Belajar dan Mengajar


You Can’t Teach people by C & Wait. Show your Skills, Share with others & Sell it for Solution and Motivate for Improvement.

Mengajar bukan setakat anda memberi tetapi belajar memperbaiki diri supaya lebih perkasa. Elakkan orang berkata jangan mengajar itik berenang! Perkasakan diri, agar anda bukan mengajar itik berenang tetapi membawa itik tadi dimana adanya air untuk ia berenang dengan lebih selesa. Belajar, belajar dan terus belajar menjadi pemimpin yang hebat..

Orang selalu berkata ‘wait n see’ tetapi bila dipraktikkan ia akan menjadi see and wait, manusia lebih cenderung kepada melihat sahaja keadaan kemudian tunggu kesudahan tanpa mengambil tindakan akibatnya apa yang dirancang tidak akan menjadi dan sia-sia.

Setiap perjalanan memberi ilmu perlulah berbekalkan dengan tiga perkara iaitu:-

1. Memerlukan Strategi

2. Memerlukan Skills/Kemahiran

3. Memerlukan Teknik

Dari pengalaman menjadi seorang pendidik, sememangnya amat penting bagi memberi kefahaman, pemahaman dan pengertian tentang apa yang ingin disampaikan dan dalam perkongsian mengenai tiga perkara tersebut seseorang itu juga perlu tahu bagaimana memberikan satu impak yang berkesan kepada pendengar agar mudah untuk mereka memahaminya.

Seseorang itu perlu kreatif dalam menyampaikan hujah dan tidak lari dari objektif sebenar, pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk penyampaian samada dalam bentuk bunyi, gambar, perumpamaan dan sebagainya bagi memudahkan lagi pemahaman sebagai satu perantaraan antara penyampai dan pendengar.

Seseorang perlu tahu dan mendalami bagaimana menggunakan teknik SSSM (Show, Share, Sell and Motivate) agar apa juga bentuk penyampaian akan membentuk minda yang hebat dan segala apa yang disampaikan, akan sampai kehati. Maka, segala pemberian akan mudah diterima dan dapat diaplikasikan oleh pendengar dengan baik sekali.

Mungkin ada diantara anda boleh mengulas lebih lanjut berkenaan SSSM? mengikut pemahaman, kefahaman dan pengalaman pastinya perkongsian anda sangat berharga.

3 thoughts on “Belajar dan Mengajar

  1. Salam…

    SSSM (Show, Share, Sell and Motivate)

    Ada ilmu, kena praktikkan. Praktikkan dengan cara bertindak dan berkongsi kepakaran yang ada. Itu saya ulaskan untuk show dan share ..

    Untuk Sell and motivate ni apa yang saya boleh katakan di sini, apabila kita sudah ada kepakaran, ia boleh dikomersialkan. Dalam mengkomersialkan sesuatu, kita juga boleh berkongsi ilmu yang kita ada (pengalaman yang kita timba) dan sekaligus memberi perangsang kepada orang lain untuk meningkatkan motivasi diri.

    Itu pandangan sayalah..hehe..apa kata orang lain pula?

  2. Assalaamu’alaikum Wr Wb

    Apa khabar sahabat Muhd Suhaily ? Alhamdulillah, kembali bersapa di dunia motivasi yang menceriakan. Terima kasih masih sudi mengunjungi sahabat lama di belahan lautan. Mudahan semuanya kembali mencerahkan untuk perkongsian ilmu.

    Dalam dunia pendidikan dan penyampaian ilmu, kita perlukan keikhlasan dan ketulusan hati dalam memberi ilmu kepada sesiapa. Usah tamak dengan menyimpannya di poket sendiri. Ayuh,, keluarkan segala kemahiran yang tentu sekali memberi manfaat buat kita jika punya usaha untuk dikomersialkan. Tidak rugi mengiklankan ilmu dan ilmu itu dijadikan sumber rezeki.

    Seorang sahabat satu kelas semasa di sekolah menengah juga di universiti telah melepaskan jawatan yang sangat baik sebagai Timbalan Mufti hanya semata-mata mahu mengembangkan ilmu dan berkongsi dengan masyarakat. Beliau kemudiannya menubuhkan konsultan sendiri dan menjadikan usahanya sebagai pendapatan yang lebih baik kerana beliau memikirkan adanya keterbatasan jika masih ditempat yang lama.

    mudahan kita tidak sekadar melihat dan menunggu sahaja sedangkan orang lain sudah jauh menapak diri. Semoga saudara Muhd. Suhaily akan terus berjaya. Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

  3. blue datang menyemangatkan abang disana
    dan blue menyukai tata dan gaya berposting abang
    salam hangat dari blue

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s