Perasaan gemuruh?


Jikapun dalam bilik seminar, dewan ataupun audiotorium penonton dalam pelbagai peringkat itu bukannya alasan untuk anda menjadi pengecut, gemuruh, gagap, malu, segan dan tidak tentu arah dalam persembahan anda. Apa pula akan terjadi jika anda diminta untuk memberi ucapan jika dalam keadaan tidak bersedia?

Satu perkara yang perlu anda tahu, gagap atau apa sahaja kelemahan anda ianya bukan penghalang dan ia juga bukan keadaan yang luar biasa tetapi ianya biasa bagi semua orang, even orang yang selalu memberi ucapan pun akan merasainya buat beberapa minit diatas pentas mahupun bersemuka dengan pelbagai peringkat penonton. Inilah yang selalu membataskan anda dengan penonton sehingga ada yang lari dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya hanya kerana tidak bersedia dan merasa gagap berhadapan dengan penonton.

Anda sebenarnya tidak perlu lari dari ketakutan itu, tidak perlu risau tetapi anda perlu berkawan dengan kelemahan tersebut sehingga menjadi normal dan mampu anda tangani seperti biasa. Ada yang berkata ianya susah dan kebanyakan dari anda tidak mampu untuk melaluinyanya apa lagi untuk menanganinya. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlukan PERSEDIAAN! persediaan beberapa jam dari sekarang untuk berdepan dengan penonton pelbagai peringkat. Anda hanya perlukan keyakinan diri, perlu percaya apa yang ingin disampaikan, perlu mengetahui dari aspek arahan, cadangan, kata-kata nasihat dan tips-tips yang berkaitan.

Ingatlah, apabila anda berada didepan ianya tiada kaitan bagaimana penonton melihat persembahan anda, anda adalah presenter, anda adalah yang bertanggungjawab menaikkan semangat mereka, anda juga yang memberi tips dan cadangan maka inilah saat saat yang amat dinanti-nantikan oleh penonton anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s