Siapa kata minda berkuasa? Akal fikiran adalah Raja! Tetapi…


Semua itu adalah satu anugerah yang datangnya dari ALLAH, jalan telah diberi, manusia perlukan kebijaksanaan untuk mengaplikasikannya dengan sebaik mungkin. Jika disalah guna dengan anugerah yang telah diberikan, maka sedar atau tidak ia boleh memesongkan individu jika terlalu taksub dengan kekuatan dalam diri tanpa berfikir itu semuanya datang darinya.

Minda hanya berfungsi sekiranya akal fikiran digunakan dengan betul dengan kearah kebaikan. Satu sistem tubuh manusia yang serba lengkap dengan anggota serta deria yang baik masih tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika diri sendiri tidak mengambil tindakan untuk menggunakan segala kelebihan yang ada. Samalah seperti tanpa usaha tidak akan kemana lalu menyalahkan diri sendiri, keadaan sekeliling, keturunan, orang lain dan ada yang mengatakan saya hanya mangsa keadaan sebab itulah saya jadi begini.

Bila seseorang sakit, ALLAH telah memberikan kebijaksanaan pada manusia supaya menggunakan akal fikiran untuk mencari dan mencipta penawarnya supaya sakit atau demam manusia boleh disembuhkan. Makanya segalanya sudah tersedia untuk kita semua, jadi kuasa minda sememangnya tidak wujud yang ada hanyalah kebijaksanaan akal fikiran untuk menjadikan kita lebih kreatif dalam penyelesaian setiap situasi yang mendatang

Mungkin ramai individu mengatakan dia hebat kerana mindanya tetapi dari sudut pandangan saya sendiri mereka ingin mengatakan segala permasalahaan dapat diselesaikan dengan kreativiti dan akal fikiran tetapi dari sudut terminologinya hanya perkataan ‘kuasa minda’ yang sesuai untuk kekreatifan yang wujud, maka sehingga kehari ini ‘kuasa minda’ telah menjadi satu budaya ikutan setiap orang sehingga ada diantara kita boleh tersalah tafsir jika tidak memampatkan ilmu sepenuhnya untuk resipi akal dan fikiran. Sebagai peringatan pada diri sendiri dan semua sahabat, tidak ada satupun kuasa dalam anggota badan melainkan anugerah dan sistem yang lengkap untuk diaplikasikan sebagai jalan penyelesaian kepada setiap situasi dan permasalahan yang kita hadapi.

17 thoughts on “Siapa kata minda berkuasa? Akal fikiran adalah Raja! Tetapi…

  1. 1 pandangan yang “bertentangan” dari pandangan ahli-ahli motivasi yang lain..

    • Salam Lut…

      Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing, ya agak lain sedikit pandangan saya mengenai soal minda ini. Apa pun terima kasih kerana melawat..🙂

  2. setuju tu.. namun minda akan terganggu jika dikuasai nafsu.. memang banyak musuh dalam diri sendiri rupanya… sekadar pandangan

    • Setuju tu Man, jika tidak bijak mengawal nafsu minda boleh berubah bila-bila masa mengikut keadaan empunya dirinya. Banyak musuh dlm diri sebab itu kalangan org bijak pandai menyeru agar kita perlu berlawan dgn diri sendiri sebelum membuat perbandingan dgn orang lain namun adakala juga kita diajak supaya tidak membanding-bandingkan kekuatan dan kelebihan dlm diri malah menanamkan sikap bantu membantu supaya kita dan saya tidak mudah lupa.

  3. kena bukak kamus balik nie. Kiranya minda (otak) adalah hanya alat untuk menggerak. Manakala akal yang mengawal segalanya. Akal dan fikiran harus ditajamkan sekiranya tidak, ibarat otak yang kosong lagi lesu. Benarkah maksudnya?. Terima kasih atas pengisian.

    • Membina minda membentuk otak adalah dua perkataan yang berbeza walaupun keduanya mempunyai kesempurnaan dan persamaan sebab ianya berkait rapat apabila melakukan aktiviti. Akal mengawal segala keadaan seseorang itu samada melakukannya atau tidak,berfikir secara rasional dan sikap seseorang yang menampakkan personiliti diri.
      Seseorang perlu bijak berfikir, menggunakan segala sistem dan anggota deria yang mana boleh dan tidak boleh dilakukan oleh setiap anugerah yang diberikan.Setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza dan terpulang dengan individu mentafsir apa itu otak, minda ,akal dan fikiran.

  4. buat sesuatu biarlah dgn satu perancagan yag sempurna hehee

  5. Assalamualaikum.
    Terima kasih atas perkongsian yang ‘hebat’ ini.
    Pandangan yang ‘telus’ untuk difikirkan bersama.
    TQ

  6. pandangan yang sangat bagus… pandangan orang berbeza dan kita tidak boleh nak setuju terus… kadang2 perlu diambil kira..

  7. Ya, pandangan org berbeza-beza…jika ada pandangan lain dari sesiapa sahaja yg singgah ke sini amat dialu-alukan..boleh dikongsi bersama..

  8. Bagus pandangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s