Mencari Potensi Diri dengan berkarya


Mencari potensi diri bukanlah mudah yang disangka, jika ingin berjaya seseorang perlu mengetahui apakah potensi diri yang perlu diolah setiap masa agar apa yang diinginkan akan dapat dikecapi sebagai satu impian yang diidamkan selama ini. Pernah seseorang bertanyakan soalan, bagaimana mencari potensi diri? dan bagaimana mengetahui potensi diri dapat membantu diri seseorang individu untuk terus maju dalam bidang yang diminatinya? Adakah potensi dalam diri hanya perlu dilihat melalui kemahiran dan bakat? atau apa pula teknik yang digunakan oleh setengah golongan ilmuan atau individu untuk membongkar potensi diri seseorang?

Ada ilmuan menggunakan kaedah sains metafizik yang menggunakan nombor, bunyi, gambar, pembayang dan sebagainya. Namun ramai yang tidak sedar atau sedar tetapi tidak perasan bahawa penulisan adalah salah satu teknik yang digunakan untuk membongkar potensi dalaman anda. Segala penyampaian yang dilakukan berdasarkan naluri hati dan pemikiran, data yang diterima akan diolah hingga boleh dilihat melalui mata kasar dan boleh disentuh melalui gerakan minda serta dapat dirasai oleh sesiapa yang mengetahuinya.

Jika ditanya apakah kaedah yang saya gunakan untuk mencari potensi diri. Saya hanya menggunakan kaedah AUTOGENISIS + PEMBANGUNAN DIRI untuk menyelami hati dan membongkar potensi anda yang tersembungi melalui penulisan, penghayatan, pemikiran dan kemahiran. Tidak ada kaitan tentang ilmu kurafat atau syirik! apabila anda membaca pengisian ini, jauhkan diri anda dari pemikiran yang melanggar akidah islam, Insyallah, semoga kita diberkati selalu. Secara peribadi, kaedah yang saya gunakan mungkin ada kekurangannya tetapi jika dilihat sesiapa sahaja antara anda yang meminati bidang penulisan, anda sendiri boleh menilai keberkesanannya. Semua orang boleh menulis tetapi tidak semua yang kita tulis boleh memberikan getaran, aura dan kesan kepada si pembacanya. Sedar atau tidak anda sebenarnya sedang membongkar potensi dalaman anda hanya melalui penulisan samada dalam bentuk blog, artikel dan dimedia massa amnya.

Apabila anda menulis mengenai sesuatu perkara, ianya datang dari hati dan naluri pemikiran anda dan apa yang disampaikan adalah berdasarkan kepada kekuatan dalaman iaitu minat, keserasian, kemahuan, keinginan, impian, kemahiran dan bakat yang datangnya bukan secara semulajadi tetapi dibentuk hasil dari kemungkinan dan kebarangkalian genetik campuran salasila keturunan anda. Samada anda percaya atau tidak, anda boleh mengkaji dan mula menjalankan analisis terhadap diri bermula dari anda mula mengenali kedua ibubapa ,dunia dan alam sekeliling. Saya tidak mengatakan ia datang sebulat atau sebiji dari kedua ibubapa tetapi kebarangkalian datang dari seseorang yang mempunyai pertalian dengan anda. Tetapi harus diingat, jangan bersandarkan fakta semata-mata tetapi biarlah bersandarkan kepada andaian dan kemungkinan sebab jika anda terikat dengan fakta umpama anda menerima hukuman berat yang tidak pernah anda lakukan lalu tidak dapat berbuat apa-apa hanya menunggu hukuman dijalankan

Satu panduan yang berguna untuk kita kongsikan bersama ialah, jika ingin mengetahui potensi diri dan ingin mengenalinya lebih mendalam maka saya cadangkan anda perlu bermula dengan menulis, tulislah apa sahaja yang ingin anda luahkan, tulislah mengikut minat dan kemampuan, tulislah mengikut kemahiran dan carilah sesuatu yang menyeronokkan tanpa rasa bosan dan berkawanlah dengan idea serta kuasa minda anda agar segalanya dapat dibentuk melalui gambaran dan keluarkan ia dengan penuh keyakinan akhirnya anda sendiri akan melihat sedikit demi sedikit potensi dalaman anda. Apa pun, setiap potensi ada pasang surut sekiranya kita sendiri tidak mengetahui cara yang sesuai untuk mengodamnya dan rasanya ini adalah perkataan yang paling sesuai untuk membongkar potensi dalaman anda. Jika setakat godek dan mencari selalunya jawapannya sukar untuk dilihat tetapi jika anda mengodam pasti jawapannya dapat dibongkar.

Satu cara untuk membongkarnya adalah melalui penulisan blog dengan cara sistematik supaya penularannya lebih efektif. Dari apa yang kita lihat dan nilai, ramai orang sedang mencari potensi diri melalui penulisan artikel dalam blog, ada yang berjaya dan ada pula yang masih terumbang ambing, saya berikan satu contoh. Si A menjual sayur dan si B pun menjual sayur yang sama tetapi mengapa si A sahaja yang berjaya menjual sayurnya? Jika ditanya apa kelebihan A dan B, kedua-dua mungkin sama iaitu arif tentang produk masing-masing, tahu kelebihan dan kebaikan yang diperolehi oleh pembelinya tapi yang pasti salah seorang dari mereka kurang dari segi jualan disebabkan kekurangan dari segi pengodaman yang betul-betul berkesan dan tidak hairanlah sekiranya produk jualan tidak terjual walaupun anda arif tentang kelebihannya, fikir-fikirkanlah…

3 thoughts on “Mencari Potensi Diri dengan berkarya

  1. Assalaamu’alaikum

    Sejak tengahari tadi berusaha ke laman saudara Muhd. Suhaily.. dapat masuk tetapi selalu separuh sahaja yang dapat. Alhamdulillah, petang ni ada rezeki… dapat pula.. Belum baca lagi.. tetapi mata ni laju juga melihat perkataan-perkataan penting.. serasa saya mewarisi sebahagiaannya dari keturunan saya… Ah… menarik sekali… tak sabar untuk menulis.. sayangnya saya masih ada tugas yang perlu diselesaikan… saya akan kembali lagi nanti ya. Salam mesra dari Bangi.😀

  2. salam..
    sy bru kt sni..
    syok bca artikel pasal mencari potensi diri..
    sy bru lg dlm blog so harap dpt timba ilmu ngn bro kt sni..
    tQ!

  3. Assalaamu’alaikum

    Apa khabar saudara Muhd.Suhaily? Alhamdulillah.. dapat rehat sebentar dan selalu ingat untuk menitip pandangan dan kongian ilmu di sini. Yea… selalu penat dengan beberapa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Mudahan semuanya diberkati Allah swt. itulah kehidupan yang mesti dilalui tanpa ada sebab untuk berundur dan menyerah kalah.

    Membaca tulisan Muhd. Suhaily di atas, saya amat terkesan sekali. potensi anda sangat hebat dalam membongkar kewujudan fitrah yang ada pada semua manusia. Cuma manusia sahaja yang belum menyedarinya atau sudah sedar tapi tidak sedar (?… pening juga nak tulis ni) melalui cara salasilah mahupun dibina diri sendiri melalui daya kreativiti, inovasi dan minat yang mendalam.

    Jika melihat kepada fakta-fakta yang cuba dihuraikan, saya sudah lama memikirkan hal ini iaitu berhubung dengan minat menulis, membaca dan berkarya dalam bentuk apa sahaja yang ada pada saya. Saya dapati sebahagian dari keluarga saya mempunyai kekayaan minat dalam mencari ilmu dan menyebarkannya. Yang membezakan antara kami adalah cara mempersembahkan hasil karya masing-masing. Salah satu daripadanya saudara boleh merujuk artikel ini di laman saya berhubung dengan hal tersebut..

    http://websitifatimah.wordpress.com/2009/04/15/aku-dan-lelaki-melati-sarawak/

    http://websitifatimah.wordpress.com/2009/01/12/membaca-tulisan/

    Artikel-artikel yang saya tulis ini ada hubungan dengan minat membaca dan mencari ilmu serta menyebarkannya dalam kalangan keluarga saya.Tambahan lagi ramai dalam kalangan keluarga saya menjadi guru. ini menambah seronoknya kami kalau bertemu dan berbincang tentang isu-isu semasa dalam dunia pendidikan. CUMA MUNGKIN… untuk minat dalam menulis tidak ramai.. tetapi bila sudah bergiat dalam bidang penulisan di campur dengan kesungguhan dan kecintaan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman… hasilnya memang mengkagumkan.

    Saya hidup dalam keluarga pejuang bangsa dan bahasa. Saya dapat merasai bahawa saya antara dalam keluarga saya yang lain…. punya potensi tersebut yang “dilahir” dengan semangat cintakan ilmu walau di mana saja berada.. buku adalah taman indah yang mewarnai hati dan minda. “terdidik” dengan pemerhatian melalui pergaulan keluarga yang lebih dewasa yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan idea untuk menjadi manusia berguna.

    Alhamdulillah, keluarga saya diberi Allah dengan potensi sedemikian rupa. saya berbangga dilahirkan dari salasilah keluarga tersebut walau tidak semuanya berjaya dalam menyusuri jalan ilmu yang tidak semudah yang disangka, namun menjadi sebahagian yang mewarisi tinggalan tersebut sudah cukup menjadi kejayaan untuk diwariskan kepada generasi saya yang akan datang.

    Terima kasih dengan artikel Muhd. Suhaily ini, memberi peluang kepada saya mengenali siapa diri saya dalam menyusuri ilmu Allah swt dan menyelidiki susur galur keturunan saya yang sedang dalam kajian menjejaki sejarahnya setelah mendapat manuskrip berharga dari saudara saya yang jauh setahun yang lalu. saya juga ingin tahu mengapa aliran penulisan dan ilmu ini ,begitu dekat dengan keluarga kami. Alhamdulillah.. Allah Maha Hebat atas segalanya.

    Senang dapat menulis di sini. Mudahan Muhd Suhaily mendapat kekuatan untuk terus berjaya dalam menggerakkan gergasi yang sedang tidur di hati dan minda manusia. Selalu ada doa dari saya untuk sahabat yang bersemangat ini.

    Hmm… seperti biasa saya akan diiringi oleh Maher Zain dalam melayari internet sebagai sound track perjalanan melayari dunia maya agar tidak bosan membongkar khazanah yang terhidang di depan mata dan lalu berkongsi untuk mencoretnya di hujung jari. Nikmatilah keindahan melody dan senikatanya. Allah… sungguh mengesan jiwa dan menenangkan hati.

    http://www.imeem.com/people/5jEdHP/music/JLJERLtx/maher-zain-thank-you-allah-acoustic-version-bonus-track/

    Selamat petang dan ceriakan dunia kehidupan dengan hati yang indah dan senyum yang menyerlah. Salam mesra selalu dari Bangi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s