Notepad & Buku Nota


Bila masa bertukar ganti, bila hari sili berganti, bila semalam cerita lain, adakah hari ini cerita yang sama? 24 jam masa berlalu, dari pagi hingga ke malam, setiap detik jarum tik tik tik tik, tandanya diri semakin berilmu. Adakah kita menggunakan sebaik mungkin masa yang diperuntukan? Masa dikejar cepat berlalu, masa terhenti bila menunggu dan dalam penantian, adakah setiap tugasan telah diatasi? Berjayakah kita membentuk diri untuk hari ini?

Disaat ini bila anda membacanya, sesungguhnya hari ini lebih baik dari semalam, semalam membayangkan impian, semalam membayangkan kejayaan, hari ini perubahan dikecapi hasil cita-cita semalam. Apa yang saya ingin sampaikan, berapa ramai diantara kita lebih baik dari semalam? Adakah sistem minda kita digunakan dengan sepenuhnya atau hanya menunggu perubahan datang menjelma tanpa tindakan susulan. Berapa ramai antara kita menggunakan kuasa minda untuk memiliki sesuatu dan menyelesaikan perkara dengan cara mudah dan lebih sistematik. Hendak dihafal, mudah terlupa inikan pula untuk mengingat, pasti segala tugasan tetap ada kesinambungan untuk esok hari akhirnya kita berjalan dengan paras air yang sentiasa melambatkan pernafasan dan terumbang ambing seperti dipukul ombak.

Menjadikan juadah semakin sedap, hidangan Notepad dan buku nota tetap dihati, menulis fakta mengikut kronologi agar resipi sentiasa dimiliki.
1. Tuliskan tugasan untuk hari ini, dahulukan yang penting dan selesaikan satu persatu.
2. Berikan masa setiap tugasan untuk diselesaikan dan bahagikan masa anda dengan perkara lain.
3. Displinkan diri, tetapkan masa dan selesaikan tugasan sehingga hasilnya dapat dilihat. Fokuskan turutan minda dengan bermula nombor 1 kemudian nombor seterusnya.
Tidak ada rahsia, resipinya mudah dan hasilnya ketenangan dalaman dan luaran. Cara yang mudah dan senang namun tetap efektif.

11 thoughts on “Notepad & Buku Nota

  1. Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah… selalu menjadi yang pertamaaaaaaaaazzzz. Ye ke ni…๐Ÿ˜€ Kalau teman- teman di blog saya, selalunya menjadi penulis pertama adalah satu penghormatan buat dirinya kerana dapat mendahului yang lain…. seronok juga melihat perlumbaan sihat dalam penulisan seperti ini. Ia akan sentiasa membina kekuatan diri dan memantapkan silaturahmi untuk perkongsian yang bertali-tali seterusnya.

    Berhubung tulisan saudara Muhd.Suhaily di atas… saya amat setuju dengan resipi itu. Ia memudahkan kita untuk melihat satu persatu tujuan hidup kita pada hari tersebut. Amalan saya begitulah dan memberi kesan yang amat tinggi untuk saya membina keyakinan diri bagi melihat kemampuan saya melaksanakan apa yang saya telah aturkan untuk pengurusan masa saya. Alhamdulillah berjalan baik walau ada kalanya kecundang juga.

    Biasanya setelah saya berjaya menyelesaikan semua perkara (walau ada juga yang tidak dapat dipenuhi atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan), saya akan “menghadiahkan” diri saya dengan membawa diri ke tempat-tempat yang menggembirakan saya sama ada ke pusat membeli belah, ke kedai buku atau ke restoran dan kedai-kedai makan terpilih. Ini dilakukan sebagai satu kepuasan atas khidmat diri sendiri atau membantu orang lain.

    Sekarang sangat mudah untuk mencatat sesuatu sebagai ingatan dan panduan kita.Selain dengan kertas, note pad dan buku nota, adanya teknologi terkini seperti khidmat telefon mudah alih, PDA, MP3 atau MP4 atau alat komunikasi yang sejenis dengannya akan memudahkan perjalanan hidup kita. Oleh itu, apa yang baik untuk kita, gunakanlah sebaik mungkin selagi ia tidak memudharatkan kita dan melalaikan kita kepada Yang Maha Esa. Salam mesra dan ceriakan dunia ini dengan keindahan warna-warna pelangi kasih sayang sesama manusia melalui persahabatan dan persaudaraan sejagat.๐Ÿ˜€

  2. Walaikumsalam,

    Jadi yg pertama, tak mungkin jadi kedua, harap menjadi pertama selamanya..๐Ÿ™‚
    Saya pun ingin menjadi pertama tapi akhirnya menjadi yang ter ke belakang…namun masih mengejar walaupun lambat macam siput.๐Ÿ˜›

    Andai PDA, MP3 + 4 boleh diperolehi wah, bertambah senanglah kerja setiap hari, tapi…. apakan daya mobile RM200 mampu dibeli sebagai perkongsian maklumat terkini.๐Ÿ™‚

    Setiap kita sure ada yang terbabas, samalah dengan saya, ada juga kerja berejam utk disettelkan, itulah lumrah hidup ada pasang surutnya, adakalanya senang bila semuanya cepat untuk dibereskan. Apa pun jadual amat penting dalam kehidupan harian kita.

  3. Assalaamu’alaikum…

    Saya fikir saudara tertinggal satu lagi angka sifar (0) pada Rm200 itu… sebenarnya RM2000…. he….he… . Selamat pagi dan selamat bersarapan dengan nutrimen yang menyihatkan dan memberi kesegaran serta kekuatan pada minda juga jiwa. Selamat berkarya untuk memenuhi jiwa manusia dengan kebaikan. Salam mesra selalu dan ceriakan dunia manusia dengan cahaya. Yang perlu dilakukan adalah memberi cahaya yang terang bukan memberi kepanasan. Salaamullahu ‘alaikum wa barakallahu lakum.๐Ÿ˜€

  4. Assalamualaikum,

    MashaAllah, it’s amazing to read your articles, the spontaneity flow of your words and phrases reflect yourself as a natural motivator.Alhamdulillah Allah has given you the ability as your creativeness triumph with intelligence and embroidered by reality and furnished naturally with wisdom.Praise Allah for giving you the eloquence of conveying your thoughts.
    ” There is no strength or power except by Allah, the Most High, the Greatest”
    Lahaula Wala Quwwata illa billahil AliYil Azeem

    Saya mengerti bahasa melayu, cuma lebih suka comment in English.

  5. Assalaamuโ€™alaikumโ€ฆ Nur

    Thank you so much for dropping by my blog, We may created this road path and we have designed the layout of these field all over the world. We see colourful people around us and the miracle of foods and fruits, but where did the colour come from?
    I am nobody without Allah, This is the truth of Islam.. Thanks for sharing Nur

    Walaikumsalam,
    Saudari SF, Dimana agaknya angka sifar tu? Mungkinkah RM200 dan RM2000 ada perbezaannya? Jika 200 adakah saya berfikir 200 cara dan dengan 2000 mungkinkah saudari berfikir 2000 cara? heheh..๐Ÿ™‚ Anda memang hebat, saje.. juadah dipagi hari.

  6. wah bagusnye blog ni. satu benda baru yang menarik. artikel yg best. tahniah

  7. Assalammualaikum Sdri Zahida,

    Terimakasih kerana melawat, blog anda pun menarik juga sebagai informasi kepada yg baru dlm alam maya.

  8. Salam Suhaily,

    Mmg mantap sekali pakar motivasi kita ni.Sorry la lama betul Nozi tak masuk blog ni. Ni baru berjaya masuk ni. Baru install Mozila.Huhu.

    Blog berwajah baru nampaknya. Saya pun rasa seronok lihat the new theme ni.

  9. Salam,

    Terimakasih kerana berkunjung ya, cuba utk theme baru utk merasai suasana rumah baru. Oh ya, bagaimana dgn peniagaan? harap semuanya berjalan spt yg dirancang…kay, sampai jumpa lagi..

  10. Salam..

    Saya masih lagi bertatih dengan perniagaan di internet ni. Belajar dan cuba apa yang boleh dahulu.

  11. Saya pun sama juga, online biz ini memang terlalu baru bagi saya, apa pun kita sama-sama berusaha utk mencapai impian dlm bidang perniagaan internet. Insyallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s