Commited to the game – Gagal vs Menang (World CUP 2010)


Mana-mana jurulatih atau pemain akan memberitahu anda yang salah satu elemen paling penting dalam prestasi bola sepak ialah tahap keyakinan diri.


Jika ditanya pemain yang layak ke bolasepak antarabangsa, pemain yang berkaliber dan berjaya mencipta nama negara adalah disebabkan beberapa kriteria sperti:
1. Sikap percaya pada diri sendiri – tahap tertinggi
2. Gaya bahasa tubuh yang begitu meyakinkan
3. Enjoy, seronok dalam pertandingan & permainan
4. Tidak memikirkan kekalahan tetapi berusaha untuk bermain sebaik mungkin
5. Mempunyai kawalan diri tinggi/tenang menghadapi permainan
6. Elak sikap EGO – Saya jelah yang boleh menjaringkan Gol
7. Tahu tugas sebenar dan posisi masing-masing
8. Tahu kelemahan dan kekuatan diri
9. Perlu mengetahui 4 formula iaitu:
a. STRATEGI BERMAIN & PENYUSUNAN
b. KEMAHIRAN MENGELECEK
c. TEKNIK/TAKTIKAL UNTUK MENJARINGKAN GOL
d. TAHAP MOMENTUM DALAMAN
10. Zone Psikologi
a. MENTAL & FIZIKAL
b. POSITIVE SELF-TALK
c. SECARA VISUAL MELALUI DIMENSI MINDA

Petikan dari: http://www.stadiumastro.com/Football/FIFAPialaDunia2010/Artikel/tabid/399/Default.aspx?newsId=90452

JOHANNESBURG, (AFP) – Giovanni van Bronckhorst percaya semangat setiakawan dalam pasukan Belanda merupakan salah satu kunci kejayaan Oranje di Piala Dunia ini.

Bercakap tentang perlawanan akhir menentang Sepanyol petang ini, ketua pasukan Belanda itu mengesahkan bahawa tiada lagi ketegangan di antara pemain-pemain yang sebelum ini menutup peluang mereka untuk berjaya pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

“Saya rasa semangat dalam kem adalah sesuatu yang sangat penting,” ujar van Bronckhorst.

“Sebagai pemain anda harus meluangkan sekurang-kurangnya enam atau tujuh minggu bersama-sama untuk mencapai apa yang diingini, dan saya percaya sekiranya persekitaran anda baik maka ia baiklah untuk anda. Anda akan lakukan apa saja untuk rakan sepasukan.”

Perkara sedemikian tidak selalunya begitu buat Belanda apabila peluang-peluang kejayaan pada peringkat antarabangsa sering disabotaj dengan pergaduhan.

Konflik dalaman kerana berpuak-puak ialah sebahagian daripada hidup bola sepak generasi 1970 seperti dalam era Ruud Gullit/ Marco Van Basten lewat 80 an, dan sampai ke pengakhirannya apabila sifat perkauman didedahkan dalam pasukan pada Euro 96.

Van Bronckhorst percaya kejadian lepas telah memberi mereka pengajaran di bawah kepimpinan jurulatih, Bert Van Marjwik.

“Kami telah lihat di Piala Dunia ini satu situasi apabila sesebuah pasukan mengalami masalah di luar padang, bagaimanapun akan terbawa-bawa ke dalam permainan,” kata pemain veteran bek kiri yang akan bersara selepas perlawanan akhir hari ini.

“Kami telah memastikan yang kami telah mencipta satu suasana positif untuk membolehkan kami beraksi dengan baik dan kami harap ada ganjarannya pada perlawanan nanti.”


Gambar – kredit dari stadium astro

8 thoughts on “Commited to the game – Gagal vs Menang (World CUP 2010)

  1. terima kasih bro… sangat suka dengan entry psikologi ni…

    • Dalam permainan penting tuk keyakinan diri yang konsisten, tetapi bila over konfiden sikap EGO pula yg timbul menjadikan diri lebih expert dari pemain lain padahal ego itu yg menjadikan segalanya tidak menentu. Sama-sama kita fikirkan..

  2. main jangan main-main
    baru boleh menang

  3. salam..
    tu sebablah mrka negara barat pemain bola mrka mmg terunggul kan..tak mcam pemaian kt Malaysia ni macam ada sesutu yang kurang jer..huhu..

  4. Salam..nampaknya dah 2 kali edisi worlcup pasukan2 dari eropah masuk final..amerika latin cam dah kureng jer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s