Betulkan jika saya salah..tunjukkan saya cara yang betul


Salam,
Saya ingin bertanya kepada saudara islam yang lebih arif tentang wuduk. Apapun terlebih dahulu saya mohon maaf jika saya salah tapi sekadar ingin meminta pandangan dan perbetulkan jika saya melakukan kesilapan. Apabila mengambil wuduk untuk mengerjakan solat, seperti apa yang saya pelajari, mulakan dari kanan dahulu dan basuh setiap bahagian sebanyak tiga kali dan itu yang saya akan lakukan setiap kali mengambil wuduk. Namun apabila sampai bahagian telinga ianya akan dibasuh sekali gus tangan kiri dan kanan dan itu yang saya lihat apabila saudara islam yang lain mengambil wuduk. Namun apa yang saya lakukan ialah basuh bahagian telinga kanan dahulu(3x)diikuti dengan telinga kiri. Adakah cara saya salah atau…Anda akan tahu apabila saya bertanyakan soalan seperti ini berpandukan nama saya, Muhammad Suhaily George Bin Abdullah.

Terimakasih atas pertolongan anda.

5 thoughts on “Betulkan jika saya salah..tunjukkan saya cara yang betul

  1. Assalamualaikum,

    Di dalam Islam,amalan mendahulukan sebelah kanan terlebih dahulu adalah sunat muakat.Tidak salah sekiranya mendahulukan yang kiri.Jika sunat,bermakna anda mendapat pahala yang lebih.Cara anda membasuh telinga kanan 3x dan telinga kiri 3x dan apa yang anda lihat orang lain melakukan kedua-dua belah telinga itu serentak tidak menjadi masalah. Kesemuanya tidak membatalkan wuduk anda. Harap jawapan saya menjelaskan persoalan anda.
    Untuk lebih jelas, anda boleh baca di sini. http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/bersuci-wudhuk.html

  2. Maaf, sedikit pembetulan, *sunat muakkad bukan muakat.

  3. Salam kembali,

    Terimakasih dengan jawapan yang diberikan dan terimakasih juga dengan laman USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL yang penuh berinformasi. Banyak panduan yang saya boleh jadikan sebagai pembimbing dalam diri bagi menempuhi kehidupan seharian. Terimakasih banyak-banyak Nozi.

  4. salam..saya pun setuju dengan nozi..memang sunat muakkad mendahulukan anggota kanan..tidak menjadi masalah sekiranya mendahulukan anggota kiri..ikut keselesaan. islam itu mudah dan tidak menyusahkan..

  5. Salam,

    Terimakasih(Miss Oren)kerana berkongsi pendapat dalam post ini, betul tu Islam itu mudah. Namun yang tersurat dan tersirat terlalu banyak dugaan dan cabaran. TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s