Duduk, berdiri lalu bercakap


Jika duduk mungkin itu lebih baik, jika disuruh berdiri dan bercakap? Adakah itu lebih baik dari duduk? Jika telefon berdering, Bos meminta anda supaya berucap atau menyediakan laporan lalu membentangkan dihadapan pegawai berpangkat lebih tinggi? Sekarang apa yang anda fikirkan? benak hati anda tentu berkata ‘tidak’ tetapi minda anda berkata ‘Ya,ok saya boleh lakukan tapi…..’

1. Siapa mereka yang menanti kehadiran anda sepagai speaker? buat kajian..
2. Tanya soalan pada diri anda. Mengapa saya? Kenapa? tentu anda mempunyai kelebihan…buat kajian
3. Kebenaran realiti. Apakah situasi semasa yang berkaitan dengan pembentangan anda…buat kajian
4. Tulis apa yang ingin diperkatakan tetapi jangan membacanya…pemahaman dan kefahaman itu yang penting…
5. Berceritalah apabila berhujah,emosi mereka akan dapat menyelaminya…
6. Ketahui apabila bercakap dan berhenti..ada masanya berehat lebih baik dari teruskan perjalanan yang kita sendiri tahu masih jauh…

p/s: Anda akan lebih dikenali dengan kelebihan dalam diri. Bercakaplah seperti anda tahu segala-galanya..Jangan ketingalan seminar terkini: Jangan terkejut!

6 thoughts on “Duduk, berdiri lalu bercakap

  1. hurm.. ms presentation case study utk final year hari tu, sy cuba bcakap dgn yakin. selalunya bila tunjuk muka yakin, mjawab sesuatu pertanyaan dgn yakin, pihak penilai lebih impress dgn penyampaian kita.. hehe..

  2. Salam, Zai…
    Terimakasih singgah ke blog ini, saya setuju…penyampaian sesuatu hujah dengan keyakinan yang tinggi serta pengolahan kandungan yang sahih adalah salah satu mata point dalam persembahan. Penyampaian yang baik dari segi kejelasan,bukti,olahan,bahasa tubuh amat memainkan peranan yang penting bagi membuktikan kita mampu membawa satu fenomena baru dan boleh diadaptasikan sebagai suatu pembawaan kepada generasi akan datang.

  3. thnx to leave a comment in my ‘MUTIARA’..
    saya cuba untuk brcakap dgn yakin di hadapan org ramai dan alhamdulillah, saya dapat tahu apa faktor yang boleh buat saya yakin di hadapan orang ramai.tapi kekadang saya lost point sebab saya cakap terlalu laju dan otak tak smpat nak fokus apa yang saya cakap sebenarnya..Yg pnting yakin dan tahu apa yang kita nak cakap..Setiap kali soalan dituju oleh kawan pada saya, walhal saya tak tahu, saya cuba berikan jawapan yang saya tahu, tapi jawapan itu memang masih samar bile diletakkan perkataan “Aku rasa”, “Pada pendapat aku”, “Setahu aku”..em, pengetahuan tu peting..terima kasih

  4. Salam fahana, TQ sebab sudi singgah ke blog ini,Betul itu, bila pengetahuan sudah bersemi, bila keyakinan telah sebati segala apa yang ingin dirungkai dan penghantaran maklumat akan memudahkan perjalanan, umpama semakin besar ruangan semakin banyak muatannya. Kekurangan pengetahuan,namun bila disoal kita akan cuba memberikan yang terbaik walaupun getaran bibir dan hati jelas kelihatan.

  5. bercakaplah seperti anda tahu segala-galanya…
    lalu bagaimana dengan pepatah “diam adalah emas”?

  6. Salam Ifah,terimakasih dari seberang…

    Diam adalah emas, bila mana anda diam tidak semestinya orang akan melihat kita tidak mempunyai kelebihan. Dalam diam sebenarnya kita mula menyimpan idea idea yang datang tanpa kita sedari, maknanya tindakbalas minda dan otak akan mencari kelebihan,kekuatan dalaman anda yang mana ia sebenarnya telah ada cuma tidak dikeluarkan semasa kita sedang bercakap ya.

    Daya pemikiran minda akan sentiasa berjalan dan mewujudakan idea baru disamping memperkasakan lagi idealogi anda. Mulut kita akan diam namun minda anda bergerak dan mencari fakta yang akan anda gunakan bila tiba masanya nanti. Berbanding dengan orang lain,mereka yang tergolong seperti ini sebenarnya jenis yang banyak mengkaji tentang isu-isu yang dibangkitkan kemudian menjadikan satu fakta yang bernas mengikut keadaan semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s