Work with it everyday, but you don't present it everyday.

Latest

Ilmu mujarab & berpengaruh adalah kunci utama menjadi seorang presenter yang berkaliber!


EFFECTIVE PRESENTER & SPEAK CONFIDENTLY ON STAGE









SPEAK CONFIDENTLY ON STAGE…apabila anda membuat persembahan secara visual interaktif seperti menggunakan flash, powerpoint, montaj, video dan sebagainya dan jika persembahan anda mantap pasti penonton akan berkata WOW! ini menandakan anda seorang presenter yang sangat hebat dan berkaliber serta mampu menarik perhatian penonton tidak kira bilangan yang kecil dan besar dan yang pasti tidak ada rahsianya, hanya resipi dan intipati sahaja yang menjarakkan anda dengan penonton. Jika saya boleh lakukan tidak mustahil anda pun boleh lakukannya…saya andaikan ini yang anda cari selama ini…PROGRAM YANG SANGAT BERBEZA DENGAN YANG PERNAH ANDA IKUTI SEBELUM INI! Gabungan antara pembangunan diri, skil dan teknik penyampaian yang berkesan sehingga anda memiliki SKIL TARIKAN MAGNET!

Muhd Suhaily George
Pakar Penyampai Berkaliber
Trainer/Fasilitator/Penceramah bebas – ICT & Soft Skills training
Tamparuli, Sabah. Negeri dibawah bayu.

Assalammualaikum/Salam sejatera,

Tahukah anda, jika ingin menjadi hebat dihadapan penonton anda perlu mengetahui 4 perkara utama dalam persembahan iaitu DESIGN, CONTENT, PRESENTATION & PREPARATION maka inilah yang saya akan tekankan dan inilah yang anda akan pelajari. Ramai yang sedia maklum dan tahu bagaimana memberi ucapan atau menjadi speaker tetapi tidak ramai yang tahu resipi sebenar seorang presenter yang hebat, dengan 4 perkara diatas anda perlu tahu bagaimana mengadaptasikan setiap skill ini, sama seperti anda bermain bola, perlukan strategi menyusun pemain, skill untuk mengelecek dan menyerang dan teknik untuk menjaringkan gol, jika tidak usaha anda selama ini samalah juga menunggu bulan jatuh keriba.

Berkaliber bukan sahaja mantap tetapi anda perlu kreatif, kreatif dari segi penyampaian, persembahan dan mahir dalam penggunaan alat bantuan visual seperti video, white board, imej dan lain-lain. Anda juga perlu mahir dan kreatif sekiranya tanpa bantuan visual interaktif dan ini semua anda akan pelajarinya selain mengetahui bagaimana menguatkan mental dan fizikal anda semasa berhadapan dengan audience nanti.

Satu perkara yang anda tidak boleh lari apabila diminta untuk menjadi sepeaker, penceramah atau dalam keadaan last minute ataupun sudah bersedia ialah perasaan gugup, gemuruh apabila berhadapan dengan penonton walaupun dari jumlah yang kecil. Tanpa strategi, teknik , gaya persembahan yang betul sudah pasti penonton merasa bosan apabila melihat cara penyampaian anda yang hambar dan dari pemerhatian mereka banyak kelemahan yang jelas kelihatan dan secara tidak langsung kredibiliti anda akan menurun maka keyakinan diri pun akan ada kesannya. Dengan kaedah pendekatan dalam bengkel ini saya akan memberikan anda beberapa teknik yang mantap dan paling berkesan agar persembahan anda kelak berubah sama sekali.

Bila memberi ucapan atau sebagai trainer dan penceramah, anda perlu elakkan situasi ini, penonton mengantuk dan tidak selesa, berkerut dahi kerana tidak faham, terngangah kerana langsung tidak faham, memek muka kelihatan seperti tidak bermaya dan seakan-akan ingin meninggalkan tempat duduk kerana cara anda sangat tidak menarik dan membosankan. Saya juga akan membimbing anda bagaimana menjadi seorang yang colourful, mewujudkan situasi sens of humor, teknik bercerita dan perkongsian pengalaman anda dengan penonton. Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu, perlu anda gunakan dalam membongkar kreativiti kepada yang berinovasi agar penyampaian anda sentiasa mantap dan hebat.

Jikapun dalam bilik seminar, dewan ataupun audiotorium penonton dalam pelbagai peringkat itu bukannya alasan untuk anda menjadi pengecut, gemuruh, gagap, malu, segan dan tidak tentu arah dalam persembahan anda. Apa pula akan terjadi jika anda diminta untuk memberi ucapan jika dalam keadaan tidak bersedia? Satu perkara yang perlu anda tahu, gagap atau apa sahaja kelemahan anda ianya bukan penghalang dan ia juga bukan keadaan yang luar biasa tetapi ianya biasa bagi semua orang, even orang yang selalu memberi ucapan pun akan merasainya buat beberapa minit diatas pentas mahupun bersemuka dengan pelbagai peringkat penonton. Inilah yang selalu membataskan anda dengan penonton sehingga ada yang lari dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya hanya kerana tidak bersedia dan merasa gagap berhadapan dengan penonton.

Anda sebenarnya tidak perlu lari dari ketakutan itu, tidak perlu risau tetapi anda perlu berkawan dengan kelemahan tersebut sehingga menjadi normal dan mampu anda tangani seperti biasa. Ada yang berkata ianya susah dan kebanyakan dari anda tidak mampu untuk melaluinyanya apa lagi untuk menanganinya. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlukan persediaan untuk melakukan walaupun beberapa jam dari sekarang anda akan berdepan dengan penonton pelbagai peringkat. Anda hanya perlukan keyakinan diri, perlu percaya apa yang ingin disampaikan, perlu mengetahui dari aspek arahan, cadangan, kata-kata nasihat dan tips-tips yang berkaitan.

Ingatlah, apabila anda berada didepan ianya tiada kaitan bagaimana penonton melihat persembahan anda, anda adalah presenter, anda adalah yang bertanggungjawab menaikkan semangat mereka

Belajar Powerpoint cara Kreatif


Untuk program ini ia akan dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dengan.
1. Creative Basic PowerPoint ~ Program Sehari (FEB, 2012)
Dalam program sehari ini akan diselitkan beberapa modul utama iaitu.
a.) Mencipta Slaid Pro.
b.) Animasi.
3.) Video dan Audio
4.) Grafik/Lakaran/3D shapes
Beberapa contoh yang akan dipelajari ada dipaparkan dalam blog ini.

Apabila peserta mahir diperingkat asas dengan kaedah dan teknik yang dipelajari mereka akan keperingkat seterusnya iaitu Creative Advance & PowerPoint.

Peringkat Expert Powerpoint sesuai untuk mereka yang telah mengikuti asas dan creative advance powerpoint yang mana peserta akan mempelajari dua perisian utama iaitu Powerpoint dan Flash. Peringkat ini memfokuskan bagaimana membina Flash & Powerpoint presentation serta mempelajari teknik persembahan. (Creative PowerPoint Animation & Creative Visual Presentation)

Layari Kursus Kreatif Powerpoint untuk maklumat lanjut dan lihatlah beberapa contoh kreativiti sebagai santapan anda untuk mencipta sesuatu yang baru nanti.

Bengkel Photoshop dibuka!


Bengkel Photoshop dibuka untuk pendaftaran yang akan dijalankan akhir tahun 2011.

Peserta yang berminat untuk mengikutinya boleh melakukan pendaftaran pada bila-bila masa. Kursus ini dijalankan selama 3 hari dan yuran yang dikenakan hanya RM900 sahaja.

Ini adalah promosi akhir tahun yang mana tahun 2012 harga yang dikenakan adalah harga asal iaitu RM1,200. Peluang untuk anda mempelajari dari peringkat asas hingga pertengahan. (Basic – Intermediate)

Bengkel kali ini bukan sahaja anda mempelajari photoshop secara keseluruhannya tetapi anda juga akan mempelajari beberapa teknik bagaimana merekabentuk imej tanpa bantuan sebarang gambar dan saya pasti ini adalah salah satu bonus yang mana jarang yang mengetahuinya.

Sedikit info mengenai bengkel ini. http://mudahphotoshop.blogspot.com/

Maklumat mengenai bengkel ini:

1. Tempat: JTC2 Puchong
2. Tarikh: 13hb – 15hb Dis, 2011

Laptop, sarapan pagi/petang dan makan tengahari disediakan serta sijil penyertaan.