Adakah anda gementar/gemuruh?


Bagaimana rasanya bila berhadapan dengan orang ramai?Apakah reaksi anda bila diminta untuk memberikan ucapan dihadapan puluhan manusia yang mengharapkan anda boleh memberikan yang terbaik dengan isi kandungan,pengetahuan,buah fikiran dan perkongsian yang mampu diterima oleh penonton anda. Sudah tentu anda sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka bukan? namun jika sebaliknya…tentu banyak persoalan yang akan menyusul dalam minda anda.
Bagaimana agaknya untuk menghilangkan rasa gemuruh?Saya pun sama seperti anda waktu mula-mula menjejakkan kaki dalam dunia yang sering berhadapan dengan pelbagai golongan dan kelompok manusia yang mempunyai pelbagai karena dan kemahuan.

Sudah tentu ramai diluar sana yang mempunyai pengalaman dan pernah menghadapi situasi seperti ini. Apa yang perlu anda lakukan? bagaimana memulakan komunikasi dengan penonton anda? Tidak kira samada anda sedang berhadapan secara individu,bilik seminar bersaiz sederhana,secara kumpulan atau dengan penonton yang tidak terkira ramainya tentu perasan gementar akan menyelubungi diri anda menyebabkan kelemahan dalaman anda akan sentiasa terpancar. Tentu sebelum memulakan talk,perkara pertama yang bermain dalam minda ialah ‘ tarikh nafas panjang panjang lepas tu lepas….relak, tenang arghh…lepas itu hembus nafas anda…tetapi adakah dengan cara seperti itu boleh menenangkan jiwa dan perasaan anda? Jika anda baru dalam bidang ini,tentu cara ini kurang berkesan bukan? Apa sahaja yang anda ingin lakukan, be prepare….

Untuk menjadi hebat bila berucap dihadapan pelbagai golongan masyarakat, tiga perkara harus diambil perhatian. LatihBerlatihMelatih. Lakukan sehingga anda benar benar yakin. Anda mungkin sentiasa gemuruh sekiranya tidak diwujudkan keyakinan diri terlebih dahulu. Kesempurnaan adalah lebih baik dari mengharap, maknanya kebanyakan manusia gagal disebabkan kita sendiri tidak berani untuk gagal! (The brain has an inherent ability to store any emotions, be it negative or positive)
Jangan ketingalan seminar terkini: Klik-Jangan terkejut!

5 thoughts on “Adakah anda gementar/gemuruh?

  1. Salam Sir Suhaily,
    Mmg kadang2 terjadi juga pada saya..jadi gemuruh semacam bila terpaksa naik kepentas terima award atau bila dipanggil secara tiba2 utk buat ucapan..mmg berterabur abis ayat2 semua..

  2. Salam ziarah en. suhaily… wah.. bnyk motivasi lah kat sini.. sy masih lagi ada sifat gemuruh bila berhadapan dgn org ramai.. bila bercakap macam bergetar2 plak.. huhuhu.. sy add link blog ni ye.. (^__^)

  3. Assalammualaikum,
    Zai: Terimakasih sebab selalu singgah ke blog ini,KEYAKINAN adalah satu hadiah yang perlu dicungkil,diasah dan diolah. Kita harus selami ketakutan dan perlu menghadapi realiti bahawa ianya adalah satu kebiasaan dalam kehidupan…Gemuruh ini adalah normal,siapa-siapa pun alami gak macam saya dulu dulu..bukan saja ayat berterabur malahan tulisan pun boleh jadi huruf lain…

    Faarihin: Terimakasih sebab sudi link blog ini,apa pun gemuruh ini biasalah memang mula mula macam itu tetapi ada org walaupun dah lama berucap dihadapan orang tetap masih gementar. Selalunya bila kita disuruh berucap secara tiba2x atau mungkin sehari dua lagi akan mengadakan persembahan sure kekadang perasaan gemuruh sudah membuak-buak dan dari situ gak keyakinan diri akan terganggu,boleh tak saya buat? takutlah…seram sejuk pun ada…

    Kalau ikut kajian pun, speaker yang dah lama pun akan ada perasaan gemuruh bila berhadapan dengan orang ramai namun dalam beberapa minit perasaan gemuruh ini akan hilang sebab mereka mampu mengawalnya, sebab?
    1. Pengalaman
    2. Tahu bagaimana mententeramkan perasaan gementar dengan cara menjauhkan apa sahaja benda yang boleh dicapai dgn tangan. Elakkan..
    3. Biasakan bila beberapa minit mula bercakap/berucap pergerakan tangan dan bahasa tubuh amat penting untuk mengelakkan org melihat kelemahan diri.
    4. Jika dalam bilik seminar biasakan diri duduk didepan sebab seolah olah hanya kita yang berada dlm kelas/seminar tersebut. Jika dibelakang dan bila dipanggil secara tiba-tiba utk berucap anda akan terlebih dahulu melalui beberapa orang sebelum sampai ke depan dan masing=masing mata akan melihat kita…

    Apa pun banyak lagi perkara yang perlu diambil tahu utk meredahkan diri dari menjadi sejuk. Bila ketidakyakinan menjelma dlm diri itu sebabnya perasaan gementar ini akan muncul secara tiba-tiba yg mana jika belum biasa susah utk kita mengawalnya. TQ

  4. betul, saya memg selalu rasa gemuruh jika nak berckap dengan orang ramai, sehingga sekarang masih ada perasaan tu lagi walaupun dah biasa cakap di depan, mung betul kurang keyakinan diri, tapi camne nak tingkatkan keyakinan diri?

  5. Gemuruh adalah perkara biasa dalam kehidupan. Kita harus selami ketakutan dan perlu menghadapi realiti bahawa ianya adalah satu kebiasaan dalam kehidupan…Walaupun ada orang sudah lama bercakap dihadapan orang ramai namun ada ketikanya perasaan gemuruh timbul disebabkan oleh beberapa perkara.
    1. Tindakbalas dalaman dengan situasi baru. Ia adalah biasa,dalam beberapa minit anda akan boleh mengawalnya dengan meningkatkan keyakinan dalam diri dengan cara:
    a. Berkomunikasi. Pengenalan adalah key elemen untuk menjayakan samada komunikasi dengan individu atau secara berkumpulan. Tingkatkan pestasi komunikasi dahulu sebelum keyakinan dalaman lahir dengan sendirinya. Berceritalah tentang keadaan semasa dahulu,tujuan dan sebagainya, Ianya mendekatkan jurang anda dengan penonton tersebut.
    b. Berkomunikasi dan bercerita tentang kerjaya,perjalanan hidup anda,hobi dan sebagainya bagi mencuri minda serta menghilangkan presepsi penonton anda bahawa anda adalah seorang yang hebat dan lebih berpengalaman dari mereka. Anda harus mencuri tumpuan mereka dengan bercerita topik topik yang menarik serta yang berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan.
    c. Setelah anda berjaya mencuri tumpuan mereka tiba masanya anda berkongsi pengalaman dan kejayaan anda dan mereka supaya apa sahaja yang akan anda sampaikan nanti boleh dijadikan sebagai gap atau landmark untuk mereka meneruskan kehidupan. Ini adalah beberapa teknik lain yang boleh membantu anda meningkatkan keyakinan diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s