Apa kata isteri? Bila suami ada hati nak….


…kring kring (panggilan telefon) hello yangggg…, ni abang nak cakap sesuatu, memandangkan dalam syarikat ini masih ada empat jawatan kosong, satu telah diisi tinggal lagi tiga. Agak-agak bila tiga jawatan lagi itu boleh diisi ya?🙂 Sejak akhir-akhir ini abang agak sibuk sedikit menguruskan hal-hal syarikat dan macam-macam lagi lah…hummm… begini, hari tu abang sudah interview seorang calon yang boleh abang katakan mempunyai ciri-ciri seorang pekerja yang baik dan mempunyai kredibiliti yang tinggi cuma belum confirm lagi sebab abang nak meminta persetujuan dari ayangg selaku Bos besar nombor satu dalam syarikat ini.

Abang…bukan apa, apa yang abang lihat prestasinya semasa berkerja di syarikat lama dahulu amat memberansangkan, so elok juga jika abang nak ambil dia berkerja di syarikat kita, lagi pun mungkin suatu hari nanti dia boleh menjadi Bos nombor dua atau tiga dalam syarikat ini, tengolah nanti bila dah betul-betul confirm nanti abang war-warkan ye…ah satu lagi mungkin ada lagi bakal-bakal pekerja syarikat yang akan berkerja tidak lama lagi, tengolah kalau-kalau syarikat dah maju setapak lagi, kalau ikutkan bukan tak boleh ambil mereka sekarang ini cuma biarlah one by one agar lebih sistematik..

Antara sebab abang mengambil perkerja tersebut, selain dari prestasi berkerja di syarikat sebelum ini, dia memang seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab dan setiap kali bila datang kerja sentiasa awal dan yang bagusnya dia sentiasa balik lambat, inilah contoh seorang perkerja yang abang inginkan…lagipun syarikat abang sudah banyak projek dalam dan luar negara dan apa yang abang nampak pengalamannya sukar dicari dan dialah calon yang paling sesuai dalam syarikat kita buat masa sekarang…berbanding dengan perkerja sekarang ini yang kadang-kadang datang lewat, malas, makan je lebih sampai badan debab dan ada yang dah besor macam gajah tapi otak cetek…apa pendapat ayanggg? rasanya boleh ke????

Ah satu lagi…mungkin abang boleh berikan dia gaji yang setimpal mengikut pengalamannya beberapa tahun di syarikat sebelum ini dan yang lain sama seperti perkerja yang lain akhir tahun bonus pun dapat. Memandangkan ayangg Bos besar dalam syarikat kita tentu ayangg pun setuju kan? Nanti kalau rasa-rasa ayangg nak berjumpa denganya atau nak interview sekali lagi, nanti abang tetapkan satu temujanji baru. Yelah..bagi abang..abang dah setuju dan boleh panggil dia bila-bila masa cuma memandangkan ayangg pun mempunyai saham tertinggi dalam syarikat ini eloklah jika kita bincangkan dahulu…

p/s: si suami takut takut berani ke nak tambah kuota? jangan kena penampor sudah!! macam-macam…..

9 thoughts on “Apa kata isteri? Bila suami ada hati nak….

  1. salam,
    hehe..punye nak berelembut ngan bini sampai guna dua, tiga g pada ‘ayang’ tu..huhu..tu pun beleum tentu dapat izin tanda tangan memorendum..pe pun, kalau keduanye betul2 terangkan dengan baik dan timbang tara segala perkara, insya-allah ada jalan penyelesainya..kalau tak kahwin lain pun mungkin perlu perbaiki untuk diri isteri dan suami sendiri..hehehe..komen je, saya tak tahu pe pun:)

  2. salam suhaily..

    Pandai betul sisuami tu yer..bagi hint dgn cara terhormat..kalau kak zai senang jer..nak kawin2la..janji jangan kongsikan masalahnye tntg isteri mudanya tu dengan kak zai sudahla…Bercinta dengan Allah SWT lebih baik dari menyintai manusia yg tak pernah puas dan tak menjanjikan kebahagiaan sejati sebagaimana janji Allah pada hamba2nya…jadi utk mana2 lelaki yg teringin nak beristeri lebih dari satu tu…kalau cukup syarat mmg tak salah..tapi nanti kalau timbul masalah dibelakang hari dan semua isteri2 buat hal dan menambahkan masalah..tanggunglah akibatnya…sendiri makan pengat..sendiri mau ingatlah..!!!

  3. Salam,

    Wah,tajuk yang saya anti jugak ni.hehe.
    Kalau dulu saya kata,”ha..cubalah cari lain,saya kerat2 14 bahagian.”hihi..ngeri je dgr.
    Tapi sekarang,bila dia main2 perkara mcm ni(memang dia suka usik2),saya kata apa,”hmm,boleh kalau nak,nanti saya sendiri pinangkan.Takpe,nanti dapat payung emas”. Dia terus jawab,”Eh,takde lah,gurau aje.Tak sanggup aih nak tanggung ramai2.Sorang aje pun dah cukup.”🙂

  4. Assalaamu’alaikum

    Selamat pagi.. Apa khabar saudara Muhd. Suhaily? Maaf, hanya singgah sebentar. Tajuk yang menarik dan saya menyukainya.. tetapi belum membaca dengan lebih mendalam untuk difahami maknanya. Insya Allah akan hadir dalam beberapa ketika nanti untuk memberi maklum balas. Doakan kejayaan saya dalam menyiapkan tugasan dengan mudah dan diberkati Allah swt. Selamat berjaya dan salam mesra selalu dari Bangi.

  5. Salam Semua,

    Ann, Macam-macam style untuk menarik perhatian si isteri sebelum rahsia sebenar diketahui,mana-mana pun tidak ada isteri yang sanggup diperlakukan begitu melainkan ada sebabnya tetapi jika boleh biarlah suami yg pertama dikenalinya adalah seorang suami yang terakhir dalam dirinya.

    Kak Zai,
    He he he..taktiklah kot…bermadah-madah ni… :)Sambil menyelam sambil minum air, cuba nak jaga hati si isteri lah katakan…tapi kalau betul pun apalah salah kalau terus terang dengan isterinya, kalau bantahan yang diterimanya kenalah terima ye tak? sedih hati isteri kalau suami pergi kepada orang lain…tak nak pertahankan suami ke?melainkan suami dah….miang dan dah peduli lagi pasal keluarganya… jangan marah…🙂 gurau je, tapi memang betul jika si suami cari lain dia kena bertanggungjawab kedua-dua isterinya, tapi bila dah ada yang kedua maka yang pertama kekadang seperti tidak ada didepan mata dan kadang-kadang tidak dipedulikan, tetapi bila menghadapi masalah dgn isteri kedua akhirnya datang kepada isteri pertama untuk menambah bebanan kpd bibi number one…sesiapa pun mana isteri yang tak sakit hati dengan perbuatan suaminya jika diperlakukan sedemikian kan? Ingatkan berat sama dipikul tapi berat juga diterimanya…

    Susah susah dahulu, kemudian lagilah susah…isss betapa beratnya tanggungan yg dipikul oleh seorang isteri ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak yang masih kecil namun seorang isteri walau apapun yang terjadi matlamat hanyalah satu iaitu utk anak-anak agar mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti…

    Nozi, Isss…ganasnya…habis kena potong-potong macam sayur dengan bawang dipotong halus campur belacan ditumbuk lumat…suami di tenyeh-tenyeh..aduhhh…heheh..jangan risau suami tu gurau je..memang cam gitu sifat diaorang…suka mengusik manja..dalam hati siapa tahu ye..🙂 🙂

  6. Walaikumsalam Saudari Siti Fatimah…

    Selamat pagi, saya alhamdulillah baik seadanya…oh tak pe, dahulukan tugasan yang penting sebab masa tidak boleh diputar balik. Selamat menjalankan tugasan harian anda…semoga ceria selalu..

  7. Assalaamu’alaikum

    Selamat pagi hening subuh. Apa khabar saudara Muhd. Suhaily ? Masih penat lagi ni kerana urusan minda belum selesai…namun harus juga beristirehat dengan membawa minda ini ke dunia lebih ringan dan santai sebentar.. Pagi-pagi begini… otak masih segar dan cerdas untuk berfikir dan dapat memahami kata bicara yang ditulis. Apa khabar ? pasti hujung minggu dihiasi dengan kegembiraan bersama keluarga tersayang setelah berlama-lama menjalankan rutin pengajaran bersama insan-insan yang inginkan perubahan. Maka waktu berkualiti tersebut hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

    Hmmm… tajuk ini sangat menarik sekali.. Mungkin respon saya lain sedikit. Harap sabar membaca dan memahaminya. Alhamdulillah, saya berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam bab poligami ini sebab saya memahami mengapa poligami itu dibenarkan oleh Allah swt dan termaktub di dalam al-Quran tentangnya. Wanita harus berfikiran terbuka kerana konsep poligami ini diharuskan dalam Islam. Jika tidak ia seakan menentang perintah Allah swt. Wal’iyaazubillah.

    HUKUMnya HARUS SAHAJA. Bukan WAJIB ATAU SUNAT. Lelaki pula mesti juga faham tentang hukum ini dulu sebelum berkahwin lebih dari satu. Jika tidak, poligami hanya dilihat semata-mata berlandaskan cinta, nafsu, menunjukkan harta kekayaan, menonjolkan kuasa dan rasa bangga kerana dapat mengahwini si dia dan si dia yang menjadi rebutan seumpamanya. Yang menderita dan teraniaya adalah wanita juga.

    Sedangkan konsep poligami sebenarnya adalah UNTUK MENYELAMATKAN WANITA bukan MEMBUAT WANITA LAIN TERANIAYA. Kalau tak mampu dari aspek kebendaan, ekonomi dan lainnya..baik jangan lakukan..kalau hanya semata-mata kerana cinta dan seks sahaja..hal ini tidak akan mendatang kebahagiaan, malah mengundang bencana, kerugian dan dosa yang lebih besar. Lalu akan berakhir lagi dengan perceraian kalau suami tidak dapat mengendalikan rumah tangga. Oleh itu, sebelum berkahwin, lelaki perlu fahami dulu konsep poligami Rasulullah saw. Mengapa baginda Rasul saw ini berpoligami ?

    Sepatutnya wanita tak perlu takut..memang tak dinafikan ada perasaan tak suka, cemburu yang amat sebagaimana yang dirasai oleh Siti Aisyah r.a terhadap Siti Khadijah dan isteri-isteri Baginda saw yang lain. itu adalah fitrah wanita… Siapa yang mahu cintanya dikongsikan… ahh.. itukan fitrah. Sebenarnya, lelakipun begitu jugak. kalau tidak.. masa kan berlaku banyak kes yang melibatkan cinta tiga segi dan berakhir dengan kematian yang diakibatkan oleh cemburu sang lelaki. Sama sahaja perasaan itu… Cuma kelebihan dari segi agama, lelaki dibenarkan poligami.. itu sahaja.

    Tapi kalau hati kita mencintai Allah swt melebihi manusia dan ingatkan suami itu hanya kepunyaan sementara bukan pemilikan selamanya, ia biasanya akan lebih memberi ketenangan dan kedamaian bila memikirkan kecintaan Allah itu mengatasi segalanya. Dalam berumah tangga ni, sikap saling mempercayai, memahami, yakin terhadap perasaan pasangan masing-masing sangat penting. Banyak berdoa dengan Allah agar hati tidak mencurigai kerana menjaga hati sangat susah sebab hati tempat syaitan. Syaitan sentiasa mencari ruang untuk kemusnahan dan saling membenci dalam urusan yang melibatkan agama.

    Memang tidak dapat dinafikan..fitrah manusia mempunyai perasaan kasih atau sayang kepada sesiapa sahaja yang berhubung dengannya. Kedua-dua perasaan ini telah lama diserapkan oleh Allah swt sejak pertemuan antara Adam dan Hawa sebagai satu urusan hubungan sesama manusia agar manusia senang, selesa dan akhirnya menimbulkan perasaan saling mencintai. Tak kira dia masih bujang atau sudah berkahwin, perasaan itu sentiasa ada sampai bila-bila…hanya cara kita menangani sahaja yang boleh mengawal kita.

    Kalau sudah Allah takdirkan hidup kita berpoligami.. harus terima dan berlapang dada. Tentu ada hikmah.. bukan kerana kita menginginkan untuk mendapat payung emas, perak atau sebagainya… tetapi kerana ia adalah tuntutan IMAN. (saya lebih suka kalau ada hadis sohih tentang hal payung emas ini.. bimbang ia sekadar hadis dhaif yang memancing wanita untuk membenarkan poligami.)

    Perasann tidak boleh ditipu ..Tapi ada orang marah jika saya berkata sedemikian. Hmmm…Ya…betul tu…memang ada orang marah bila saya berkata demikian. Mereka tak faham sebenarnya tentang perasaan ni, kerana itu Allah MENGHARUSKAN lelaki boleh berpoligami kerana fitrah perasaan lelaki dicipta untuk menyanyangi dan mencintai wanita-wanita. Rasulullah saw sendiri mengakui amat sukar untuk mengadili masalah perasaan terhadap isteri-isterinya, kerana itulah kasih sayang tidak diletakkan sebagai syarat dalam keadilan dan kesamarataan dalam poligami.

    Dan tidak salah mengahwini anak gadis, jika ada ciri-ciri yang menepati kehendak ajaran Islam seperti berilmu, solehah, taqwa dan dapat membantu membangunkan rumahtangga dan meningkatkan kredebiliti suami di pandangan masyarakat untuk menuju keredhaan Allah swt, contohnya Siti Aistah r.a. Mungkin gadis yang menambat hati itu ada ciri-ciri yang diinginkan oleh sang suami, punya kesabaran dan pentingnya tabah dalam menghadapi hidup berpoligami..jika tak tahan dengan perkongsian hidup seperti ini, tentu ada yang mengalah dan tak serasi. Lelaki mesti mampu dulu, zahir dan bathin, menta dan fizikal. Harus ada ilmu kasih sayang. Barulah rumahtangga poligami bahagia.

    Ketidakbahagiaan rumahtangga berpoligami ini antaranya disebabkan tidak adanya kemampuan dan ilmu dari suami. mampu tu kan banyak cabangnya…Oleh itu, kalau suami ingin berpoligami, berbicaralah dengan hormat dan fahamilah hati wanita. Jika wanita yang faham konsep poligami, saya pasti dia tidak akan menolak.. malah akan memberi jalan setelah segala kekusutan dan sebab musabab ditimbang tarakan.

    Wah.. panjang juga respon saya ni.. macam menulis kat blog sendiri je…he..he.. Maklumlah tak menulis saat ni,otak pula sarat dengan idea menulis tajuk yang menarik ni… makanya, bolehlah menumpang kat blog Muhd. Suhaily… nanti kalau saya bicara tentang hal, saya kutip balik ye… harap diizinkan. Oklah… harap respon saya difahami.

    Selamat Berjaya dalam membidik hati-hati manusia menuju mercu kejayaan. Hidup ini penuh dengan khidmat, kesungguhan dan cabaran kan. Namanya khalifah fil ardh… tentu banyak hal yang perlu dilakukan untuk membangunkan jiwa manusia dan memakmurkan insaniah mereka agar faham mengapa manusia diciptakan untuk menghuni alam ini.

    Sedang menikmati lagu Maher Zain yang indah dan menawan iramanya . Silakan nikmati bersama saya dan mudahan kita mendapat kesedaran dan lebih mencintai Allah swt.

    http://www.imeem.com/people/EgTocUI/music/VSQGmPXX/maher-zain-open-your-eyes/

    Salam keceriaan di subuh dingin yang mendekatkan hati kepada Allah swt. Oh.. ya.. jangan lupa puasa sunat sebelum hadirnya Hari Raya Eidul Adha hari Jumaat ini. SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATHIN dari saya. Senyum seindah suria… nak sahur ni.. he..he… lapar pulak. Selamat bersahur dan Salam mesra selalu dari Bangi.

  8. Walaikumsalam,

    Saudari Siti Fatimah, Pertama sekali terimakasih dengan lagu yang disertakan sekali, sungguh membawa pengertian yang mendalam.

    Apabila membaca apa yang disampaikan ternyata anda juga seorang yang ilmuan dan berpengetahuan tinggi dalam soal kekeluargaan. Ilmu yang dikongsi bersama amat berguna sekali kepada sesiapa yang bergelar suami isteri dan jika direnungkan ianya banyak memberi pengajaran kepada mereka yang bergelar ibu dan bapa.

    Alhamdullilah, saya sihat sentiasa..dalam islam sebagai mengingatkan diri masing-masing pasti ianya tidak salah dan ia menjadi harus jika tidak disalah ertikan dan tidak dipergunakan. Memang diakui sesiapa sahaja yang bergelar isteri susah untuk menerimanya apabila dalam situasi begini sebab impian mereka hanya untuk sebuah keluarga dan seorang suami yang boleh membimbing mereka hingga keakhir hayat. Ini bukannya tentang perasan cemburu semata-mata tetapi seorang isteri apabila berkhawin dengan seorang laki-laki maka suami itu sahaja dalam hati mereka dan amat susah untuk menerima jika kasih sayang dikongsi dengan wanita lain.

    Saya mungkin tidak arif dalam bab kekeluargaan tetapi dari apa yang dilihat apabila seorang wanita bertemu dan berkhawin maka boleh disimpulkan bahawa kasih mereka hanya untuk seorang suami dan Allah. Mereka menerima seorang suami dengan sepenuhnya dan jika dia adalah suami pertama maka dialah juga suami sehingga akhir hayat. Jika pun berpoligami ini adalah satu perkara yang diharuskan dan perlu menerimanya tetapi laki-laki harus memainkan peranan dan tidak sekali-kali menyalahgunakan segala kelebihan yang dimiliki. Jika ditanya kepada laki-laki, mengapa berpoligami? Jawapan adalah ‘ikut sunnah nabi, tetapi bagi saya sekiranya jika mereka tidak boleh menjadi semulia Rasulullah lebih baik tidak berpoligami sebab sebuah rumahtangga yang bahagia pasti akan menjadi lebih buruk dan hancur dengan menjadi mangsa keadaan.

    Berpoligami harus dan wajib tetapi jika ianya disebabkan dengan hawa nafsu dan ingin mencari keseronokan lebih baik JANGAN dan itu adalah lebih baik. Bukan menyokong mana-mana pihak, tetapi seseorang harus mempunyai pemikiran yang matang demi kebaikan sebuah keluarga, dan rasanya jika berpoligami disebabkan oleh faktor tertentu suami isteri perlu memikirkan cara terbaik untuk kebahagian rumahtangga dan demi masa depan anak-anaknya. Jadi biarlah berpoligami mengikuti ajaran islam dan bukan dalam bentuk penipuan atau menggunakan taktik samada lembut atau kasar.

    Mengapa lelaki ingin berpoligami?? Adakah sudah tidak ada keserasiaan dengan isterinya? Adakah si isteri sudah hilang serinya? atau si suami sudah bosan tentang kehidupan yang dibina bersama? Memang susah juga apabila memikirkannya cuma mungkin orang yang boleh menjawabnya adalah yang lebih arif tentang hak-hak wanita dan isteri dalam kekeluargaan berpoligami. Kadang-kadang suami akan mengambil tindakan diluar dugaan yang mana ia bermula dari perkenalan dari seorang gadis,bermula hanya sebagai kawan dan nampak keserasiannya lalu timbulah bibit bibit suka kemudian sayang then bercinta walaupun ada setengah wanita mengetahui yang si lelaki sudah beristeri tetapi demi perasaan cinta dan sayang mereka akan sanggup mengambil risiko.

    Memang panjang untuk dihuraikan tetapi itulah hakikat yang sedang berlaku tetapi ini hanyalah pendapat. Mungkin ramai lagi isteri diluar sana mempunyai pendapat berbeza kan…? Apa pun artikel ini hanya satu perkongsian dan pendapat yang boleh ditapis oleh mana-mana individu. Ada berpendapat seorang suami dan isteri bukan untuk dimiliki, mereka bukanlah orang yang kita kenal sebelum ini masing-masing mempunyai pendapat, hajat, impian yang ingin dimiliki. Setiap kebaikan dan keburukan datangnya dari Allah dan dialah yang menentukan segalanya kita hanya merancang tetapi biarkan apa yang dirancang tidak memburukkan keadaan dalam kehidupan keluarga sendiri walaupun setiap yang dirancang itu kita tidak mengetahuinya samada keputusannya baik atau buruk.

    Setiap yang berlaku sperti berpoligami mesti ada musibahnya dan hikmahnya dan sebagai manusia kita seharusnya berkata apakah hikmah disebalik perkara ini terjadi bukan mencari keburukan tanpa usul periksa,seharusnya kita jangan melenting tetapi bersyukur kepadanya. Setiap yang berlaku juga tetap ada perancangannya dari maha kuasa.. Kepada suami,mungkin alasan berpoligami mengikut sunnah nabi jika mengikut ajaran islam memang benar tetapi jika berpoligami hanya kerana nafsu seperti seorang yang kelaparan dan kebulur sewaktu berbuka lebih baik jangan dituruti. Bila ingin berkhawin lagi lebih afdal jika berkata yang benar dan tidak perlu dikaitkan dengan sunnah sebab apabila berjaya kejinjang pelamin dan hidup dengan gembira maka dengan sendirinya segala suruhan dan mengikut sunnah akan timbul dengan sendirinya yang penting ikutlah amalan Rasulullah dan jalankan tanggungjawab mengikut sunnah nabi.

    Terimakasih…

  9. saya sangat suka dengan komen yang diberikan.. macam mana jika alasan yang diberikan.. nak tambah zuriat lagi.. kalau saya sedang hadapinya.. adakah saya patut redha saja dengan situasi ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s