Scammer masih berleluasa


Jangan jadi mangsa kepada penjenayah e-mail yang dipanggil ‘SCAMMERS”. Rasanya sudah banyak antara kita yang telah menerima email tanpa diundangkan? Bagi yang belum tahu apa itu SCAM, ianya sebenarnya satu organisasi jenayah siber yang akan mencipta beberapa dokumen penting terutama yang berkaitan tentang pemindahan wang melalui interbank dan lain-lain teknik mereka gunakan. Motif utama mereka adalah supaya sesiapa sahaja yang menjadi mangsa(tertipu,mudah percaya)boleh menyalurkan wang kepada organisasi yang mereka tubuhkan. Mereka amat bijak dan tahu kelemahan manusia iaitu ‘WANG’ niche yang mereka guna pun adalah wang dan sesiapa sahaja yang boleh terperangkap apabila melihat dan mendengar ‘wang’.

Walaupun topik ini telah banyak kali dibincangkan di internet dan telah banyak amaran yang dikeluarkan oleh pihak berwajib (kerajaan dan institusi bank malaysia)namun ianya masih berleluasa sampai sekarang. Dulu kita selalu memperbincangkan tentang topik ini namun kurang maklumat yang kita perolehi bagaimana untuk menyelesaikan selain dari ‘Jangan Percaya’ itu semua palsu dan tipu semata-mata, rasanya sudah ramai yang tertipu dengan kaedah yang mereka gunakan untuk memerangkap hati pelanggan.

Selalunya taktik yang mereka gunakan adalah:
1. Mengisi borang survey(segelintir yg menyalahguna)
2. Direct Marketing
3. Iklan dalam surat khabar
4. Majalah

Selalunya kita akan jadi mangsa apabila memberikan ‘reponded’ setiap kali mereka menghantar email sebagai pemberitahun yang kita telah memenangi wang dengan jumlah sekian-sekian. Setiap kali kita memeberikan respon, kita telah pun menjadi sasaran utama mereka. Segala maklumat yang kita berikan akan dimasukkan dalam ‘database’ yang dipanggil ‘SUCKERS LIST’ yang mana dalam database tersebut semuanya maklumat mereka yang terpedaya dengan janji-janji manis. Jadi tidak hairanlah apabila kita banyak kali menerima email seperti ini sebabnya kita pernah tertipu suatu waktu dahulu dengan menghantar maklumat peribadi kepada mereka.

Cuba ingat kembali….masa anda perlukan duit FREE…selain daripada itu mereka juga akan menjual list kepada penjenayah email dalam kumpulan yang lain. So next time be careful. Ingat, apabila mereka telah mendapatkan maklumat peribadi anda, disitulah bermulanya taktik mereka iaitu ‘promosi promosi dan promosi dan mereka tidak berhenti selagi belum berjaya. Cuma ada satu kemuskilan, pernah tak kita terfikir, mengapa majoriti yang kita terima adalah mengemaskini akaun Maybank atau segala pembayaran hanya melalui Maybank?(sasaran untuk malaysia) Ada sesiapa diantara anda yang berkerja di institusi Maybank? Mengapa Maybank jadi sasaran? dan kini sudah mula CIMB dijadikan sasaran berikutnya. Jika anda diminta mengemaskini akaun atau anda diberitahu telah memenangi wang besar! Itu adalah SCAM!!!

2 thoughts on “Scammer masih berleluasa

  1. Kenapa Maybank? Bagi saya, Maybank jadi sasaran scammer sebab setakat ni, majoriti pengguna dan usahawan internet menggunakan Maybank sebagai medium untuk melakukan e-banking. Lepas Maybank ada kemudahan ni, baru muncul CimbClicks. And, mungkin jugak terdapat kebocoran maklumat dari pihak dalam mengenai email pengguna e-banking dan tak diragui juga, ade software yang dapat ‘tuai’ setiap emel yang ditulis di laman web. Just my opinion.:P

  2. Salam Fatin,

    Opinion ni saya setuju gak, bila scammers ini telah tahu siapa sasaran utama mereka dan selalunya perkara akan terbongkar kalau sekiranya ada org dalam (mungkin juga). Perisian skang ni pun semuanya sudah canggih,kadang-kadang kita ini yang jadi mangsa keadaan apabila orang menjual maklumat peribadi kita sebagai tujuan menjalankan bisnes. Ya, mungkin…beli ribuan email then email sebagai SPAMMER. Teknologi HP pun juga boleh mainkan peranan penting untuk mendapatkan maklumat kita,contohnya tiba-tiba kita akan mendapat SMS anda sudah menang atau download grafik padahal ianya bukan dari sumber seperti CELCOM,MAXIS atau lain-lain. Bila kita bagi respon secara tidak langsung maklumat akan mereka akan perolehi dari no HP dan pemilik. Jadi rasanya akan berbalik juga seperti soalan bocor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s