Sahabat


Susah ke menjadi seorang sahabat? Itulah kata-kata yang diucapkan oleh seorang teman. Jika boleh, saya inginkan persabahatan ini biar sampai keakhir hayat. Amat senang mencari yang boleh ketawa bersama tetapi amat sukar mencari seorang yang sanggup menangis bersama. Tetapi bagaimana mencari dan menjadi seorang sahabat sejati? …sambil melihat riak mukanya yang bersungguh-sungguh untuk meminta pandangan dan buah fikiran, maka saya kongsikan untuk anda yang bergelar sahabat..tidak kira anda dimana, jauh dekat ataupun hanya di alam maya…ini adalah untuk anda…

Sesiapa pun yang kita kenali baru ataupun yang lama, mengenali seseorang harus mengetahui bagaimana menghidupkan suasana persahabatan yang akan membawa anda kepada teman baru. Apa yang diharapkan adalah kejujuran anda buat pertama kalinya apabila bersemuka dengannya, tidak kira samada cukup sifatnya, fizikalnya, perwatakannya atau tinggi dan rendah martabatnya itu semua harus diketepikan.

Jika ingin berkata sesuatu padanya, berkatalah dengan ikhlas dan jujur, jika ingin berkomunikasi, biarlah ianya lahir dari hati dan perasaan anda, kenalilah mereka, selamilah hatinya dan jauhkan dari nampak kepura-puraan. Berikan satu kualiti yang tinggi dari dalam diri anda agar minda mereka sentiasa menerima yang hanya berkualiti, pandangan yang berkualiti, andaian yang berkualiti, sikap dan sifat yang penuh dengan kualiti setiap masa. Biarpun hanya sedikit yang kita berikan dan curahkan namun jika semua itu berkualiti anda tentu akan diingati hingga keakhir hayat

Jadikan diri anda seorang pembimbing untuk akhlak yang mulia yang pasti memberi kesan yang mendalam terhadap diri mereka. Kita tentu dapat merasainya apabila sesuatu kebaikan itu dapat memasuki luar dan dalam seseorang sahabat anda. Memang betul bukan mudah menjadi sesuatu yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada sesiapa sahaja yang memandang namun setiap perlakuan, tunjukajar, perkongsian pasti menjadikan anda amat amat berkualiti dari pandangan luar dan dalam.

Jadilah diri sendiri, telah disebut tadi supaya jangan ada kepura-puraan dalam diri anda atau berselindung disebalik kulit buku yang cantik, elakkan diri anda seperti udang disebalik mee, memang enak untuk dirasa, sedap untuk dimakan tapi jangan biarkan apabila sampai keperut ianya menjadi batu yang sukar untuk dihadam sehingga apa yang ditelan akan menjadi satu penyakit yang pastinya akan memudaratkan sahabat anda. Percayalah, anda tahu siapa diri sebenar dan sahabat tentu akan lebih
dekat pada anda.

Tidak ada jalan untuk anda menyembungikan diri, bila mereka mengenali anda tentu mereka akan mengenali anda untuk selama-lamannya. Setiap kegembiraan dan kesedihan biarlah dikongsi bersama but don’t cross the line! Jadilah sebagai pengikut dan mengikut tapi elakkan diri anda menjadi pak turut. Bila anda telah katakan sesuatu dan tunjukan sesuatu, sahabat anda sentiasa mengikuti anda, menginginkan sesuatu kebaikan untuk membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi. Oleh itu, janganlah persahabatan anda putus hanya kerana perkara remeh temeh!.

Dengarlah sebelum berkata, selamilah sebelum membuat keputusan dan berilah penumpuan dengan sepenuhnya bagi setiap apa yang disampaikan oleh sahabat anda. Ingat, Be Interested not Interesting! Komunikasi yang berkesan akan membawa sesuatu yang sukar diduga! Itu adalah kebenarannya…lakukan dengan betul maka hasilnya tidak akan merugikan samada sahabat anda ataupun diri anda.

Apa yang ingin disampaikan hanya sedikit, anda mampu mengetahuinya. Dengan masa dan beberapa ketika yang digunakan dengan sebaik mungkin anda akan merasai satu perubahan dengan menjadikan sahabat anda mengingati anda buat selama-lamanya.

5 thoughts on “Sahabat

  1. masih perlu ikhlas kan diri..sebab terasa ada halangan antara kawan2..serasa macam takd e apae pun, tapi macam belum dapat betul2 dikatakan kawan…

  2. Salam Ann,

    Menilai seorang sahabat memerlukan penilitian dari individu tersebut melalui orang lain, orang disekeliling atau orang terdekat atau apa sahaja yang boleh digunakan sebagai pengantara antara anda dan sahabat.

  3. Tak ramai yang faham makna sebenarnya persahabatan. Sekarang, perkataan sahabat dah banyak tercemar.

  4. Salam Fatin,

    Perasaan iri hati kadang-kadang membuatkan jurang persahabatan menjadi renggang namun ada juga yang tersalah anggap apabila beranggapan disebaliknya maka persahabatan juga boleh menjadi lebih baik juga menjadi sangat dibenci antara satu sama lain.

  5. Assalaamu’alaikum

    Apa khabar Muhd. Suhaily? Berbanyak kemaafan kerana sudah lama tidak menulis di laman ini. Bukan tidak pernah untuk link ke mari selama ini. Kadang kala line tidak elok, ada ketika hati tak terlintas kerana urusan lain yang begitu mengamit dan ..ahhh.. hehehe, tak kan nak bagi banyak alasan yang lain lagi kot.. Namun sahabat, kau tetap dalam ingatan dan di hati ini. Thanks for being my friend. Saya amat menghargainya. selalu medoakan agar kekal selamanya. kalau tak bertemu di dunia nyata, mudahan dikumpulkan Allah swt di akhirat kelak bersama mereka yang menjalinkan ukhuwwah kerana Allah swt.

    Saya bersetuju dengan buah pendapat Muhd. Suhaily berhubung dengan persahabatan dengan sesiapa sahaja. Hadirnya seseorang individu dalam kehidupan kita merupakan satu anugerah Allah swt sedangkan sebelum ini, kita tidak pernah terfikir untuk bertemu dan bersahabat dengannya. lalu pertemuan itu berlanjutan dengan keakraban yang tulus dan ikhlas tanpa dicemari oleh sifat mazmumah yang menghiris hati.

    Sahabatku, Istilah sahabat, teman dan kawan tentu sekali punya definisi tersendiri. Menurut saya, kawan hanya sekadar pertemuan yang sekejap yang kemudiannya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan atau kerugian jika berjauhan. Teman pula, seseorang yang sudah rapat dan sentiasa berhubung dari semasa ke semasa walau tidak kerap dan selalu ada untuk kita jika kita memerlukan untuk menemani yang kadang kala mempunyai sebab musabab mengapa kita berkawan dan berteman dengannnya.

    Manakala sahabat pula adalah seseorang yang sanggup susah dan senang, menangis dan ketawa bersama walau di mana sahaja dia berada. Seorang sahabat sanggup berkorban untuk membantu sahabatnya sama ada dengan usaha, wang, fikiran, nasihat dan rasa kedekatan tersebut disalurkan dengan perasaan yang tulus dan mulia semata-mata kerana Allah swt. Selalu mendoakan kebaikan dan keberakahan hidu sahabanya. Berusaha untuk saling ingat mengingat dan hubungan persahabatan, sedaya usahanya dikekalkan sepanjang hayat.

    Muhd. Suhaily, tulisan saudara di atas, cukup mengesankan saya tentang erti persahabatan yang ikhlas dan tulus. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan Allah swt kerana saudara sudi untuk menerima saya sebagai sahabat walau bicara kita hanya secara maya. Namun kedekatan itu menjadikan kita seperti sudah kenal lama.

    Mudahan persahabatan kita ini kekal hingga ke akhirat walau suatu hari nanti akan ada kehilangan dan perpisahan yang tak mampu kita halang munculnya. Yang pasti, melalui setiap catatan kita di laman masing-masing sudah tercatat satu sejarah bahawa pernah suatu ketika dulu, sebuah persahabatan pernah dibina dalam kita melayari maya untuk mencari hikmah dan kebaikannya.

    Selalu ada doa buat kejayaan seorang sahabat di Ampang dalam urusan dunia dan akhiratnya, juga mudahan kebahagiaan serta kedamaian sentiasa melingkunigi kehidupannya. Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s