Kisah budak negro belajar komputer


Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Artikel tidaklah panjang untuk tatapan, sekadar perkongsian menambah ilmu untuk yang masih belajar dan ingin memulakan langkah sebagai tutor di rumah sendiri. Apa yang ingin diungkapkan sebenarnya berkenaan dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang datang ke rumah untuk mempelajari ilmu ICT dan lebih spesifik mereka ingin mempelajari baikpulih komputer. Semuanya datang dari Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Dari apa yang saya lihat sendiri tidak semua mereka ini ganas-ganas cuma ada segelintir sahaja yang datang ke malaysia untuk belajar tetapi menggunakan kelebihan yang ada untuk melakukan perkerjaan lain. Yang pasti mereka ini bersungguh-sungguh untuk belajar dan datang mencari ilmu walaupun masa yang mereka ada terlalu cemburu disebabkan jadual yang agak ketat dalam sesi pengajian masing-masing.

Kelas yang dijalankan hanya seminggu dua kali iaitu sabtu dan ahad dan masa serta hari yang diperuntukan sangat sesuai untuk mereka mencari peluang untuk menambah ilmu dalam bidang yang diminati dan caj yang saya kenakan tidaklah membebankan untuk seorang pelajar. Selalunya kelas seperti ini saya jalankan selama 12 jam dan mengambil masa selama 4 jam untuk satu sesi. Diakhir tutorial mereka akan ada satu ujian khas yang mana saya menamakannya sebagai ‘core ability’. Dari sana kita akan melihat pengetahuan, pemahaman dan keterampilan sebagai seorang pelajar yang betul-betul ingin mencari peluang dan merebut peluang yang ada tidak disia-siakannya.

“Pernah ada ketika seorang dari pelajar ini datang lewat kerana hujan, habis baju basah dan terpaksa menunggu beberapa minit untuk mengeringkannya. Seorang lagi lewat dan nak tak nak berlari untuk sampai pada waktunya sehingga badannya dibasahi peluh tetapi itu semua tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan pengajian jangka pendek, dan apa yang mereka inginkan pasti dicari dan apa yang mereka lihat akan diambil supaya tidak terlepas” pandang

Apa sahaja bentuk kemahiran dan bakat anda, jangan disimpan begitu sahaja tetapi keluarkan dan kongsikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat anda. Anda boleh lakukan sama seperti yang saya lakukan dan setiap apa yang kita berikan sudah pasti akan diingati sampai bila-bila, lebih-lebih lagi anak didik anda berjaya dan memperolehi kerjaya yang sangat membanggakan. Orang yang hebat adalah orang yang memberi dan belajar untuk memperbaiki diri setiap hari…esok pasti ada yang baru….”Nothing is a waste of time if you use the experience wisely”.

16 thoughts on “Kisah budak negro belajar komputer

  1. benar tu kawanku..
    bg suri pula kepuasan dlm memberikan ilmu manfaat melalui blog satu cara suri menfaat ilmu pd yg lain..hehehe

    • Itulah yg sebaiknya..memberi kepuasan kpd org dgn menulis adalah cara yg berkesan apabila kita memberi orang merasa. Dengan memberikan sesuatu yg bermanfaat kepada org menjadikan kita puas, tenang kerana dapat membantu orang yg memerlukan sesuatu dari diri kita sendiri.

  2. Assalaamu’alaikum sahabat yang mulia

    Apa khabar? Wah… selalu ketinggalan juga saya kini dengan tulisan-tulisan mantap Muhd. Suhaily ya. Membaca kongsian minda Muhd. Suhaily tentang pengalaman dengan pelajar antarabangsa dalam perjuangan mencari ilmu amat mengesankan kerana usaha itu tangga kejayaan. Kejayaan tidak akan dicapai dengan hanya memeluk tubuh sahaja. Baik dari pihak yang memberi atau yang menerima. Kedua-duanya akan mendapat imbalan yang setimpal dengan usaha masing-masing.

    Saya bersetuju jika ada kemahiran dan potensi yang boleh diserlah melalui pelbagai aspek untuk dikongsikan bersama perlulah diusahakan agar kemahiran dan potensi itu tidak sia-sia. Banyak cara kita boleh berkongsi hikmah dari kurnia Allah ini. Yang penting keinginan untuk membantu sedaya mungkin agar ilmu itu tidak sia-sia dikurniakan kepada kita.

    Konklusi yang saya ambil dari keinginan yang mantap para pelajar tersebut dalam usaha mempelajari ilmu patut kita contohi kerana ilmu tidak datang dengan begitu sahaja. Perlu ada usaha dan keinginan untuk meraih jayanya. Tahniah atas usaha sahabat kerana sepatutnya hujung minggu menjadi ruang untuk bersantai tetapi dikorbankan untuk membantu insan yang memerlukan dalam peluang yang disediakan Allah swt.

    Semoga sukses dengan kerjaya dan kehidupan. Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

    • Alhamdulillah saya sihat walafiat…ya pengalaman sebagai perkongsian kepada sesiapa sahaja yang ingin berkongsi. Ah betul tu..asyik peluk tubuh saja mana nak gerak umpama hanya kaki yg berfungsi tapi tangan tidak bertindak maka minda pun jadi malas.

      Belajar tidak ada sempadanya…belajarlah sampai bila-bila hingga hayat dikandung badan dan hingga mentari hilang dari pandangan. Segala apa yg diberi ia tetap akan berpanjangan biarpun jasad sudah dimamah bumi.

      Jangan biarkan potensi diri tengelam dalam diri, rugi rasanya jika kemahiran terkubur begitu sahaja. Seperti apa yg saudari katakan banyak cara kita memberi dan kalau boleh dahulukan keutamaan, rungkai kemahuan serta bantu bagi mereka yang inginkan sesuatu dari kita. Kadang-kadang diri sendiri tidak boleh melihat kelebihan dlm diri tetapi boleh kita bayangkan mengapa seseorang selalu kembali kepada kita. Orang lain akan nampak lebih jelas apa yang ada didalam lubuk hati dan diluar kotak pemikiran kita.

      Samada mereka pelajar, muda, tua atau kanak-kanak pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari sebab sesuatu kebaikan tidak akan datang begitu sahaja, ye tak? mungkin dari orang lain atau sesuatu perkara yang boleh menjadi petunjuk bagi kita untuk melayari kehidupan yang sungguh mencabar ini.

  3. kadang2 terlalu bersemangat dan ingin nak memberikan sedikit ilmu pengatahuan, ada yang mengata… ” eh! engkau ni rugi betul… bagi ilmu free je kat orang tu… cuba ko mintak sikit bayaran, dapat jugak menampung minyak keta tu”…ramai org cakap kat aku macam tu… tapi bagi aku.. ia adalah sedekah sahaja… biar orang lain kata.. janji aku puas dan bebas.. hanya sekadar perkongsian

    • Bagi ilmu FREE sangat puas, bagi ilmu BAYAR pun sangat puas. Bayar dan free jika kita berikan yg terbaik ia akan berpanjangan. Tiada guna berbayar jika tidak mampu mengubah atau memberi tunjukajar dengan panduan kepada org yg memerlukan bantuan kita. Jika org kata, eh engkau ni rugi betullah…ALHAMDULILLAH…berkat ada disitu bro..itu menunjukan keyakinan tidak ada, perlulah yakin dgn keluaran sendiri atau produk dan kemahiran sendiri jadi boleh dijelaskan bahawa mereka hanya bersandarkan kepada teori tanpa tindakan.

      So jangan biarkan ’silent attack’ menghancurkan semangat kita yang mana ia satu risiko dalam setiap tugasan yg kita lakukan. Orang sangat mudah menghancurkan kita hanya melalui serangan emosi, bermakna jika pun kita berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu tetapi emosi kita hancur tanpa sokongan ini akan menjadi titik permulaan kita terumbang-ambing dalam pelayaran. Itu sebabnya leader tidak lengkap jika tidak ada ship…

  4. Bdk2 kulit hitam ni ada kalanya mmg ganas sikit. tapi kalau diorg ni rajin, mmg betul2 rajin sbb kat negara mereka ni susah. jadi mereka nak ubah status hidup mereka kat sana.

    p/s: ada pengalaman sebab dulu blajar kat UIA.

    • Dari kebanyakan news dlm TV atau paper banyak tersebar mengenai perlakuan yang mereka buat dan presepsi kebanyakan dari kita akan memandang serong, tu yang buat takut…tapi kalau yg educated memang betul-betul nak belajar.

  5. baguslah lau tul2 yang nak blajar.. kat msia ni pelik.. yg de peluang blajar, tak nak pulak rebut peluang tu.. tapi org2 yang nak cari ilmu ni bagus, mungkin dorang ni tau, hanya ilmu boleh mengubah hidup mereka..

    • Itulah..nanti esok esok dah tak de peluang nyesal tak guna, kalau dah ada minat, belajar saja lagi pun kemudahan semuanya sudah ada, cuma kena pandai cari alternatif sebagai panduan pendidikan.

  6. bagusnya semangat diaorang nie…. harus diikut untuk bangsa2 lain terutamanya melayu…

  7. selalu bertemu ngan bangsa tu dalam kelas..yang betul2 belajar memang bagus..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s