Program Belia


Hari ini baru ada kesempatan untuk mengemaskini blog disebabkan agak sibuk sedikit dengan persediaan taklimat untuk program pembangunan belia. Saya telah dijemput saya untuk memberikan taklimat tentang program tersebut yang menekankan kepada pembangunan jati diri,komunikasi dan keterampilan dalam perkerjaan. Dalam program tersebut debat menjadi perbualan panas! hujah antara peserta semakin hebat kerana ingin mempertahankan kredibiliti masing-masing. Oh…okla dengan semua peserta,semuanya open minded ditambah lagi dengan lawak-lawak king mereka…ada yang bersahaja,sempoi dan secara sepontan.


Peserta sedang menerangkan ciri-ciri yang ada pada seorang ‘Khidmat Pelanggan’ dengan gaya sempoi mereka…


Peserta sibuk dengan tugasan masing-masing untuk persediaan ‘slide presentation’
Kepada semua peserta, saya harap anda semua boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang 2(hari) sesi taklimat tersebut, ada sesiapa yang tak sempat nak soal pada hari tersebut? Saya sentiasa bersama dengan anda semua, anda bebas memberikan apa sahaja bentuk komen dekat bawah tu..kay. Oklah, semoga kita berjumpa lagi…..

6 thoughts on “Program Belia

  1. Salam.

    Wah..bestnye..
    saya selalu gi training untuk my unit trust biz jek..

  2. wsalam,

    bagus juga biz tu, sya selalu dgr tapi tak pena join lagi lah…

  3. salam…
    kelas yg paling best dan x membosankan…dan byk perkara baru yg di pelajari… trima kasih En. Suhaily…

    *** Email ***
    En. Suhaily, trima kasih atas tunjuk ajar yang diberi…
    topik yg paling saya suka adalah tentang “My self”… sgt menarik sbb sblum ini pemikiran saya ttg “myself” ni amat singkat… hanya beritahu nama, umur, tmpat tinggal, dan taraf pendidikan shja.. tp sbnarnya ia lebih dari itu…. br saya tahu… trima kasih sekali lagi..

    saya tertarik dengan cara En.Suhaily handle kelas…saya tertanya2 knpa En. Suhaily bercakap hanya apabila ingin menyampaikan sesuatu ilmu sahaja.. tetapi, apabila pelajar membuat presentation di hadapan, En. Suhaily hanya diam dan membiarkan pelajar bersoal jawap, berdebat, membuat lawak dan sbgnya dengan kerenah masing2….. tidak marah pelajar seperti yg biasa pengajar lakukan… wlaupun sy dan kwn2 lain membuat bising, berkata sesuatu atau membuat lawak yang x sepatutnya yang tidak sepatutnya di dalam kelas…

    pada pandangan saya, kesan drpada cara En. Suhaily handle kelas ini, menjadikan suasana kelas agak menarik. pelajar tidak segan silu bersoal jawap, berkomunikasi, dan menghappykan kelas…

  4. Salam, Syeera..

    Terimakasih dengan ulasan yang baik dari anda. Saya akan sentiasa memperbaiki teknik dan penyampaian dari semasa ke semasa dan segala ulasan dari peserta masa taklimat tersebut amat membantu saya bagi meningkatkan lagi prestasi dimasa akan datang. Masa kelas dijalankan, memang itu yang saya akan lakukan kepada setiap peserta, saya akan cuba memberikan kualiti pengetahuan dengan sebaik mungkin agar semua pelajar/peserta faham dan dapat mengaplikasikan apa yang telah diajar dan akan memberikan satu kelainan yang lain dari yang lain agar setiap peserta akan dapat mengetahui sesuatu yang baru yang mungkin tidak pernah terfikir selama ini. Terimakasih dgn semua peserta/pelajar yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya. Lawak dan bising itu biasa,yang penting apa yang diterima boleh difahami dan boleh diolah menjadi satu pengetahuan dan kemahiran yang berguna dalam diri masing-masing.

    TQ

  5. Salam En Suhaily…

    saya agak tertarik dgn kelas yg En Suhaily ajar..
    tidak membosankn, tidak mengatuk dan hapening sangat, walaupun dengan keadaan suasana yg riuh rendah..
    ketika En Suhaily mengajar, saya amat tertarik dengan cara gaya dan olahan yang digunakan oleh En Suhaily (mudah difahami)..

    selain itu juga, saya ingin mengucapkan trima kasih diatas segala tunjuk ajar yang diberikan oleh En Suhaily..
    dan keesokan harinya ada sesi interview…nasib baiklah En Suhaily mengajar cara2 interview dgn baik…
    dan saya dapt laksanakan dgn baik sekali..
    trima kasih sekali lg..

  6. Wsalam Hakim,

    Terimakasih dengan ulasan yang diberikan, setiap kali saya dijemput untuk memberikan taklimat, saya akan fokuskan supaya semua peserta dapat memahami dari kelainan yang saya cuba berikan. Saya amat mementingkan kualiti sebenarnya supaya apa sahaja yang saya berikan dan kongsikan biarlah anda juga boleh kongsikan kepada orang lain. Harap semuanya akan berjaya kelak. TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s