Antara rahsia dan resipi


Melakukan sesuatu untuk kejayaan tidak ada rahsianya, ada pun kejayaan yang dikecapi tidak ada satu pun rahsianya melainkan hanya resipi ,caranya dan tekniknya. Manakah yang lebih afdal, buatkan segelas kopi atau bagaimana membancuh segelas kopi? Jika teknik dan langkah yang betul sudah tentu rasa dan aroma kopi tadi memang sedap. Sememangnya melakukan seseuatu perkara jika dilakukan dengan betul, cara dan teknik yang teratur maka segala-galanya nampak menjadi. Tidak semestinya jika membuat pelaburan ribuan ringgit kita boleh mencapai kejayaan. Apa yang kita perlukan hanyalah perkara asas untuk setiap perkara yang ingin dilakukan, jika kita menjalankan perniagaan gerai, apakah peralatan asas yang diperlukan, apa pula produk yang sesuai untuk dijual, tenaga kerja, kewangan, pemasaran dan banyak lagi yang difikirkan perlu untuk tujuan perniagaan kita

Olahan ini bukan sahaja mengenai perniagaan bahkan resipi, cara dan teknik ini boleh juga digunakan untuk membantu menrealisasikan impian kita. Samaada kita golongan bawahan, pertengahan atau atasan atau samada anda seorang surirumah, pelajar, pekerja, berkerja sendiri semuanya boleh dilakukan asalkan mengikut langkah dan cara yang betul. Kebanyakan ada diantara yang ingin mencapai impian dengan cara yang singkat dan sanggup membuat pelaburan ribuan ringgit namun akhirnya apa yang diimpikan tidak satu pun yang mendatangkan kebaikan dan jelas dilihat kejayaan masih tidak dapat dikecapi malahan kerugian dan semangat semakin menurun menjadikan perjuangan akan terhenti ditengah sedang kita berusaha untuk berubah menjadi seorang yang boleh dibanggakan oleh orang lain.

Apa yang ingin disampaikan adalah, setiap hari kita semakin sibuk, setiap kali mencari sesuatu disebalik kelemahan, setiap kali ingin melakukan sesuatu yang baru namun hasilnya tetap sama. Apa pun harapan untuk melayari bahtera perubahan semakin pudar jika hanya mengharapkan sesuatu perkara itu menjadi kenyataan tanpa memikirkan resipi, cara dan teknik yang betul. Akhirnya ianya tetap sama dari dulu hinggah kini. Kita boleh belajar, kita boleh melabur, kita boleh mencuba namun harus dilakukan dengan tindakan susulan, cara, teknik dan memiliki resipi yang benar-benar berkualiti agar apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Kita tentu boleh merasakan apabila seseorang yang datang ke tempat anda dan tidak akan datang kembali walaupun dengan menoleh pandangan sekali pun orang itu tetap tidak menghiraukan lambaian dan teguran kita.

Secantik mana pun tempat anda, sebaik mana pun produk anda jika tidak memiliki seperti yang diterangkan tadi maka jawapannya tetap sama. Apa yang diterangkan tadi sudah tentu mempunyai moral dan kebaikannya. Jika anda ingin tahu, moralnya adalah…..biarlah anda sendiri yang menjawabnya sebab setiap manusia mempunyai kelebihan dan setiap kelainan menjadikan kita seorang yang unik dari yang lain. Sahutlah cabaran anda sekarang…..

7 thoughts on “Antara rahsia dan resipi

  1. Penulisan yang bagus. Terimakasih kerana berkongsi ilmu

  2. Assalaamu’alaikum

    Saya setuju dengan pendapat saudara. Kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa mengambil sebarang risiko. Setiap jalan menuju kejayaan ada risikonya. Untuk mengurang risiko tersebut, kita harus mebina strategi, perancangan, kaedah dan teknik tertentu. Dengan cara tersebut, peluang untuk berjaya akan mudah digapai walau ada halangan yang bakal dirempuh. tapi jika cukup segala bekal, apapun cabarannya, akan dapat diatasi dengan rasional dan penuh keyakinan.

    Untuk berjaya, bagi saya resepinya adalah BERANI, YAKIN DAN TIDAK MALU. Berani mesti ada dalam diri manusia. Tanpa keberanian, manusia akan lemah dan putus asa. Yakin pula menjadi penguat semangat bahawa apa yang dilakukannya adalah betul, benar dan bermanfaat. Yakin mesti dibina dengan kekuatan hati dan minda. Mana kala Tidak Malu… menjadikan sesorang itu lebih cepat maju daripada si pemalu. Bak kata pepatah… malu bertanya sesat jalan… walaupun malu disabdakan oleh Rasulullah saw sebagai sebahagian dari iman. malu tersebut lebih menjurus daripada melalkukan maksiat dan kejahatan.

    Tetapi malu untuk berjaya, amat merugikan kita. Banyak perkara akan tertinggal jika kita malu untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya menjadi kewajiban kita dalam mnbguruskan kehidupan yang lebih wajar dan sesuatu dengan kedudukannya. Saudara MuhdSuhaily, artikel ini sangat membantu membina manusia supaya berfikiran besar terhadap dirinya dan kejayaan yang bakal diperolehi. Terima kasih, tulisan saudara di laman saya, dapat membantu mendidik hati dan minda manusia berfikir, jika mereka faham apa yang kita ingin sampaikan melalui tulisan kita. Salam mesra penuh takzim.😀

  3. salam kenal pakcik

  4. senang berkenalan dengan pakcik.

  5. Assalamuaalaikum tuan,

    dari blog motivasi-kerja terus singgah di sini. Wah! hebat orang di belakang tabir blog ini.

    Pengalamannya banyak dan wawasannya besar.

    Kebetulan kita mempunyai minat yang sama, iaitu ingin menggali potensi diri, dan membantu orang lain melakukan perkara yang sama.

    Salam perkenalan dari saya, moga kita akan jadi kawan, malah tidak mustahil juga sebagai Business Assocites satu ketika nanti

    salam ceria & inspirasi

    Fathuri
    “pemburu impian”

  6. Salam, Sobatsehat & Gemstone..

    Terimakasih kerana datang berkunjung, semoga persahabatan terjalin walaupun jauh beribu batu. Semoga kita semua mendapat apa yang terbaik sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

  7. Salam, Fathuri..

    Walaikumsalam, terimakasih juga kerana berkunjung. Apa yang terpapar sebagai panduan kita bersama. Yang baik disimpan, jika ada kekurangan perkongsian adalah sebaiknya. Jika minat sudah disemai, ayuh berjuang membina watak, potensi diri dibina bersama, agar otak sentiasa cergas.

    Terimakasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s