yang BENAR atau BETUL sangat-sangat mempengaruhi kepada yang melihat dan yang mendengar..

Imbas balik apa yg anda lakukan dari pagi tadi, jika terlalu fokus.. masa itu terlalu cepat berlalu… tidak sedar sekarang sudah petang, kalau banyak buang masa pun petang pun tidak sedar juga..

Manusia bukan sahaja memiliki kuasa sebagai pembeli tetapi memiliki kuasa untuk menolak jika lelaki atau wanita itu ingin menawarkan dirinya sebagai pasangan seumur hidup. Tidak salah menolak dan tidak salah mengundurkan diri, apa yang penting caranya betul dan tidak menyakitkan orang samada yang nampak, tidak nampak dan yang jelas kelihatan oleh orang sekeliling..

Orang yg BESAR tidak semestinya BESAR KEPALA! Orang yang BLUR tidak semestinya TIADA KEPALA!

The Smarter You! The Richer You! The Healthier You! and the Better You! ~ Now, Today, 2 morow n 4 ever!!!

Tidak perlu marah-marah ya, kerana anda perlu CANTIK DAN KACAK bila bangun esok pagi..🙂

Bila hari-hari buat perkara itu mesti JADI!! Semakin lama semakin dekat ia akan jadi HARIJADI! Setiap tahun hari itu pasti jadi, ia akan berulang dan tidak pernah tak jadi ~ slmt harijadi untuk yang lepas dan yang menyusul, jangan fikirkan umur anda semakin tua, fikirkan apa yang boleh anda sumbangkan selagi mampu…

Anda boleh berjaya dan kaya jika tahu siapa diri anda yang sebenar. Jika berbakat! itu tidak cukup! harus seiring dengan kemahiran, minat, kemampuan dan INGIN BUAT! BUAT SAMPAI JADI!! Bukan sekadar cakap, meniru seperti orang mengantuk disorongkan BANTAL!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s