Wanita sebagai Blogger


Saya beranggapan ramai wanita di luar sana sama hebat dengan lelaki yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang blogger. Seperti yang kita lihat, kini ramai blogger dikalangan wanita yang mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang blogger yang hebat, hebat dengan perkongsian informasi, hebat sebagai perunding dan hebat sebagai penyampai maklumat secara live. Bukan sahaja kemampuan untuk berinteraksi tetapi sangat bagus sebagai seorang yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada penyelesaian masalah. Memang tidak dinafikan kebanyakannya wanita berblog menjurus kepada perkongsian diari kehidupan tetapi kini telah ramai yang berjinak-jinak kepada perniagaan secara maya.

Mereka ini terdiri daripada golongan pelbagai kelompok samada seorang guru, motivator, penceramah, peniaga, suri rumah, wanita berkerjaya dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui laman blog adalah satu laman untuk berinteraksi secara online, meluahkan pendapat, beramal jariah dan banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama wanita-wanita hari ini. Dengan menulis secara online, wanita kini telah membentuk satu komuniti yang besar di alam maya, bermula dari titik-titik kecil sehingga menjadi satu empayar yang besar dan kuat dengan sokongan rakan komuniti setempat.

Walaupun ada diantara mereka yang kurang dari segi teknikal tetapi semangat dan kemampuan mereka jelas dilihat hasil dari penulisan yang berkualiti dan mampu berdaya saing dengan laman blog yang dimiliki oleh kaum lelaki. Kekurangan kemahiran dari segi teknikal bukan penghalang untuk mereka menjadi seorang blogger yang berkaliber, jelas kelihatan penghasilan rupabentuk, saiz dan warna pada blog wanita hari ini amat memberansangkan.

Sememangnya apabila wanita menceburi bidang blogging, dengan mudah sekali bertukar-tukar pendapat, berkongsi idea, berkomunikasi, menambah rangkaian penggunjung di serata tempat bukan sahaja di malaysia tetapi luar negara. Jadi memang wajib mereka ini digelar sebagai seorang blogger yang berkualiti dan bukti yang kita sendiri nampak dan rasai ialah peningkatan dari segi pengunjung yang melebihi dari laman blog kaum lelaki ditambah lagi kebanyakan mereka yang melawat blog wanita hari ini adalah kaum lelaki. Itulah uniknya blog wanita hari ini….

7 thoughts on “Wanita sebagai Blogger

  1. Assalaamu’alaikum

    Datang sebentar lalu untuk membaca sepintas langsung.. nanti hadir lagi untuk mencari ruang bagi kekhusuyukannya pula. Penulisan yang menarik dan saya menyukainya.. Salam mesra selalu buat sahabat.

  2. Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah, saya sihat (cakap dulu agar tak ada yang penat bertanya khabar.. he..he.. ) Muhd. Suhaily pula bagaimana ? Hmm..hadir lagi untuk berkongsi ilmu yang hebat tentang Blogger Wanita yang mana saya merupakan antara jutaan di seluruh dunia mewarnai dunia maya digital ini.

    Wah… seronok juga bila ada lelaki yang berbicara tentang wanita ini, terutama tentang kredibiliti mereka dalam apa juga bidang. Yang menarik kali ini bila Muhd. Suhaily menyentuh tentang wanita sebagai blogger. Saya tidak pernah menyangka akan mempunyai blog sendiri. Hal ini disebakan saya tidak tahu bagaimana untuk membina blog dan memilih tapak mana yang sesuai.

    Semua ini berlaku atas asakan dan desakan Ketua Jabatan saya yang sangat memahami minat menulis saya kerana saya menjadi editor di jabatan saya dengan mengeluarkan buletin jabatan sekali sebulan. Hasil kesungguhan itu saya mendapat penghargaan dari institusi saya, rakan sejawat dan warga institusi kerana menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Saudara boleh menyusuri sejarahnya di sini..

    http://websitifatimah.wordpress.com/2008/12/07/hari-ini-sejarah-memulakan-kala-salam-dan-tulisan-bertaut/

    Akhirnya dalam tempoh hampir setahun di WordPress.com sebagai tapak ke dua sesudah Sosblog.com, saya mengorak langkah dengan gaya sendiri sebagai melahirkan bentuk perluahan di minda saya yang tersimpan khazanah ilmu sejak berkurun yang lalu. Tujuan dan niat membuka blog hanya satu sahaja iaitu menyebarkan ilmu dengan disertai kasih sayang dari hati yang dalam kerana Allah swt bagi menyambung silaturahmi antara sesama blogger walau di mana mereka berada.

    Alhamdulillah, empayar ilmu saya akan berusia 1 tahun pada 7 Disember 2009 ini. Insya Allah selagi ada waktu terluang saya akan berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. Itu sahaja sejarah hidup yang saya bekalkan buat generasi akan datang bagi mengingati adanya manusia bernama SITI FATIMAH AHMAD di muka bumi ini.

    Alhamdulillah kerana saudara amat menghargai komitmen blogger wanita dalam dunia maya ini. Dan pasti dalam kalangan kami yang tampak hebat dengan gaya tersendiri.. Tangan yang menghayung buaian pastinya akan menggoncangkan dunia. SYABAS untuk SEMUA BLOGGER WANITA. TERUSKAN PENULISAN ANDA DAN PASTI ANDA MEMILIKI POTENSI YANG BESAR UNTUK BERADA DALAM APA JUGA BIDANG MELALUI SALURAN BLOG ANDA. ANDA MENGKAGUMKAN SAYA.

    He..he..he… wah, semangat pulak ni… bimbang Muhd. Suhaily yang gementar dengan luahan blogger wanita nanti.. Oh ya.. sebab apa ya.. blogger lelaki suka brkunjung ke blog blogger wanita? Bagi saya bukan hanya kerana dia wanita, juga kerana ilmu dan pemikirannya.

    Mudahan apa yang saya tulis ini akan memberi ransangan kepada blogger wanita lain untuk serius dalam menulis dan membaca. Ok..ya.. itu sahaja, hmmm mahu sambung penulisan skripsi saya ni.

    Ole- ole dari saya sebagai penenang jiwa…Alam ini semakin indah jika hati kita menerimanya dengan kasih sayang setiap kali bingkas dari tidur. Lebih indah lagi saat sesudah membaca doa bangun dari tidur,kita selalu mengingat diri sendiri bahawa hidup hari ini adalah hadiah terindah dari Allah swt buat kita untuk terus berjaya sebagai manusia dan peluang untuk bertaubat atas segala kesilapan, lalu memperbaiki diri. Salam mesra selalu dari saya di Bangi buat sahabat di Ampang.

  3. Assalaamu’alaikum

    Sahabat dirai dan dijemput ke Laman Menulis Gaya Sendiri untuk menerima AWARD PERSAHABATAN – YOU’RE A GREAT BLOGGER sempena ULANG TAHUN PERTAMA laman saya. Salam mesra dari Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

    SITI FATIMAH AHMAD

  4. Salam Suhaily,

    Apa khabar? Betul tu. Sejak bulan 4 tahun 2009 ni saya berblog saya akui ramai wanita di luar sana yang mempunyai blog sendiri dan tidak kurang juga yang berniaga di alam maya. Wanita juga mempunyai bakat mereka tersendiri.Syabas saya ucapkan semua kaum wanita. Saya juga ingin menjadi seperti mereka yang berjaya menambat hati pembaca.

  5. Assalaamu’alaikum

    SAHABAT
    Walau…
    Langkah tak bertemu
    Tangan tak berjabat (perempuan sahaja ya)
    Ucapan tak terdengar
    Izinkan hati ini memohon maaf
    Atas segala…..
    Sikap dan lisan yang tak terjaga
    Janji yang tak terkota
    Hati yang kerap berprasangka (insya Allah tiada)
    Sepanjang setahun perkenalan kita
    Selama persahabatan kita terjalin di dunia maya
    Terima kasih atas kasih sayang dalam ukhuwwah yang dicerna
    Semoga kita selalu di dalam perlindungan-Nya

    SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1431
    Salam Awal Muharam dan salam manis dari saya di Bangi, Selangor, MALAYSIA.

    SITI FATIMAH AHMAD

  6. Walaikumsalam SF

    Terimakasih kerana menjadi sahabat tetap dan selalunya menjadi no 1 untuk melawat laman ini. TQ.
    Agak lama tidak melakukan kemaskini laman blog ini sebab tugasan harian yang kadang-kadang tidak menjangka akan datang dengan tiba-tiba.

    Betul tu saudari SF, ada diantara kita dan termasuk diri saya sendiri tidak pernah menjangka dan terlintas dalam fikirn yang suatu hari nanti akan mempunyai blog sendiri untuk menyuarakan pendapat dan perkongsian untuk semua pengunjung terutama di malaysia ini. Hal ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan dapat mengenali seseorang itu walau hanya di alam siber. Tidak menjangka orang yang tidak pernah kita kenal akan mengenali diri kita dan jika diizinkan pasti ada yang bertemu suatu hari nanti tanpa diduga.

    Apa yang menjadikan kita hari ini juga disebabkan sesuatu dorongan yang tidak pernah dijangka, dan kita sendiri tidak tahu sesuatu dorongan atau paksaan itu telah menjadikan siapa kita pada hari ini walaupun hanya segelintir sahaja tapi rasanya sesuatu yang berharga itu kadang-kadang sukar dilihat oleh diri sendiri. Segala rezeki itu datangnya darinya cuma mungkin ianya tidak datang secara direct tapi indirect atau melalui orang lain. ye tak?

    Sekarang ini, bukan sahaja lelaki yang berblog malah wanita juga mempunyai kemampuan utk berbuat demikian dan adakalanya wanita lebih hebat dari lelaki dalam berblog. Itulah juga kelebihan setiap wanita yang mampu menjadi daya penarik kaum lelaki, melalui pandangan luaran sahaja kaum lelaki dapat meyelami dalaman si wanita samada dari segi percakapan, penampilannya, kewarakannya, menjaga keperibadiannya, menjaga haknya, pegangannya dan wanitanya yang disukai apabila wanita itu suka mendengar.

    Mudah mudahan juga kaum wanita di luar sana akan terus bersemangat untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenar, banyak kelebihan jika diadaptasikan menjadi satu pengetahuan kepada semua kaum lekaki.

  7. Salam Nozi, Saya alhamdulillah sihat terimakasih,

    Terimakasih juga kerana selalu menatap laman ini, betul, banyak kemampuan yang boleh dilakukan oleh seorang yang bergelar wanita, dari penulisan sahaja mereka mampu bersaing dengan kaum lelaki samada yang ditulis berbentu pengetahuan atau perkongsian. Perniagaan juga kini sudah setanding dengan kaum lelaki yang mana wanita juga boleh di gelar jutawan suatu hari nanti.

    Banyak idea-idea yang disumbangkan telah membantu kaum lelaki untuk mencari ilmu dan tidak semestinya wanita yang bergelar surirumah tidak boleh digelar seorang wanita yang berkerjaya walaupun hanya dari meja makan, betul tak? banyak idea perniagaan yang muncul tanpa disedari samada mereka ini sedang duduk, memandu, menonton tv dan sebagainya. Seorang wanita yang berjiwa usahawan pasti akan melalui semua itu untuk terus bangun dalam usahanya membentuk diri seorang yang berjiwa korporat perniagaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s