Mencari Potensi diri yang dikaburi oleh minda sendiri.


Jangan lupa mengikuti bengkel laman web asas perniagaan. Klik Sini

Hai, Apa khabar?๐Ÿ™‚ anda buat apa sekarang? adakah anda sedang mendengar? atau sedang patah jangan ikut perasaan buatlah sesuatu seperti atau ada perkara lain? banyak perkara boleh anda lakukan tetapi yang pasti tidak ada jalan short cut!


Saya? “Saya tercabar dengan diri saya yang berfikiran jauh tapi kadang-kadang malu, saya mempunyai impian tinggi tetapi susah untuk mencapainya, namun saya mengubah dan melakukan banyak perkara baru dan belajar mengawal serta bertindak! Saya mencabar diri sejauh mana kelemahan dan kemahuan, analisis diri dan kini saya tahu kehendak diri dan hati, kepakaran dan kemahuan mebawa saya kepada anda untuk mencari potensi diri, anda layak untuk menerimanya…bongkarlah potensi anda yang tersembungi…”

Saya juga seperti anda, bukan berkuasa bukan juga super power tetapi saya dan anda mempunyai perbezaan dari segi kitaran hidup, anda hidup dengan cara sendiri dan saya dengan situasi sendiri yang saban hari meghadapi pelbagai dugaan dan rintangan, begitu juga anda kan? Kita tidak akan terlepas dari cabaran setiap masa, bukan hari ini sahaja malah esok mungkin cabaran lain. Hari ini belum selesai, esok cabaran baru sudah menjelma…Huh! sungguh perit kehidupan ini. Sebagai manusia kita perlu meminta petunjuk daripadanya, agar kita diberi ruang untuk bernafas, ruang untuk berfikir, ruang untuk membuat keputusan untuk setiap situasi yang hadir.

Ingin lulus dalam matapelajaran pun perlu ada ujian, samada lisan, karangan, ABC ataupun pilihan. Samalah dengan kitaran hidup kita, perlukan sesuatu jawapan yang pasti dan apabila mendapatnya perlulah menikmatinya dengan seadanya dan bersyukur pada rahmatnya. Kita tahu, sepedas mana pun dugaannya, Dia tidak akan menduga anda jika tidak mampu untuk mengharunginya, Dia lebih mengetahui, kita harus berserah kepadanya tetapi harus diikuti dengan usaha tetapi perlu juga menerima ketentuannya. Dengan itu, anda dan saya perlu berusaha untuk mencari kemahuan diri, mencari potensi yang hilang tetapi bersembungi dalam jasad sendiri. Jika anda jatuh, perlu bangun sendiri, jika saya disebelah kita bangun bersama, jika anda sendiri carilah kaedah lain yang mampu menyokong anda sebab saya tahu anda mampu.

Bezanya seseorang yang berjaya kerana mereka tahu menggunakan kemahiran dan bakat, jika bakat sahaja yang ada tidak mungkin membawa kita kepada kejayaan malahan ia akan membunuh diri kita. Ramai orang berkata, wah! dia jadi pakar sebab bakatnya yang terpendam tapi yang terpendam itu tidak mungkin terserlah jika tidak dijinakkan dengan kemahiran atau skills. Ramai orang boleh menyanyi, tetapi ramai juga yang gagal sebab skills kemahiran suara, alunan bunyi dan gelombang suara yang datang dari hati tidak kena pada sasarannya. Ada orang bertanya, bagaimana anda boleh membantu orang lain?Jika kita mempunyai skills dan bakat tetapi tidak tahu bagaimana mencarinya jawapannya tetap gagal, jadi kita perlulah mencari potensi diri terlebih dahulu, fokus dengan kemahuan masing-masing sebelum boleh menjadi guru atau sifu kepada anak-anak buah. Jika anda telah tahu potensi diri maka anda bebas memberikan apa sahaja kepada orang disekeliling anda dan hasilnya tetap mendapat pulangan tanpa kita sedari.

Allah berfirman, dalam Surah Ar-Rad Ayat 11. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri”. Jika mahu teruskan kemahuan anda, teruskan… jika tidak belajarlah mencari potensi diri mulai sekarang…jika anda telah menjumpainya olahkan resipinya agar ramai yang memesan menu anda walau di mana sahaja, di rumah atau sedang duduk berfikir monolog dalam hati…Bukan mencari kelemahan dalam kesempitan, tetapi mengajak anda agar sama-sama dapat mencari potensi yang tersembungi. Anda semakin hampir dengan kesempurnaan. Kebaikan akan sentiasa dikenang dari kedamaian yang dicari, jangan menyakiti teman-teman anda dan ibubapa, jangan berkata dibelakang mereka, jangan pula merasa sombong jika berilmu dan jangan mengharap balasan jika berjaya sebab ianya akan datang dengan sendiri.
Salam kejayaan saya untuk anda seorang sahabat, jika sudi bersama saya mencari potensi diri di…http://www.e-webniaga.com/ jika tidak, teruskan persoalan, nantikan jawapan dari saya..disetiap ulasan yang tersedia. Jika suka, war-warkan ilmu ini, sebab setiap kehidupan anda adalah praktikal dan realiti bukannya fantasi. Salam kejayaan sekali lagi, semoga anda terus maju mencari potensi diri. Amin…

11 thoughts on “Mencari Potensi diri yang dikaburi oleh minda sendiri.

  1. Salam…

    Bagus entri ni.

    Saya pernah diberitahu oleh sifu saya bahawa untuk mengetahui apa skill atau bakat kita ada 3 cara:

    1. Genetik (bakat ibu bapa biasanya menurun kepada anak2)
    2. Cuba ingat apa yang kita suka buat semasa kanak2
    3. Cuba ingat apa pujian yang kita pernah terima selepas membuat sesuatu perkara

    Saya juga baru habis membaca buku bertajuk “Apa Bakat Saya” tulisan Ahmad Naim Jaafar & Saiful Izzuan Hussain. Buku ini juga sangat sesuai untuk dijadikan rujukan tentang bagaimana hendak mencari potensi diri (walaupun rasanya target buku ini untuk pelajar sekolah, tapi saya rasa sangat sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja) Kesimpulannya, sekarang saya dah tahu apa bakat saya…cuma tinggal untuk dipolish dan ditambahbaik๐Ÿ™‚

  2. Salam, SR

    Pelbagai teknik dan cara penyampaian seseorang dalam mencari potensi diri sendiri dan orang lain. Namun 3 cara yang disebut boleh digunakan untuk mencari potensi diri yang sukar dilihat oleh diri sendiri. Jika seseeorang hanya bersandarkan fakta maka dia sukar untuk melihat dan bergerak dalam minda sendiri.

    Mereka akan mencari kebarangkalian dan kemungkinan agar fikiran boleh diolah menjadi cabang yang banyak kemudian bercantum di muara sungai. Mereka akan tahu apabila segala yang asing tadi bercampur menjadi tasik atau lautan, semuanya akan dapat dilihat disana.

    Ibubapa adalah resipi dan rahsia terbesar. Banyak kebarangkalian dan kemungkinan datang dari mereka 50% samada sikap dan kemahuan akan diambil dari kedua ibubapa atau lebih. Orang akan berjaya jika melakukan perkara yang disukai atau minati bukannya paksaan ataupun memaksa diri namun untuk menjadi terampil dalam bidang diminat mereka perlu tahu menggunakan teknik serta tahu mengaplikasi sesuatu perkara agar bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan.

  3. Assalaamu’alaikum

    (jawab soalan di atas dulu ni.. :D)
    Alhamdulillah, saya sihat. saya sedang menaip komentar sekarang ni…ye… saya sedang mendengar lagu KEPADAMU KEKASIH nyanyian M. Nasir.. bolehlah dengar sama-sama kat sini, sedap iramanya dan syahdu senikatanya.. menusuk hati..

    http://www.imeem.com/people/rE8B2XW/music/XfKqp1Bf/mnasir-kepadamu-kekasih-live/

    alhamdulillah, setakat ni tak adalah patah hati, semua ok dan selalu didik hati redha serta qanaah dengan apa yang berlaku pada diri. Allah jualah tempat segala pengaduan dan kecintaan. patah-patah lain pun tak ada juga. semuanya ok. Biasanya kalau saya resah gelisah, saya akan membaca al-Quran selama mana sehingga terbatuk-batuk, baru berhenti… sebab dah tak boleh baca lagi, khusyukpun dah hilang… he..he..

    Potensi adalah kurnia Allah dalam setiap insan. Ia merupakah satu fitrah yang sudah dibekalkan sejak azali lagi. bagaimana kita menjelmakannya ke ruang hidup kita merupakan satu usaha yang memerlukan keyakinan diri. ia tidak muncul dengan begitu sahaja tanpa digilap.

    Contoh paling mudah, semua manusia punya potensi membaca, menulis dan mengira. daripada tidak tahu, manusia menjadi tahu.. jika bakat menulis itu diserlahkan lagi maka dia berpotensi besar menjadi penulis terkenal satu hari nanti, begitu juga dengan memasak, menyanyi, menari, berlakon, berhujah, berpidato dll.. semua itu memerlukan usaha untuk digerakkan ke peringkat yang tinggi lagi. tanpa usaha.. tiada kejayaan bakal dikecapi.

    Oleh itu, mari kita mengenal potensi diri. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak ada potensi diri. melalui potensi diri, manusia akan menyegarkan jiwanya yang layu dan merasa bahagia dengan kurnia yang diberi kepadanya untuk berbahagi hikmah dan pencerahan ilmu kepada sesiapa sahaja. apabila kita mahu kejayaan dalam hidup, cuma satu yang dApat membantu iaitu USAHA.

    Tahniah saudara Muhd Suhaily atas usaha membantu manusia mengenal potensi diri walau sekadar sebagai penggerak luaran, namun jika ada kesedaran dari manusia itu sendiri, usaha luaran itu mampu menggerak kuasa gergasi dalaman. Salam mesra selalu. : D

  4. Assalamualaikum Suhaily,

    Thank you so much for sharing your inspiring article and Ameen to your du’a too.
    We should always bear in mind that in order to unlock the key of the hidden potential in us is not an easy matter; we need extrinsic motivation and also intrinsic motivation to be the force that can move us to discover and reveal our ability that we have within our minds, hearts and souls. To discover our own potential is actually a process that needs strength not only intellectually but also spiritually.

    Imam Ghazali (rh) says: ‘It is incumbent on every person who believes in Allah and the Last Day that he should not be oblivious of auditing himself. Every breath of life is a precious jewel which can buy eternal treasures. Wasting these breaths or using them for detrimental purposes is such a great loss which no intelligent person could justify. When a person wakes up he tells himself that the only commodity he has is his life. When life perishes all his capital perishes. This is a new day that Allah has given as a further opportunity to make amends. If He had taken his life away he would want to return for just a single day so that he could do good. So one should deem that one has died and has returned to the world for one more day. One should not waste these precious and invaluable jewels of life.
    The day has twenty-four hours. One should strive today and not become lazy and lethargic lest one loses the ranks of the highest rank of those in Paradise and forever live in regret.’
    Taqwa: The Provision of Believers by Imam Ghazali, Imam Ibn Qayyim, Ibn Rajab, Hanbali, pp. 24-25.

  5. Walaikumsalam, Saudari SF…gelaran baru pula ye…

    Terimakasih kerana menjawab soalan intro ya…๐Ÿ™‚
    Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti biasa, hummm patah patah tulang pun tak ada? semua ok? Ini mesti seorang yang tabah menghadapi segala kepahitan hidup…ya, saya setuju apa yang diperkatakan. Siapa diri kita ini kalau bukan kerana dia, segala yang kita miliki semuanya dari dia, segala perjalanan kehidupan adalah ketentuannya. Moga kita akan tetap sabar menghadapi segala onak duri sepanjang perjalanan menuju pembentukan diri menjadi seorang yang berilmu.

    Miskipun bacaan Al-Quran hanya setahun jagung, namun dengan kyusuk apabila seseorang itu membacanya ia mampu menyembuhkan segala penyakit dalam hati termasuklah hati yang retak terbelah empat…arahh…Memang betul potensi itu sudah ada dalam diri, ianya bukan bersembungi cuma terselindung dalam minda seseorang yang kadang-kadang tidak tahu siapakah dirinya sebenar, segala perlakuan tidak dapat dipastikan, keyakinan juga turut terjejas sehingga kelemahan mudah dilihat oleh orang sekelilingnya.

    Semua orang boleh lakukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh orang lain, bezanya hanya cara pembawaan, penyampaian dan pengolahan individu tersebut. Mereka dengan diri mereka, saudari dengan diri sendiri dan saya dengan cara sendiri tetapi adakalanya juga perlakuan itu ada persamaannya, itu sebab adanya wanita dan lelaki walaupun berbeza namun persamaan menjadikan mereka boleh melayari bahtera kehidupan bersama.

    Usaha biar sama rata, kemahuan perlu diasah untuk mencari potensi diri yang terselindung. Sama-samalah kita berusaha membangunkan prestasi melalui potensi dan keterampilan masing-masing, yang ada dikongsi bersama, yang kurang pun dikongsi bersama, yang banyak dibahagi-bahagikan. Hidup biarlah seiring, moga-moga berbahagia hingga keanak cucu ye…๐Ÿ™‚

    Oh ya, terimakasih dgn alunan muzik dan suara yang penuh maknanya…

  6. Walaikumsalam Nur,

    We know that deep down, no matter how hard something is, that it is absolutely possible to achieve anything but sometime people don’t really believe that they can do because they believe that it is just too hard to do, and not really worth it. As you said, not only intellectually but also spiritually.

    This powerful method of getting what we want is simply holding a mental picture of what we want in our mind, also known as visualization, simply close their eyes and develop a picture or perhaps in front of door looking over good future. People getting old but will they count their blessing?

    All of us need to be ready and willing to receive what the universe (I might prefer to say Allah) has in store for everybody. Believe and pray, the rest will come to any of us….

    Thank again, we share we show…selling or buy we will get it…

  7. Assalaamu’alaikum

    Apa khabar saudara Muhd. Suhaily? Lama juga tidak membaca idea-idea baru yang mantap dari saudara. Melihat kepada ini, tentu sibuk sekali dengan urusan konsultansi bersama insan-insan yang gigih berjuang untuk kemenjadian dan kebijakan mereka dalam mencari kejayaan hidup.

    Datang ni nak berziarah menjenguk tuan rumah jiran sebelah… datang nya juga bersama pantun berwadah, sila nikmati untuk sajian masa lapang terluang. kalau sudi membeli pantun dijual… alangkah baik daripada ia “free of charge aje”… he..he..

    Air pasang hujan di hulu
    Makanya mendung malam dan siang
    Hendak datang bercampur malu
    Jadi berlindung di balik tiang

    Kalaulah cukup berkain baju
    Mudahlah masuk ke helat orang
    Kalaulah hidup rajin membantu
    Dimana pun duduk sahabat datang

    Bintang di timur cuaca baik
    Cahayanya sampai ke hutan seberang
    Mulut manis hatinya baik
    Itulah budi dikenang orang

    Salam mesra selalu dengan keceriaan dunia yang indah dengan mentari, bulan dan kehijauan alamnya.

  8. Salam kembali sahabatku…

    Orang memberi kita merasa, bila menjual membeli pun sukar, bukan senang berpantun berkarat-karat, alamaklumlah…dulu BM nyawa-nyawa ikan.
    Saya cuba membeli…yg terkontang diam saja ye…

    Tangan ditadah jari sepuluh
    Menyambut sahabat berpuluh batu
    Tidak perlu merasa malu
    Suatu hari nanti hati pasti bersatu

    Di alam maya datang berziarah
    Hendak bertemu si puteri kayangan
    Berdoa kepadanya tempat hambah berserah
    Agar setiap langkah mendapat bayangan

    Biar jauh di seberang sana
    Lampu neon tetap memancar
    Bangun pagi apakan daya sidia nun jauh di sana
    Budi baik harap tidak tersasar

    Di beli sudah, harganya berpatutan
    Terimakasih kerana menjual, harapnya harga tidak meningkat…

    Terimakasih,

    MSG

  9. Assalaamu’alaikum

    Terima kasih atas balasan komen di atas.. harap masih relevan lagi dengan kehendak tajuknya.

    he..he..he.. Aduuhhh… lucunya pantun dilantun, tetap menarik dan bermakna.. Harganya tetap sama, tidak menyusahkan, mungkin masa akan datang ada diskaunnya yang berpatutan.. insya Allah, kalau ada kesempatan.. lagi sibuk ni.. sekarang masa rehat.

    Alhamdulillah, senang dan gembira kerana barang yang dijual habis dibeli dan saya balik dengan hati yang ceria serta bahagia…. makanya, hari ni nak makan malam kat Restoran Gearboox Warung Desa, Bangi yang terkenal dengan lazatnya masakan sup-sup perlbagai aneka rasa. he..he.. nak menghadiahkan diri kerana banyaknya “wang’ setelah berjual pantun dengan saudara Muhd. Suhaily.. heh… yang entah berapa banyak karat-karatnya… he..he..he..

    Terima kasih menceriakan hari sibuk saya dengan “kelucuan” saudara.. dari gaya bahasa dan penulisannya, saya dapat mengagak saudara ini insan yang periang, ceria dan peramah.. oppsss satu pulak lupa… lucu juga.. he..he..he.. senang dengan kata-kata saudara yang meriangkan. Sesuailah sebagai pakar motivasi.

    Mudahan selalu mendapat kemudahan dan keringanan dalam urusan berhubung dengan kemanusiaan manusia. JANGAN LUPA BERIKAN MEREKA DENGAN EMAS DAN PERAK. oPPSSS.. JANGAN SALAH SANGKA YA…Yang saya katakan EMAS itu adalah HATI Muhd. Suhaily yang suka berbagi hikmah dan pencerahan minda juga jiwa untuk disiram ke ruang wadah hati dan minda mereka.Yang saya katakan PERAK pula adalah KATA-KATA Muhd Suhaily yang penuh motivasi bagi menggerakkan kegelapan dan kekaburan buat mereka untuk terus hidup dengan gagahnya sebagai manusia di muka bumi ini.

    ITULAH POTENSI DIRI saudara yang sudah ke depan dan menjadi satu tanggungjawab untuk mambantu insan yang memerlukannya. TAHNIAH! dan teruskan perjuangan membina jati diri manusia di dunia ini. Salam mesra selalu dari Bangi.

  10. Terimakasih,๐Ÿ™‚ ya memang pantun yang melantun…itulah pantun seorang yang susah sangat nak berpantun..payah juga ya.. he he he…

    Oh ada diskaun ya…mestilah kan..banyak membeli belah di kedai Siti Fatimah, pelbagai boleh dipilih dan ada yang istimewa yang tidak dimiliki oleh orang lain, itulah kelebihan kedai anda..:)

    Mudah-mudahan kita sama-sama dapat memberikan yg terbaik untuk semua yg memerlukan ilham dan pandangan..Insyallah.

    Terimakasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s