Perniagaan Melalui Talian Internet


Walaupun telah diketahui umum mengenai kategori dibawah tetapi tetap ada yang disalah ertikan mengenai jenis perniagaan online tersebut. Majoriti mengatakan Pelaburan internet adalah haram disisi undang-undang dan islam, namun saya berpendapat ketiga-ketiga kategori ini akan menjadi haram dan salah sekiranya disalahguna dari objektif sebenar ia diwujudkan.

1. Perniagaan internet – jika tidak menipu dengan menjual airliur ia tetap halal

2. Program internet – jika tidak dimanipulasikan + terlebih bijak hingga tidak tahu mana brek ia tetap halal

3. Pelaburan internet – jika tidak ada unsur riba + menipu + dimanipulasi ia tetap halal

Untuk menjalankan perniagaan dari rumah ada kebaikkannya dan jika anda mengambil keputusan menjadikan perniagaan ini sepenuh masa tanpa bergantung makan gaji maka ianya perlulah dilakukan dengan teliti sentiasa tambahkan pengetahuan mengenai ilmu perniagaan internet, sungguh-sungguh, sentiasa fokus dan percaya dengan produk yang dikeluarkan serta sentiasa mempelajari perkara baru yang berkaitan dengan perniagaan internet online. Apa jenis pun produk anda, biarlah produk yang dikeluarkan berpandukan dengan kemahiran, bakat dan minat anda.

Kini hampir 3 tahun saya menjalankan perniagaan internet dan produk yang saya keluarkan dalam bentuk servis perkhidmatan dalam bidang latihan ICT dan bisnes perniagaan internet (MLM Skim Cepat Kaya Benda merapuh (SPAM/SCAM)) Apa yang ingin dikongsikan, apabila anda menjalankan perniagaan secara online, anda perlulah sentiasa mendapat sokongan dari orang yang terdekat bagi membantu dan memotivasikan diri anda supaya sentiasa fokus dan konsisten menjalankan perniagaan anda. Beberapa kriteria perlu ada dalam diri seperti:-
1. Kemahiran

Tanpa kemahiran mengenai sesuatu produk tentu anda tidak tahu apakah jenis produk yang ingin dikeluarkan dan dipasarkan. Bagaimana anda mewujudkan win-win situation dan kepercayaan dengan pelanggan jika produk yang anda ingin dipasarkan tetapi tidak mempunyai pengetahuan mengenainya?

2. Bakat

Bakat sahaja tidak mencukupi tanpa kemahiran, malahan bakat tadi akan membunuh perniagaan anda sama seperti bakat seorang penyanyi tetapi tidak ada kemahiran mengenai alunan suara dan kawalan suara maka seorang penyanyi itu tidak akan kemana. Mungkin dalam rumah dan bilik mandi dialah superstar tetapi tidak ada seorang pun komposer yang ingin mendidiknya namun adanya bakat dalam diri menjadikan anda lebih mahir jika diasah dengan ilmu pengetahuan yang sama bidangnya dan akhirnya anda akan lebih mahir dan terampil.

3. Minat

Anda hanya boleh menjalankan perniagaan dan mengeluarkan produk sendiri jika adanya minat yang mendalam bukannya menjadi pengikut dengan usahawan internet yang lain, maknanya apa yang dikeluarkan oleh peniaga lain maka anda akan turut serta biarpun anda tidak meminatinya. Disebabkan anda melihat pulangan dan pendapatan orang lain tidak bermakna anda boleh mengikutinya, lain orang lain caranya, lain produk dan minat maka lain strateginya.

4. Strategi

Strategi sangat penting bagaimana anda memasarkan produk yang akan dikeluarkan kelak. Strategi, teknik dan kemahiran boleh dilakukan dalam masa yang sama bagi tujuan pemasaran dan jualan produk anda, bayangkan jika anda kekurang startegi, anda pasti akan terlepas peluang diperingkat jualan. Bagaimana seorang jurulatih bolasepak menyusun strategi pemain hadapan, tengah dan serangan. Pemain pula perlu mempunyai bakat dan kemahiran untuk mengelecek bola dan seterusnya mempunyai teknik yang betul untuk menjaringkan gol samada dari kotak penalti, sudut dan tendangan jarak jauh oleh itu pasti kemenangan yang akan dicapai oleh kumpulannya. Dalam perniagaan anda tidak boleh berkerja seorang diri, bukan untuk diri sendiri tetapi biarlah perniagaan anda untuk orang sekeliling jika ingin melihat perniagaan anda untuk lima tahun akan datang.

5. Teknik

Teknik telah pun diterangkan tadi, dalam perniagaan anda juga perlu tahu teknik dalam pemasaran, jualan untuk menjadikan pelawat anda kepada pembeli. Teknik mencari pembeli sangat sangat penting dalam perniagaan anda. Jika tidak, betapa bagus pun produk yang dikeluarkan tetapi tidak ada pembeli ianya sama seperti rumah usang yang berpenunggu dan tidak ada seorang pun yang berani untuk melawat.

6. Pelaburan

Pelaburan yang dimaksudkan disini bukannya skim pelaburan cepat kaya untuk mendapatkan pulangan ribuan ringgit dalam masa yang singkat yang mana anda sendiri tidak tahu dari mana sumber pendapatan tersebut, ada pelaburan yang menjadikan anda kaya tetapi dengan cara menindas orang sekeliling dan ini seharusnya dielakkan sama sekali. Dalam perniagaan internet, anda perlulah bersedia membuat pelaburan biarpun sedikit bagi tujuan menuntut ilmu dan mempelajari kaedah, teknik perniagaan internet dari sumber yang dipercayai. Anda boleh mengikut kelas-kelas bimbangan perniagaan, seminar dan bengkel perniagaan bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan anda dalam perniagaan internet online.

Setiap pendapat berbeza-beza, hak anda untuk menapisnya, membetulkan mana yang sengek, menambah mana yg kurang, berkongsi mana yg perlu dan belajar untuk memperkukuhkan dan mengembangkan perniagaan anda untuk jangkamasa yang panjang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s