Tips ringkas menjalankan ‘EVENTS’


Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Bertemu kembali…blog yang memaparkan kepada dua kategori iaitu perniagaan dan pemecah minda berdasarkan kepada aktiviti harian bagi memecah tradisi usahawan dalam pendidikan dan sesiapa sahaja yang ingin mencari potensi diri yang menjurus kepada pembongkaran menuju kejayaan.

Paling penting dalam apa juga yang anda lakukan adalah ‘first impression’ sebab tidak akan ada ’second impression’ bagi mengulangi apa yang telah anda lakukan, yang ada hanyalah cara anda untuk memperbaiki setiap kekurangannya dengan kata lain belajar dari kesilapan dan perbaiki setiap kelemahan dan perkasakan untuk langkah berikutnya.

Dalam menjalankan ‘events’ permulaan dan pengakhiran sangat penting bagi memastikan setiap yang anda lakukan berjalan dengan lancar dan lakukan yang terbaik antara yang terbaik. Start and finish STRONG! this is the most important thing that you should remember… permulaan yang sangat baik dan berapi sehingga anda sendiri boleh merasainya. Bila melakukan events, first minutes dan sejam dua jam, anda perlu berikan yang terbaik dengan kata lain ‘your killer idea’ untuk impress pelanggan anda.

Powerful opening dan killer idea serta psikologi sangat efektif untuk meleburkan minda, apa tidaknya jika anda berikan yang luar biasa dan bukan biasa-biasa, saya yakin ‘pelaburan yang mereka berikan dan lakukan semata-mata untuk menyertai setiap program anda ia seakan-akan terlalu sedikit berbanding dengan apa yang telah anda berikan kepada mereka sebentar tadi. Keperihatian pelanggan, welfare dan servis amat penting untuk mendapatkan repeat customer. Anda tentu tahu, bukan mudah mencari pelanggan walaupun hanya seorang.

Mereka akan sentiasa mengingati evens or anda sebab anda telah berikan yang terbaik untuk permulaan dan pengakhiran yang meletup! Inilah yang selalu diingati…oleh sesiapa sahaja. Jalankan analisis, buatkan carta atau graph dari first hour hingga tamat. Jika irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, samalah seperti dari mula anda berdepan dengan pelanggan hingga akhir. Alunan dan bunyi perlu seimbang, gelombang mesti ada turun naik…rite? Apa akan jadi jika penyampaian dan percakapan anda secara mendatar ditambah lagi pengisian yang hambar dari mula hingga tamat?

18 thoughts on “Tips ringkas menjalankan ‘EVENTS’

  1. event tak gah tak apa cuma biar kena pada tema dan konsepnya yang penting mesej adalah tepat…

  2. betul. 1st impression tu pntg.
    apa2 event pun.
    juga gerak krja.
    trima ksih.
    sdikit sbnyk mmberi smgt baru

  3. Salam…

    Saya setuju tue.. yang penting first & end mesti mantap coz ini akan memberikan kesan kepada pelanggan malah ia akan menjadi bahan promosi dri mulut ke mulut jika kita lakukan event kali ke-2..

    • Ya tuan Pakar Blogger, apa sahaja idea yang ditulis dlm blog ini termasuklah idea idea bernas dari sahabat sangat berkait rapat. Anda atau saya sendiri akan menjadi duta kepada produk yang diterima hasil dari sesi program yang disertai. Itulah kuasa eBuzz..

  4. Assalaamu’alaikum sahabatku yang dimuliakan.

    Tulisan yang menarik tentang promosi diri dalam usaha meningkatkan kepercayaan khalayak kepada persembahan ilmu yang dihidangkan. Tidak semua manusia mempunyai keistimewaan yang boleh menarik perhatian khalayak untuk terus terpaku dengan apa yang disampaikannya. Walau ia boleh dilatih dengan bersungguh-sungguh, jika tidak dengan ketulusan hati pasti ada yang tidak beres dilakukan selain adanya perancangan rapi yang telah direncana mantap.

    Untuk mencapai event yang sukses dari awal dan akhir, memerlukan komitmen yang tinggi dan kesungguhan yang luar biasa hasil ida-idea mantap yang setinggi bintang di langit. Untuk menjadi juara harus berfikir cara juara. Ide yang ditampilkan walaupun biasa digunakan oleh orang lain tetapi digubah menjadi satu inovasi yang kreatif yang tak terbayangkan oleh orang sebelumnya mampu menimbulkan keasyikan dan kekaguman khalayak kepada apa yang dipersembanhkan.

    Maka, ilmu dan kajian tentang peluang yang ada harus diguna sebaik mungkin untuk kongsian ilmu yang bukan main-main dan biasa-biasa sahaja. yang penting berani berubah, yakin bertingkah dan ikhlas kerana Allah untuk menyebar ilmu, mampu meningkat aura dan kepercayaan khalayak kepada presentor dan tentunya menginginkan lagi untuk aktiviti yang bakal ditempuh pada masa akan datang.

    Selamat berjaya sahabatku. Saya yakin Muhd. Suhaily menulis berdasarkan pengalaman. Hanya mereka yang melaku dan mengalami kekuatan acara sebegini sahaja yang mampu berani mengutarakan kejayaan yang telah dikongsikan bersama. semoga terus menggapai bintang jaya dalam memburu impian. Salut dengan usaha Muhd. Suhaily selama ini. Walau pernah rebah tapi tidak pernah kalah.

    Salam mesra dan hangat selalu dari saya di Sarikei, Sarawak.

    • Masing-masing ada kekurangan dan kekurangan, begitu juga saya wahai sahabatku,bukan sahaja kemahiran dan petah berkata-kata tetapi personaliti yang menarik juga memainkan peranan yang penting untuk menyejukkan hati para penonton.

      Menjadi lebih terampil perlu dipupuk dan dilatih setiap hari, belajar memperbaiki setiap hari kerana setiap masa yang berlalu perkara baru akan muncul dalam hidup seseorang.

      Idea-idea yang mantap dan memukau mampu menarik perhatian penonton ditambah dengan gaya-gaya bahasa tubuh yang serasi dengan kata-kata yang terucap. Sentiasa berfikir spt juara, ya saya setuju itu…kreatif sangat penting bagi menjadikan kita luar biasa agar kajayaan itu sentiasa berada dihadapan kita.

      Jika melihat adanya peluang, maka itulah peluang untuk berubah dan melakukan tindakan yang sewajarnya jika mahu berjaya dalam hidup. Sememangnya komitmen dan kesungguhan perlu disemai dlm diri setiap masa.

      Terima kasih sekali lagi, semoga sahabat juga sentiasa berjaya dlm kerjaya yang sungguh mencabar…

  5. pembentagan kena baguskan..hehee baru si pendengar akan mula tertarik hati utk mengikutnya dg lebih lanjut..lgi

    • Ya betul, pembentangan jika hambar nanti penonton rasa boring, nanti ada lagu keluar..zzzZZZ

      Jika ada aktiviti lagi elok..roleplay..group by group dan individual..

  6. Assalaamu’alaikum Sahabatku Muhd. Suhaily

    Dengan hormat dan takzimnya, saya berharap sahabat sudi menerima AWARD PERKASA – KAU ADALAH YANG TERBAIK, sempena sambutan HARI BAPA di Malaysia pada 20 Jun 2010. Ia sebagai menghargai persahabatan dalam perkongsian ilmu di ruang maya dan mengenangi jasa para bapa dalam memperjuangkan kehidupan yang harmoni untuk kebahagiaan keluarganya.

    http://websitifatimah.wordpress.com/2010/06/21/20-jun-2010-selamat-hari-bapa-untukmu-malaysia-dan-indonesia/

    Salam mesra dari saya.

    • Terima kasih dgn penghargaan untuk semua yang bergelar ayah. Jasa mereka tidak kurang pentingnya sama seperti hari ibu. Walaupun perbezaan kasih sayang yang diberikan tetapi itu semua untuk keharmonian keluarga, isteri dan anak-anak.

  7. Assalamualaikum saudara.
    Tidak dapat dinafikan ‘first impression’ itu amat penting, sebab itu tidak semua orang boleh berjaya dalam bidang yang memerlukan kita berdepan dengan audien.

    kajian perlu dibuat secara menyeluruh agar kita dapat memahami audien dan melakukan apa yang disesuaikan dengan kehendak mereka tanpa mengorbankan ‘isi’ yang akan dipersembahkan nanti.

    Selain itu ‘anugerah’ Ilahi juga memainkan peranan selain usaha berterusan agar kita berjaya ‘mencuri’ perhatian pelanggan.

    Terima kasih.

    • Ungkapan first itu yang pertama, first untuk permulaan dan first untuk berinteraksi dan first untuk personaliti. Jika ada kesilapan, second impress adalah memperbaiki..segala penilaian adalah yang pertama hingga akhir, jadi biarlah permulaan cantik pengakhirannya menarik.

      Pergunakanlah anugerah itu, manusia tidak dilahirkan miskin, segalanya hebat jika mereka memikirkan dengan hati yang bersih dan akhlak mulia.

  8. Wished every blogger would include a video because it makes it more personal. I love that term “hero” shots, willl have to remember that one..

    • Yes, I am totally agree with you, it’s viral marketing. Viral and ebuzz is one of the best promotion strategies if you want to sell your produk or even infoproduct. Thanks for visiting..

  9. I am an events coordinator for a local race track. We do events for children and sometimes adults at no cost to the fans to keep them coming back to our establishment…

    • That great! It’s good idea how to keep your customer coming back. This is how we get repeat customer and in the mean time you also can sell back end product. Keep it up.. thanks for visiting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s