Bengkel Powerpoint IIUM Gombak


Assalammualaikum,

Syukur setiap hari kita dimuliakan olehnya, diberi rahmat yang tidak terkira batasnya. Melihat keadaan dalam dan luaran persekitaran yang indah.

Hari ini apabila bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Selesai sudah bengkel powerpoint yang dijalankan beberapa hari lepas.

Bengkel ini dijalankan selama dua hari berturut-turut di IIUM Gombak. Seramai 30 peserta telah mengikuti bengkel tersebut yang terdiri dari jabatan pentadbiran dan akademik.

Bengkel ini lebih kepada teknik penggunaan powerpoint yang mana kaedah dan skil yang digunakan jarang diketahui umum, maknanya jika tahu mengaplikasikan setiap skil ini tentu tidak ada masalah lagi yang dihadapi kelak dan dari pemerhatian saya setelah kursus ini berakhir, rata-rata semua peserta dapat melakukan yang terbaik ditambah lagi dengan kreativiti semasa pembentangan dihari terakhir. Oh.. anda memang best!

Bilik makmal yang digunakan ialah bilik MRC (Management Resource Centre) berdekatan dengan perpustakaan tidak jauh dari kawasan masjid, sangat fleksible, mudah untuk semua dan mudah juga untuk saya🙂 Terima kasih juga dengan pihak penganjur USR dan bahagian sumber manusia IIUM.

Beberapa gambar yang sempat diambil..🙂

Anda semua terbaik kerana tiada perkataan malas untuk berusaha. Tingkatkan usaha, mudah-mudahan skli kepakaran anda akan bertambah-tambah. Terima kasih semua..🙂 dan jangan lupa untuk menjadi subscriber untuk menerima tutorial berkala melalui email. Segala tutorial seperti apa yang dipelajari semasa mengikuti bengkel tempoh hari dan banyak lagi tutorial terbaru akan saya terbitkan melalui blog ini nanti. Hanya isikan email anda diruang sebelah kanan. Terima kasih.😉

Jika ada soalan tentang teknik penggunaan powerpoint, bolehlah kemukakan soalan anytime anywhere…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s